Tuesday, October 13, 2015

NAMA MALAYA TERKENAL SAMPAI KE AMERIKA ?

Malaya adalah panggilan British kepada nama Tanah Melayu. Kalau disebut Malaya, maknanya Tanah Melayulah tu. Tahu tak, nama Malaya bukan sahaja terkenal di sekitar nusantara tapi sudah lama sampai ke USA. 
 
Tak percaya, mari saya buktikan. Kat USA ada seorang penyanyi wanita yang agak popular bernama Malaya. Sila tengok videonya di bawah.


Malaya Watson yang baru berumur 18 tahun, adalah seorang penyanyi dari Southfield, Michigan. Dia mendapat tempat ke lapan dalam pertandingan American Idol musim ke - 13 yang lalu. Sumber - Wikipedia.


Di bawah saya buat cetakan skrin mengenai Malaya Watson untuk sesiapa yang ingin mengenali beliau dengan lebih lanjut.

 

Ada juga nama sebuah majlis perbandaran di negara republik Indonesia yang bernama Tasikmalaya. Jangan pulak kita sibuk-sibuk marah kat Indonesia kerana mengambil nama Malaya bahkan sepatutnya kita berbangga dan juga menginsafi bahawa betapa akrabnya hubungan kita dengan mereka dalam wilayah nusantara ini.



Bukan sahaja di USA, duta besar Filipina ke Malaysia pada masa ini juga bernama Malaya. Mungkin ramai lagi yang bernama Malaya di Filipina.

.
J Eduardo Malaya - Duta Besar Filipina ke Malaysia.


Setem Malaya bernilai 30 sen yang memuatkian peta
Persekutuan Tanah Melayu.

Begitulah serba sedikit tentang Malaya untuk pengetahun anda. Semoga ia ada manfaatnya. Sekian.
 

13 comments:

  1. OOOO banyak juga rupanya nama Malaya ya. Baru saya tau. Baguslah Pak Ngah bertambah lagi pengetahuan

    ReplyDelete
  2. Saya baru tahu pasal Duta Filifina tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu bila penggal dia tamat jadi duta kat Malaysia.

      Delete
  3. Hello !
    Welcome. The "Directory Blogspot" it is not a spam, it's not a robot, it is a site like yours done by a person like you.
    The goal is to promote your blog in the world!
    I suggest you to publicize your blog by registering on the "international directory blogspot"
    The "directory" is 24 million visits, 194 countries of the world! and more than 19,000 blogs.
    In comments, please your URL. site name. and your Country
    Activity is only friendly
    Imperative to follow our blog to validate your registration
    We hope that you will know our site with your friends.
    Thank you for your understanding
    I wish you an excellent day
    sincerely
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    Thank you to follow my blog - it is greatly appreciated! O)
    We follow your blog, please follow us in return!
    ++++++++++

    ReplyDelete
  4. Untuk makluman uncle,nenek saudara saya juga bernama Malaya..ramai perempuan Iban d Sarawak bernama Malaya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama Malaya atau Malaysia kalau kat negara kita, memang biasalah.

      Delete
  5. Malayalam ada kena mengena dengan Malaya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada .. kalau dijarakkan ejaannya .. Malay alam jadi alam Melayu.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.