Thursday, June 16, 2016

NAMPAK MACAM SEDAP.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Sejak mula berpuasa, baru sekali saya mengunjungi PARAM (Pasar Ramadhan). Itu pun secara kebetulan. Saya buat kunci kereta yang baru, bersebelahan  dengan PARAM.  Bukannya saya boikot tapi tak pergi atas berbagai sebab. Antaranya; isteri dah buat juadah, anak atau menantu yang beli atau masih ada kueh yang dibawa balik dari surau malam sebelumnya kerana banyak berlebihan sebab ramai jemaah tak datang berterawikh kerana hujan lebat.

Dalam pada itu, saya boleh membahagikan kueh-kueh yang dijual di PARAM (dan juga sebelum PARAM) kepada 4 rasa dan rupa seperti berikut:

1. Nampak sedap, rasa pun sedap.

Berbahagialah pembelinya.
 
2. Nampak sedap tapi rasa tak sedap.

Lain kali jangan tertipu dek rupa luaran. Sabar jer lah.
 
3.  Nampak tak sedap tapi rasa sedap.

Syabas kerana mengamalkan prinsip - biar sakit di mata jangan sakit di hati.

4. Nampak tak sedap, rasa pun tak sedap.

Bertabahlah menempuh dugaan. Hehe.


Setuju tak dengan pembahagian saya tu ?



4 comments:

  1. Setuju!
    Jadi jgn salahkan penjual sebab lain org lain deria rasa dan pandangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang .. citarasa manusia tidak sama.

      Delete
  2. Selalunya terkena yng no 2..jangan terpedaya dengan rupa.

    ReplyDelete
  3. Selalu terkena no 2..indah rupa dari rasa.tapi kalau no 3 memang kena pasrahlah jawabnya uncle

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.