Tuesday, August 21, 2018

MARI BELAJAR BAHASA NEGERI SEMBILAN: PELAJARAN 17.



PEMERHATIAN 17.  Meringkaskan panggilan nama-nama orang.

Orang Negeri Sembilan juga ada cara tersendiri dalam memanggil nama seseorang. Jarang sangat dipanggil nama seseorang itu sepenuhnya mengikut kad pengenalan.

Ibrahim - Braim
Idris - Dighih
Ishak - Sahak
Ismail - Ma-e
Alias - Iyeh
Wahab - Ghohab
Maisalmah - Slamah
Zaharah - Soghah.
Muhammad Afandi - Mat Pandi

Nama saya Hamzah. Ada juga orang panggil Njah.


6 comments:

  1. hihi.

    terhibur baca.

    nama saya Mastura, tapi bila sedara panggil jadi masua, stura dan mcm - mcm seangkatan dengannya. tapi ahli keluarga saya tak pernah panggil mas. nak panggil penuh tapi laju jadilah panggilan yang mcm saya beritahu tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada seorang kawan fesbuk saya nama Mastura juga. Dia letak Cun di hujung namanya. Maka jadilah Masturacun.

      Selepas bertahun2 barulah saya tahu nama sebenar awak. Rapunzel tu mai mana pulak ?

      Delete
    2. rapunzel tu dulu zaman kanak - kanak belajar menulis blog. umur baru 20 tahun, jadi nama pun kita letak masa tu konon nak ikut trend.

      malangnya dah tua, tak boleh nak patah balik keadaan. saya kekalkan dengan nama tu.

      huhu.

      Delete
    3. mcm nama org Afrika je .. hehe.

      Delete
  2. Hai Pak Njah, semoga sihat dan ceria selalu :D

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.