Sunday, June 5, 2016

KISAH SILAP FAHAM MEMBELI GORENG PISANG.


Gambar goreng pisang yang saya beli hari tu yang saya sangkakan berharga RM5.

Hari tu saya beli goreng pisang (ke pisang goreng ?) dari sebuah gerai tak jauh dari rumah saya di Senawang. Rasanya sudah lebih dua tahun saya tak beli dari gerai tersebut sejak saya duduk di Perlis. Saya minta RM5. Dia ambil dan masukkan ke dalam beg kertas hanya beberapa ketul. Kening saya berkerut kerana saya perhatikan jumlah yang dimasukkan tidak sepadan dengan harga RM5.

"Ishh .. banyak tu jer ! ", rungut saya di dalam hati.

Selepas menerima beg kertas berisi goreng pisang, saya pun hulur duit RM5 dan ingin berlalu tapi penjualnya memanggil saya dan pulangkan RM3.


"Kenapa pulak dia pulangkan RM3 ?".  Saya tertanya2 dalam hati. Lalu saya bertanya minta kepastian.

"Berapa ringgit ni?" Saya bertanya sambil mengangkat sikit bungkusan yang ada ditangan saya.

"RM2" jawabnya pendek sambil melayan pelanggan lain.

"Laa .. saya minta RM5"

"Ohhh. RM5 ke. Maaf bebanyak  .. saya dengar RM2 tadi", terus dia bersegera memasukkan berketul-ketul2 lagi goreng pisang ke dalam beg kertas yang baru.

Moral cerita: Jangan cepat buat kesimpulan. Astagfirullah.


14 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Allah sentuh hati kita melalui banyak cara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      betul .. cuma kekadang kita tak perasan.

      Delete
  2. Goreng pisang itu ialah perbuatan menggoreng pisang, manakala pisang goreng pula ialah pisang yang telah digoreng. Begitulah perkiraan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak punya perkiraan tu ternyata betul.

      Delete
  3. Replies
    1. haha .. s shamsudin punya dialog tu kan ?

      Delete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  5. Ingatkan harga dia yg mahal dpt sikit ye uncle?kena tny...kita ni kdg tu klu tak Tanya hati suka bersangka2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. sebelum jatuhkan hukuman, elok tanya dulu.

      Delete
  6. Dia silap dengar Dan uncle pun salah sangka dengan dia.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.