Friday, March 17, 2017

TAK USAHLAH UBAH CIPTAANNYA.



 وَخَلَقَ ڪُلَّ شَىۡءٍ۬ فَقَدَّرَهُ ۥ تَقۡدِيرً۬ا

"dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna" - Furqan -2.

Marilah kita lihat betapa sempurnanya ciptaan Ilahi. Untuk melihatnya kita kena membayangkan kedudukan anggota kita berubah dari posisi sekarang, kerana hanya dengan berbuat demikian, baharulah kita terfikir akan sempurnanya ciptaan yang ada.

1.  Tumit arah ke depan.

Pasti susah nak ikat tali kasut dan susah nak potong kuku kita kecuali minta orang lain tolong buatkan.

2. Jari tangan sama panjang.

Akibatnya ibu jari mencucuk hidung semasa menyuap makanan ke mulut kita.

3. Lubang hidung hala ke atas.

Kita mungkin akan kelemasan semasa berjalan di dalam hujan atau berenang di laut atau sungai.

4. Telinga di bawah ketiak.

Kalau nak dengar kita kena angkat tangan. Letihlah kalau kena angkat tangan lama-lama untuk dengar ceramah atau menonton konsert dan sebagainya.

5. Nenen duduk kat belakang.

Tentulah susah benar bagi ibu-ibu yang nak menyusukan anak.

6. Mata di tapak tangan.

Kita tampar orang, mata kita pulak yang lebam.

7. Gigi tak berhenti panjang.

Saya nak gambarkan pun tak sanggup. Buruk benar rupanya.

8. Telinga besar sebelah atau mata besar sebelah.

Memang menyeramkan kecualilah semua manusia begitu.

9. Tangan panjang tak berhenti

Akhirnya kita terpaksa menyeret tangan semasa berjalan.

10. Kaki panjang tak berhenti. 

Mau lebih tinggi dari zirafah. Atap kenderaan dan rumah juga kena dipertinggikan dari semasa ke semasa.

Sebenarnya kesemua ciptaanNya adalah sangat sempurna. Kita mungkin tidak merasakan kesempurnaannya kecuali kita memikirkan keadaannya jika ia tidak dibuat begitu. Bila difikirkan keadaan seperti yang saya nyatakan dalam contoh-contoh di atas, saya percaya akan timbullah rasa syukur dan takjub akan maha bijaksananya Allah menciptakan alam semesta ini. Allahuakbar.



6 comments:

  1. sentiasa bersyukur ye Pak Ngah... alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Kejadian Allah sempurna dah sifatnya. Tapi manusia sentiasa rasa tidak puas. Syukur diatas limpah kurnia Allah bagi selama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang begitulah lumrahnya sifat manusia kecuali mereka yang redha dan bersyukur atas segala pemberianNya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.