Friday, February 6, 2015

KALAULAH KEMARAU BERPANJANGAN.

Sebelum ini kita telah diuji dengan bencana banjir di beberapa negeri. Tidak sedikit harta benda bahkan nyawa yang menjadi korban. Hingga ke hari ini kesannya masih kelihatan dan langkah-langkah pemulihan sedang giat dijalankan.

Sekarang ini pula saya kira negara kita sudah masuk musim kemarau. Di tempat saya, sudah lebih dari sebulan hujan tidak turun. Sawah sudah mula merekah. Tali air pun sudah mula kekeringan. Rumput yang dulu menghijau sekarang sudah bertukar warna menuju saat kematian.

Sekarang cuba kita bayangkan senarionya jika hujan tidak turun berlanjutan selama 4-5 tahun.  Pada masa itu, saya percaya semua tempat menghadapi kekurangan air yang sangat kritikal. Bukan sahaja untuk mandi atau membasuh pakaian, untuk minum pun berhempas pulas mendapatkannya. Sungai, tali air, kolam bahkan empangan juga turut kekeringan. Tumbuh-tumbuhan dan binatang ternak sudah tiada lagi yang mampu hidup. Kerajaan juga agaknya sudah tidak mampu lagi untuk membekalkan air kerana tiada lagi sumber air untuk  diambil untuk diagihkan kepada semua orang. 

 

  Gambar 1: Beginilah keadaan muka bumi yang tidak ditimpa hujan selama bertahun-tahun.


Gambar 2: Di sini dahulunya adalah sebuah tasik yang dipenuhi ikan, sudah kering kontang dan berdebu.


Gambar 3: Sungai ini yang dulunya air mengalir deras di bawah jambatan itu juga sudah menjadi padang jarak padang tekukur.



Gambar 4: Air di empangan juga sedang menanti masa untuk kering sepenuhnya.


Gambar 5: Tempat ini yang dulunya menjadi tempat tambatan bot rekreasi dan meriah dengan pelbagai aktiviti air, kini sudah ditinggalkan sepi.


Gambar 6: Kolam yang banyak terdapat di sawah-sawah padi juga sudah merekah seribu


Gambar 7: Bangkai lembu bergelimpangan di sana sini akibat mati kehausan.
 


Gambar 8: Manusia yang kehausan bergerak ke hulu hilir sepanjang hari mencari sumber air untuk di bawa pulang kepada anak isteri yang menunggu dengan penuh harapan di rumah.

 


Gambar 9: Setelah gagal mencari air, ada yang duduk termenung memikirkan apa lagi yang harus dilakukan jika hujan tidak juga turun.


Kalau banjir kesannya tidak menyeluruh. Orang-orang di tempat lain yang tidak terlibat, boleh membantu mangsa banjir seperti yang berlaku baru-baru ini. Tapi kalau kemarau, seluruh negara  terlibat tanpa kecuali. Tiada siapa nak mahu datang bantu. Masing-masing berusaha sendiri untuk memenuhi keperluan sendiri. Bahkan istana negara dan juga kediaman perdana menteri pun sudah tidak mendapat bekalan air paip dan terpaksa dihantar melalui lori tangki.

Sumber air hanyalah dari perigi-perigi yang terdapat di kampung-kampung di pinggir hutan. Itu pun kedalamannya sudah beratus-ratus kaki.  Maka ramailah orang yang tinggal dibandar-bandar besar terutamanya yang mendiami bangunan yang tinggi balik ke kampung. Bagi yang tiada kampung terpaksalah mengongsi tanah orang kampung atau menceroboh tanah kerajaan dengan membuat khemah berhampiran sumber air. Pada masa ini baru kita tahu bahawa duit berlori sudah tidak bernilai dan tidak bermakna apa-apa. 

Sekiranya air perigi juga kekeringan, tidak tahulah bagaimana kita hendak menersukan hidup. Sekali fikir rasanya lebih baik banjir dari kemarau berpanjangan.

Bersyukurlah kita kerana masih lagi mendapat bekalan air yang cukup bahkan mampu untuk mengekspot lagi. Kalau ada tempat yang terputus air, ia bukan kerana tiada sumber air tapi kerana masalah pengagihan (distribution) atau salah urus.

Dan saya menjadi ngeri bila memikirkan kalau kemarau itu benar-benar terjadi di negara kita. Kepada siapakah tempat kita meminta pertolongan ? Siapakah yang boleh menolong kita kecuali DIA. 





2 comments:

  1. Masa saya join bahas antara kelas di tingkatankatan 5 dulu, antara point saya ialah industri lebih penting dari pertanian dengan memberi contoh negara Arab boleh menukar air laut yang masin kepada air tawar dan digunakan untuk pertanian.

    Genius kat Malaysia tak boleh ke cipta alat macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak perlu nak cipta lagi sebab alat " desalination" itu sudah lama tercipta. Negara Singapura pun dah lama gunakan

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.