Monday, October 5, 2015

CONTOH JAWAPAN YANG TIDAK MEMBANTU.




Saya percaya anda pernah mendapat jawapan yang sekadar jawapan. Jawapan yang kita terima dari soalan yang diberikan, tidak memuaskan hati. Kita yang bertanya benar-benar ingin tahu jawapannya tetapi yang menjawab tidak tahu jawapan yang tepat, namun dia nak jawab juga.  Mungkin takut nanti orang kata dia bodoh sangat, kalau jawab tak tahu. Maka keluarkan jawapan-jawapan serupa ini.

Misalnya kalau kita bertanyakan berapa jauh jarak ke Tasik Kenyir, dia jawab:

"jauh juga .."

Atau kalau kita tanya, bilakah kerja-kerja pemasangan airkon kat masjid ni nak siap:

"rasanya tak lama lagi siaplah tu"

Atau bila kita tanya pegawai kita, berapakah bajet pembangunan kementerian kita pada tahun ini:

"tahun ni tak pasti pulak bos .. tapi tahun lepas kita dapat RM314 juta"

Atau kalau kita tanya anak sulung kita kat mana adik dia:

"baru kejap tadi dia ada .."

Kadang-kadang saya malas nak ucap terima kasih kalau dapat jawapan macam tu.

Pernahkah anda dapat jawapan seumpama itu ?


~

17 comments:

  1. Selalu dapat jawapan macam itu dan selalu juga rasanya memberi jawapan yang lebihkurang begitu... :)

    ReplyDelete
  2. Bukan saja pernah mendapat jawapan begitu
    Mungkin sebab kakak pun kadang pun terpaksa beri jawapan yg begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau orang yg sama sentiasa jawab macam tu, panas juga hati.

      Delete
  3. Kemungkinan juga atas sebab-sebab tertentu seperti dia malas untuk memanjangkan jawapan atau tidak mahu bersikap kurang sopan atau cuba untuk bersikap tenang sambil otak ligat berfikir atau menyelamatkan situasi keadaan ketika itu ataupun tidak mahu suasana menjadi 'sunyi tiada balasan' selepas ditanya soalan, maka dia pun menjawablah sebegitu...Allahu A'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus komen ini .. saya suka kerana ia dilihat dari sudut saikologi.

      Delete
  4. Apapun, berkata 'Maaf, saya tidak tahu' itu adalah lebih baik lagi selamat kerana memang pun kita tidak tahu..

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. Betul-betul.. Biasa terjadi pada diri sendiri je.. :)

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya kalau tak tahu, cakap saja tak tahu. Mudah. Tak pun google jerlah Pakngah hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya bukan semua soalan itu ada jawapannya kalau di Google.

      Delete
  7. Hmm... sesetengah soalan tu memang tak ada jawapan sepertimana yang kita nak, contohnya bila orang yang tanya soalan tu sendiri tak pasti apa benda yang dia nak tau pun sebenarnya, dan dia pula menganggap orang yang ditanya tu macam boleh je baca fikiran dia dan bagi jawapan sepertimana yang dia nak. Hal yang dia tanya tu memerlukan penerangan yang spesifik, dan apabila kita dah bagi penerangan, dia tak puas hati sebab dia tak faham dan tak dapat jawapan sepertimana yang dia harapkan, iaitu satu jawapan yang pendek dan padat. Susah juga tu kan PakNgah? Komunikasi ni memang kadang2 tak boleh jadi semudah yang kita harapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul tu .. kdg2 pasangan yg dah kawin lebih 30 thn pun menghadapi masalah.

      entri ini termasuk bawah label lawak dan bukan serius.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik?? macam mana komen boleh jadi double kat sini ni? huhuu... sori pakngah, saya delete komen yang double ni ya ^^

      Delete
    2. blogspot ni pun kadang2 mengong juga .. jgn ambil hati sangat kat dia.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.