Tuesday, October 27, 2015

CARA TERSEMBUNYI NAK BERITAHU ORANG KITA DAPAT DATO'.

 Gambar hiasan hasil carian Google.


Terlebih dahulu saya minta maaf jika ada yang terasa hati dengan entri saya ini. Saya tidak langsung berniat untuk menyakitkan hati sesiapa. Tiada nama sesiapa pun saya sebut. 

Tahniah kepada mereka yang mendapat gelaran Dato' baru-baru ini. Tentulah banyak jasa bakti yang telah dicurahkan hingga mendapat pengiktirafan sedemikian tinggi.

Kebanyakan kenalan saya yang menerima darjah kebesaran ini tidak menghebahkanya kepada umum. Cuma keluarga dan rakan rapat sahaja yang tahu. Kita cuma tahu bila ada kenalan rapatnya beritahu atau terlihat nama atau gambarnya keluar kat surat khabar.

Bagi yang sudi berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan mereka, kadang-kadang lucu juga membaca ayat yang mereka gunakan dalam fesbuk, wasap atau sms mereka.

Saya pernah terjumpa dalam fesbuk, wasap atau sms tulisan seperti berikut ..

1. Beritahu yang dia baru dapat Dato' buat kali pertama. 

"Alhamdulillah syukur dan terima kasih banyak-banyak kerana berkat doa sahabat semua saya telah dianugerahkan gelaran Dato' sempena keputraan Sultan negeri Antah Berntah baru-baru ini". 

(Sepanjang ingatan saya, tak pernah pun doakan dia dapat Dato')


2. Beritahu dia dah banyak kali dapat Dato'.

"Setelah 7 kali saya mendapat gelaran Dato' dari pelbagai negeri, inilah kali pertama saya menerimanya tanpa ditemani oleh isteri tersayang kerana beliau terpaksa dimasukan ke hospital malam tadi kerana diserang sakit batuk dalam perut" 

(Nasib baik dia beritahu. Kalau tidak saya ingatkan dia baru 6 kali dapat Dato')

Paling buat saya tersenyum ialah peristiwa hampir 10 tahun yang lalu. Ada seorang pegawai khas menteri dapat gelaran Dato'.  Umur dan gred jawatannya jauh lebih rendah dari saya. Saya pun tak pasti macamana nak panggil dia sebab sebelum ini saya panggil dia nama atau awak sahaja dan dia pula memanggil saya encik. Lalu saya tanya dia ..

"Kena panggil dato' juga ke"


Nak tahu apa dia jawab ?

"Saya tak kisah. Cuma bimbang Tuanku murka nanti".

Dalam hati saya terketawa. Tapi ada juga betulnya. Sebab penat-penat je tuanku bagi darjah kebesaran tapi orang tak hormat.


Sekali lagi saya minta maaf kepada yang terasa. Tiada langsung niat saya nak mempersenda cuma saya gemar memerhati gelagat manusia. Lagipun apa yang mereka tulis atas cakap itu tidak ada yang salahnya, cuma saya sahaja yang gatal-gatal tangan buat entri ini.




14 comments:

  1. Wah Pak Ngah betul lah. Kadang konon tak nak war-warkan tapi kalau tak habak orang, tak tau lah pulak sultan bagi Dato. Penat je pakai macho-macho pi mengadap sultan tapi takde pulak orang ucap selamat. Dah le berabis beli baju baru. Tapi bila bising-bising bercerita nanti orang kata berlagak lah pula.
    Apa pun sebenarnya bagi orang yang rezeki murah di kurniakan Datuk lagi merendah diri lagi orang suka. Bukan macam setengah orang baru naik Jusa C pun Ya Allah jalan tak jejak lantai sungguh... cakap pun tinggi je. Konon nak tunjuk kuasa. Apa lagi kalau masih junior dapat pangkat dulu dari senior lagi lah pandang orang sebelah mata je. Emmm manusia zaman sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opsss bukan semua ya. Ini yang saya sedang alami dan tempuhilah.

      Delete
    2. orang kata .. banyak udang, banyak garam; banyak orang, banyak ragam. Biasanya. Tapi janganlah lebih2 sangat sampai tak jejak lantai. Rezeki dan pangkat itu Allah beri dan boleh diambilNya bila2 masa.

      Delete
    3. Betul-betul. Itu kata kita yang sedar rezeki semua itu datangnya dari Allah. Kalau orang tu sedar takde lah perasaan riak dan bangga macam tu sekali sehingga sanggup menjatuhkan air muka orang lain depan orang ramai. Apa pun semuga Allah bagi hidayah pada manusia yang tiba-tiba tak sedar diri sekejap hanya kerana mendapat kuasa dan pangkat baru.

      Delete
  2. Saya sudah 2 kali isi borang je.. Tak dapat-dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa .. awak masih muda lagi .. nanti dapatlah tu.

      Delete
  3. Suami saya sudah dapat 5 kali gelaran dato...tapi title saya cuma opah je bukan datin...ehehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak ngah langsung tak teringin title datin tu.. hehe.

      Delete
  4. Kes malu tapi mahu lah tu..memang nak orang tahu dia dapat Dato' dan nak dipanggil Dato' tapi takut orang ingat dia berlagak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dilema juga rupanya ada gelaran Dato' ni ..

      Delete
  5. susah nak jumpa dato dan datin yg humble dan tak kisah tak dipanggil dgn gelaran.. rata2 mmg suka digelar dengan gelaran itu ... ragam manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ramai juga saya jumpa yg tak gemar kalau kawan-kawannya panggil dato' .. dlm hati tak tahulah pulak.

      Delete
  6. Suami saya baru dapat datuk,tapi sayang saya tak boleh guna pangkat datin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah malangnya nasib perempuan ... hehe.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.