Kadang-kadang kita mendapat nikmat atau rezeki yang lebih baik dari apa yang kita rancang atau harapkan. Ini terjadi kepada saya sendiri. Setinggi-tinggi syukur diangkatkan kepada Allah SWT yang maha pemurah dan maha mengetahui akan kehendak dan keperluan hambaNya.
Saya tinggal di taman ini sejak kira-kira 12 tahun lalu. Saya membeli tapaknya sebelum membina rumah tanpa melihat keadaan tanah yang sebenarnya. Cuma lihat dalam pelan atas kertas sahaja. Alhamdulillah saya dapat tapak yang sangat strategik dan cantik. Bukan di cerun bukit. Di depannya ada kawasan lapang yang boleh memuatkan kira-kira 30-40 buah kereta. Ketiga-tiga kenduri kawin anak saya dibuat di kawasan lapang tersebut. Di belakangnya pula tidak terlindung oleh rumah orang lain kerana kedudukannya yang tinggi dan boleh nampak hutan rimba dan gunung Angsi dengan jelas. Setiap hari saya dapat menyedut udara bersih yang dibawa angin dari arah hutan rimba dan gunung ganang di belakangnya.
Gambar 1: Inilah rumah saya dipandang dari depan pada waktu siang.
Gambar 2: Ini pulak rumah saya dipandang dari depan pada waktu malam.
Gambar 3: Pemandangan di belakang rumah saya. Nampak tak hutan rimba dan gunung ganang nun di kejauahan?
Gambar 4: Kelihatan padang atau kawasan lapang betul-betul di hadapan rumah saya. Boleh buat parking kereta atau pasang khemah kenduri kawin.
Gambar 5: Belakang rumah saya kelihatan dari rumah jiran semasa buat kenduri tahlil sedikit masa lalu.
Apakah nikmat-nikmat yang lain itu ? Ok, saya kongsikan.
Bermula dengan surau kini ia telah dibesarkan dan dinaik taraf menjadi masjid yang tersergam indah. Ia terletak cuma kira-kira 2 minit berkereta atau bermotorsikal dari rumah saya. Kalau berjalan kaki, boleh sampai dalam masa 5 minit. Inilah nikmat yang paling besar. Kalau hari Jumaat, tidak lagi perlu bersesak-sesak macam sebelum ini di masjid yang berdekatan. Sekarang saya boleh park motor saya betul-betul di tepi pintu masjid (kalau mahu).
Gambar 6: Inilah masjid yang saya maksudkan. Gambar hasil carian Google.
2. LEKAS.
Lebuharaya Kajang Seremban (LEKAS) ini memendekan masa dan perjalanan saya ke Putrajaya tempat saya pernah bekerja dulu dan rumah anak saya di Ampang. Saya tidak terfikir akan ada lebuh raya sebaik ini yang betul-betul berpangkal (atau berhujung) di taman perumahan saya tinggal sekarang. Masa saya kerja dulu, saya cuma mengambil masa kira-kira 40-45 minit atau kurang dari satu jam untuk sampai ke pejabat.
Gambar 7: Inilah sebahagian dari LEKAS. Bila sampai sini, kira dah sampailah rumah saya.
3. Kolam memancing.
Minat saya memancing. Sejak bersara, memancing adalah hobi masa lapang saya. Tak kiralah memancing ikan air masin atau air tawar. Udang galah atau udang harimau. Sekarang ini berhampiran rumah saya (kira-kira 5 minit berkereta) sudah ada ada kolam memancing ikan air masin dan air tawar. Dalam seminggu dua lagi, siaplah pulak kolam untuk memancing udang galah dan udang harimau, terletak betul-betul bersebelahan kolam ikan air masin dan air tawar yang sedia ada. Tidak perlulah saya pergi jauh-jauh kalau ingin memancing. Jika saya tak ada di rumah, carilah saya di sini.
Gambar 8: Inilah kolam mancing ikan air masin yang saya maksudkan. Kelihatan gunung Angsi yang masih berkabus di belakang sana. Alangkah damainya.
Ada dua stesyen minyak yang berdekatan rumah saya. Kadang-kadang saya pergi isi minyak motor hanya berkain sarong dan berkopiah selepas solat di masjid. Begitu juga untuk membeli barang keperluan, semua lengkap dalam bangunan KipMart. Selain dari itu bilangan restoran cukup banyak, sampaikan tak tahu nak pilih yang mana. Hospital swasta juga terletak sepelangunan dari rumah saya. Saya sudah dua kali menjadi tetamu di hospital ini.
5. Tapak kubur.
Ia juga terletak tidak jauh dari rumah saya. Ia lebih dekat dari kolam memancing yang saya nyatakan di atas. Jika saya pergi memancing kolam tersebut, saya akan melaluinya. Ahli keluarga saya yang hidup nanti, tidaklah perlu susah-susah mencari tapak untuk mengebumikan saya dan kalau ingin berziarah kemudiannya nanti.
Demikianlah antara 5 nikmat yang saya terima. Sebenarnya banyak lagi, tapi cukuplah setakat ini dahulu. Saya berharap inilah tempat terakhir saya sebelum menutup mata buat selama-lamanya kerana sudah letih berpindah randah semasa masih dalam perkhidmatan dahulu. Insyaallah.