Tuesday, June 10, 2014

ATUK DENGAN CUCU DI ZAMAN IT.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana telah memanjangkan umur saya dalam keadaan sihat sehingga saya dapat menimang cucu yang kini sudah 3 orang. Dua orang ada bersama saya di Perlis sejak awal Mei lalu kerana anak sulung saya bersalin anak yang ke dua.

Keseronokan menjadi seorang atuk ialah bila dapat bersama dengan cucunya atau cucu-cucunya. Tetapi sejak saya duduk di Perlis kira-kira 3 bulan yang lalu, tak dapatlah saya melihat dengan kerap cucu perempuan pertama saya, Iris, yang duduk di Bandar Saujana Putra.

Namun di zaman IT ini ada pelbagai cara untuk berhubung secara maya. Walaupun begitu, ia sudah tentu tidak sama dengan memeluk dan melihat sendiri telatahnya di depan mata. Lebih-lebih lagi pada peringkat umur dia (2 tahun) yang saya rasa paling seronok kalau dapat mendengar pertututurannya yang masih pelat dan belum terus.

Baru-baru ini dia datang ke Perlis untuk dua malam kerana abah dia menghadiri kenduri kawin adiknya di Alor Star. Dapatlah mengobat rindu.


. Gambar 1: Iris melekap dalam dalam dakapan atuknya di luar dewan majlis persandingan salah seorang makciknya di Alor Star.


Gambar 2: Rumah di Perlis. Risau tengok dia turun naik tangga.

 

 Gambar 3: Segala ceruk yang ada ingin diterokanya.


Gambar 4: Batu jalan yang ada dikutipnya dan dimasukkan ke dalam bajunya.


Gambar 5: Di waktu malam, di atas rumah dia berlari ke sana ke mari tanpa henti. Nak ambil gambar dia pun susah.


Gambar 6: Dia juga turut terpengaruh dengan aksi bomoh VIP.



Gambar 7: Sudah melewati 12 tengah malam, dia masih melekat depan i-padnya.
 


Gambar 8: Masa perpisahan telah tiba untuk dia pulang ke rumahnya.

Baru-baru ini saya mendapat kriman video dia yang sudah diyoutubekan oleh emaknya seperti di bawah. Di antara banyak-banyak video yang dikirimkan, inilah video yang paling saya suka tengok. Entah sudah berapa kali saya tengok, masih lagi ingin tengok keletahnya yang sudah pandai 'menjawab' suruhan emaknya. Jemput lihat sampai dia kata bye. ok !


Panjang umur atuk, dapatlah berjumpa lagi pada hari raya Aidilfitri nanti.


end

14 comments:

  1. Kebahagiaan seorang Atuk ialah bila melihat keletah cucu-cucunya. Comel dan cute bila tenguk pelbagai aksinya yang boleh buat setiap orang pun tersenyum sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak ada anak, rajin-rajinlah bawa berjumpa atuk dan uwannya.

      Delete
  2. bandar saujana putra la ayah...huhuhuh

    ReplyDelete
  3. Saya belum ada cucu..tapi tumpang suka bila tengok aksi cucu kawan2..
    Iris ni dari baby dah selalu tengok gambar comel dia..aksi iris di video tu pun berulang kali tengok..lepas tu gelak sensorang..bila ma iris nak upload video terbaru iris ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ada banyak lagi .. bila ada adegan yg sesuai dan menarik saya update kat fesbuk.

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Comeyyyy cucu atuk!

    ReplyDelete
  5. Salam Atuk hensem..! Mana Nenek Cun?
    Rindu seorang Atuk ni kadang2 melucukan. Adakah Atuk mandi tak basah dan makan nasik 3 pinggan belasah? Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nenek gojes. Rindu atuk tak ada sebarang kesan kpd selera makan.

      Delete
  6. PENGUBAT RINDU.. DENGAN ANAK PON SAYANG, INIKAN PULA CUCU-CUCU YANG KECIK2 LAGI COMEL2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalulah bawa anak awak jumpa atuk dan neneknya.

      Delete
  7. Salam.. Ooo uncle dah pindah ke? Baru saya tau. Harap uncle dan makngah sihat selalu.

    Iris sgt comel. Dari baby dah nmpk comel smpi skrg. Selalu klu lalu lavendari height tu akan teringat uncle. Rupanya dah pindah

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.