Tuesday, June 28, 2016

TERKENANG SEMASA DULU - 90 : KENDURI KAWAH DI PEJABAT.

Majlis berbuka puasa di pejabat-pejabat kerajaan pada tahun-tahun 70an dahulu cukup berbeza dengan sekarang. Tidak seperti dulu, sekarang semua guna duit pejabat. Penyediaan jamuan juga diserahkan kepada katerer yang dilantik. Kalau tak sedap, salahkan katerer. Tahun depan jangan ambil dia lagi.

Pada masa dulu kita guna duit sendiri atau cari penaja di kalangan pegawai yang agak "lebat". Kita bergotong-royong masak sendiri. Sungguh seronok dan meriah terutama kepada orang yang masih bujang seperti saya pada masa itu. Terasa keakraban, kemesraan dan semangat kekeluargaan. 

Gambar-gambar berikut adalah suasana persediaan sebelum dan sesudah majlis berbuka puasa. Sayang sekali saya tidak berjumpa gambar kami sedang menikmati jamuan. 


Gambar 1: Kelihatan saya sedang mengacau sesuatu di dalam periuk. Tak pasti adakah ia nasi ataupun lauk.


Gambar 2: Saya meninjau kemajuan apa yang di masak oleh staf di sudut ini. Mungkin mereka semuanya sudah menjadi atuk seperti saya sekarang ini.


Gambar 3: Sebelum berbuka kita mendengar tazkirah dari ustaz jemputan. Saya duduk nombor dua dari kanan, di sebelah ketua pengarah.


Gambar 4: Usai majlis, kita bergotong royong pula membersihkan pinggan mangkuk. Saya turut serta sebagai pemerhati.

Nota kaki.

Ini adalah kisah di ofis saya yang pertama, tempat saya memulakan pekerjaan sebagai pegawai PTD . Tempat ini sangat meninggalkan kenangan manis kerana ditakdirkan saya bertemu jodoh di sini.


Gambar 5: Bergambar di depan tangga pejabat bersama mendiang Tun V. T. Sambanthan, Pengerusi kami, semasa menerima rombongan guru-guru tadika termasuk salah seorg darinya isteri saya sekarang (yang berambut pink itu). Cerita lanjut bagi yang belum pernah membacanya, mengenai perkenalan kami sehingga membawa kejinjang pelamin ada di sini.

Barangkali ini adalah entri saya yang terakhir sebelum menjelang hari raya aidilfitri yang tidak berapa hari sahaja lagi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun maaf seandainya ada tulisan saya selama ini yang telah menyinggung perasaan anda. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi berkunjung dan meninggalkan jejak dan juga kepada pembaca senyap blog ini. Jumpa lagi selepas hari raya. Insyaallah.



SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN. 






16 comments:

  1. Cara bergotong royong memasak utk berbuka puasa ..
    Lagi meriah kan Pak ngah..
    Memang dulu2 cari poket ketua siapa yg lebat je lah yg sponsor :)

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ..
    Buat Pak Ngah sekeluarga..
    Saya juga memohon kemaafan jua..
    Jika ada komen yg menyinggung perasaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu mungkin bajet tak cukup nak bermewah-mewah macam sekarang. Selalunya bila kita sama-sama susah, perhubungan lebih rapat berbanding kalau semua dah senang.

      Delete
  2. Bergotong-royong menyediakan juadah untuk berbuka bersama-sama lebih mesra dan kemeriahannya berganda dibandingkan order katerer dan datang semasa berbuka. Seronok kan masa tu.

    Selamat Hari raya maaf zahir dan batin. Semuga keluarga Pak ngah bergembira di hari raya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok dan ia menjadi satu memori yang indah untuk dikenang sampai bila-bila.

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    selamat menyambut hari raya aidilfitri. maaf zahir batin, pakngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      SHRAF MZB juga untuk awak.

      Delete
  4. Semoga jodoh Tn Hj. dan pasangan kekal bahagia hingga ke Jannah. Sy juga ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf seandainya ada tutur bicara saya, komen2 saya dalam 'thread FB' dan juga apa-apa tindakan saya yang pernah buat Tn Hj. berkecil hati. Selamat menyambut Aidil Fitri dengan gembira bersama anak menantu dan cucu-cucu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa itu .. rasanya saya tidak ada komen awak yang mengguris hati dan saya menghargai sokongan yang diberi. Dont worry be happy,

      Delete
  5. Wah, wahh..dah bagi ucapan raya..retro gambar nun..ok, jumpa lagi selepas rayaaaa, hehe...Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau lambat, bimbang sudah pembaca tidak buka komputer kerana sibuk membuat persiapan hari raya.

      Delete
  6. seronok kalau bergotong royong ni tuan. Selamat Hari Raya ye tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok, boleh usik mengusik dan bergurau senda ... letih pun tidak terasa.

      Delete
  7. Seronok tengok gambar dulu-dulu yang uncle share,jelas kemesraan.sekarang ni berbuka puasa guna keterer,malah silap2 siap berhidang kalau kat hotel.
    Apapun..selamat hari raya uncle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu suasana begitu tapi masa yg lepas takkan kembali.
      terima kasih atas ucapan indai.

      Delete
  8. Baru semalam saya bergotong royong mengacau dodol bersama kakitangan unit saya. Tak guna duit pejabat pun. Kami collect seorang sedikit.. Selamat Hari Raya pak.. Maaf Zahir dan batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada lagi yg buat mcm dulu-dulu .. baguslah.

      terima kasih atas ucapan itu.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.