Friday, January 3, 2020

KISAH SCRAMBLER TENAGA PENGAJAR KENA CLAMP.

Kisah Benar.


Tak lama lepas graduasi,  saya telah ditawarkan menjadi Pengajar (tutor) di Jabatan Antropologi dan Sosiologi,  UM. Bila dapat gaji pertama saya terus beli motor scrambler.  Entah kenapa saya tak terfikir nak beli kereta masa itu.  Dipendekkan cerita,  satu hari saya letak motor saya di tempat berbumbung untuk tenaga  pengajar akademik. Bila saya nak ambil motor kemudiannya, saya tengok motor saya sudah kena kunci (clamp). Saya pun pergi ke bahagian keselamatan minta dibukakan. Beginilah lebih kurang dialog saya dengan seorang petugas,

Saya: "Minta maaf encik, motor saya kena kunci. Boleh tak tolong bukakan"

Petugas: "Awak letak kat mana?".

Saya pun beritahu di mana saya letak motor.  Mendengarnya terus muka petugas berkerut seraya berkata,

"Patutlah kena kunci.  Situ tempat letak kenderaan tenaga pengajar"

Segera saya menjawab sambil menghulurkan Kad Kampus saya,

"Saya pun tenaga pengajar juga .."

Petugas segera mencapai kad tersebut dan memerhatikan muka saya serta gambar dalam kad berkenaan.  Saya perhatikan dia agak terperanjat,  lantas berkata,

"Jom saya bukakan .. "

Siapakah yang silap di sini?



Inilah rupanya Kad Kampus saya yang saya maksudkan.

8 comments:

  1. agaknya masa tu takde lagi tenaga pengajar yang naik motor scrambler, itu yang diaorang clamp tu ingatkan student. Tapi lain bebeno muka zaman muda tu ya Pak Ngah, rambut tu yang mahal tu. agaknya tahun berapa masa tu ye kalau pak Ngah boleh beritahu saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambut tu sekarang pun boleh buat mcm tu , tapi putihlah. Hehe .

      Ni kisah tahun 1977.

      Delete
  2. Perghhhh pak ngah memang sesuai naik motor scrambler dengan rambut macam tu.....broom broom broom. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu memang scrambler adalah trend anak muda.

      Delete
  3. Salah faham sikit alhamdulillah settle tanpa pergaduhan ehh!

    Wah! kuyus nampaknya tu

    ReplyDelete
  4. fuh..sikap yang terbaik, dalam menyelesaikan sesuatu isu

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.