Friday, March 24, 2017

DARI FESBUK # 13: ORANG EGO TAK BOLEH TEGOR.






Friday, March 17, 2017

TAK USAHLAH UBAH CIPTAANNYA.



 وَخَلَقَ ڪُلَّ شَىۡءٍ۬ فَقَدَّرَهُ ۥ تَقۡدِيرً۬ا

"dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna" - Furqan -2.

Marilah kita lihat betapa sempurnanya ciptaan Ilahi. Untuk melihatnya kita kena membayangkan kedudukan anggota kita berubah dari posisi sekarang, kerana hanya dengan berbuat demikian, baharulah kita terfikir akan sempurnanya ciptaan yang ada.

1.  Tumit arah ke depan.

Pasti susah nak ikat tali kasut dan susah nak potong kuku kita kecuali minta orang lain tolong buatkan.

2. Jari tangan sama panjang.

Akibatnya ibu jari mencucuk hidung semasa menyuap makanan ke mulut kita.

3. Lubang hidung hala ke atas.

Kita mungkin akan kelemasan semasa berjalan di dalam hujan atau berenang di laut atau sungai.

4. Telinga di bawah ketiak.

Kalau nak dengar kita kena angkat tangan. Letihlah kalau kena angkat tangan lama-lama untuk dengar ceramah atau menonton konsert dan sebagainya.

5. Nenen duduk kat belakang.

Tentulah susah benar bagi ibu-ibu yang nak menyusukan anak.

6. Mata di tapak tangan.

Kita tampar orang, mata kita pulak yang lebam.

7. Gigi tak berhenti panjang.

Saya nak gambarkan pun tak sanggup. Buruk benar rupanya.

8. Telinga besar sebelah atau mata besar sebelah.

Memang menyeramkan kecualilah semua manusia begitu.

9. Tangan panjang tak berhenti

Akhirnya kita terpaksa menyeret tangan semasa berjalan.

10. Kaki panjang tak berhenti. 

Mau lebih tinggi dari zirafah. Atap kenderaan dan rumah juga kena dipertinggikan dari semasa ke semasa.

Sebenarnya kesemua ciptaanNya adalah sangat sempurna. Kita mungkin tidak merasakan kesempurnaannya kecuali kita memikirkan keadaannya jika ia tidak dibuat begitu. Bila difikirkan keadaan seperti yang saya nyatakan dalam contoh-contoh di atas, saya percaya akan timbullah rasa syukur dan takjub akan maha bijaksananya Allah menciptakan alam semesta ini. Allahuakbar.



Wednesday, March 15, 2017

WW # 149: KALAU BUAT JUGA, TAK TAHULAH NAK KATA APA.


Sunday, March 12, 2017

PERBUALAN ANTARA DUA ORANG HANTU.



Mari kita dengar perbualan antara seorang hantu golf dengan seorang hantu pancing.

Hantu Golf: "Buat apalah kau susah-susah buang masa pergi mancing berjam-jam .. beli kat pasar lagi senang".

Hantu Pancing: "Kenapa lubang golf yang kau main tu kecik sangat .. buatlah sebesar perigi ke .. mudah sikit bola nak masuk".

Hantu Golf: "Tak seronoklah kalau macam tu".

Hantu Pancing: "Tau pulak kau nak seronok. Macam tu lah orang mancing nak cari keseronokan. Kalau beli mana ada seronok".

Hantu Golf: "Ahh .. sudahlah, cakap dengan kau ni takkan boleh menang punya".

Hantu Pancing: "Eh .. marah pulak".

Pengajaran: Jangan suka memperlekehkan minat orang kalau tak mahu minat kita diperlekehkan orang.



Thursday, March 9, 2017

SIAPA KATA POKOK BULUH TIDAK BERBUAH ?

Saya percaya ramai di antara kita yang tidak tahu bahawa ada jenis buluh yang mengeluarkan buah. Ini kerana mungkin di tempat kita tidak pernah terjumpa pokok buluh yang berbuah.

Pernah saya dikatakan benak kerana membuat pantun yang mengharapkan buluh yang saya tanam menghasilkan buah. Saya tidak marah kepada yang berkata begitu kerana saya percaya dia tidak mengetahui bahawa memang ada spesis buluh yang mengeluarkan buah. Lihat pantun dan juga jawapan dari seorang peminat pantun seperti di bawah.


Inilah pantun dari page saya yang saya maksudkan.



Lihatlah jawapan kepada pantun saya itu. Hehehe.


Hasil carian Google, saya kongsikan maklumat dan gambar-gambar buluh yang mengeluarkan buah itu. Saya difahamkan spesis buluh yang berbuah ini boleh di dapati di sebuah wilayah di India. Kalau anda berhajat untuk mengetahui lebih lanjut, sila google perkataan "melocanninae" iaitu nama sains bagi jenis buluh yang berbuah itu.


Petikan dari internet maklumat saintifik tentangnya.


Gambar 1: Pokok buluh yang sedang berbuah.


Gambar 2: Gambar buahnya dari dekat.


Gambar 3: Gambar rentas buahnya yang terbelah dua.


Gambar 4: Mungkin buahnya juga boleh di makan berdasarkan buahnya yang tersisa.

Sesungguhnya khazanah cipataan Allah itu samada di udara, di bumi atau di dalam lautan tidak terkira luasnya. Terlalu banyak lagi ciptaanNya yang tidak kita ketahui dan belum diterokai. Allahuakbar. Sesungguhnya Dia maha agung dan maha bijaksana dan kita hambanya amat kerdil dan tiada berdaya.






Friday, March 3, 2017

LOBAI SALLEH PART 9: BIDAAH.


Gambar hiasan hasil carian Google.


Perbualan antara Lobai Salleh dengan seorang pemuda berjanggut di tempat letak motor surau selepas usai solat Isyak.

Lobai Salleh: "Awak tak pergi kenduri tahlil ke?"

Pemuda: "Tak .. itu semua bidaah"

Lobai Salleh: "Kalau solat tahajud, sedekah atau puasa sunat Isnin dan Khamis tu bidaah juga ke?"

Pemuda: "Yang itu semua adalah digalakkan kerana ada nasnya".

Lobai Salleh: "Kalau begitu tentu awak tak pernah tinggal solat tahajud, banyak bersedekah dan lazim berpuasa sunat kan?".

Pemuda: "err err err ..."
Nota kaki:

Profil Lobai Salleh di sini.