Friday, October 25, 2019

KERANA ENGGAN BUANG SEKETUL BATU TANGAN ANDA PUTUS.


Gambar hiasan hasil carian Google.

Pada suatu hari, anda terjumpa seketul batu di atas jalan.  Batu itu agak besar sehingga boleh membahayakan penunggang motorsikal. Pada masa itu,  anda ada masa dan keupayaan untuk mengalihkannya ke tepi jalan,  namun anda enggan berbuat demikian.

Tidak lama lepas itu seorang penunggang motosikal melanggar batu tersebut hingga dia terjatuh ke atas jalan dan di langgar oleh kereta dari arah belakang. Akibatnya dia cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Si mati tidak punya pekerjaan tetap, hanya bekerja kampung. Isterinya pula seorang suri rumah sepenuh masa menguruskan anak mereka seramai 7 orang.  Anak yang sulung berada dalam tingkatan 5. Oleh kerana kesempitan hidup,  dia terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai pembantu kedai untuk menyara ibu dan adik-adiknya.

Disebabkan gajinya tidak cukup untuk membeli keperluan harian,  dia telah mencuri duit kutipan kedai.  Akibatnya dia telah diberhentikan. Buntu kerana tiada cara untuk dapatkan wang, dia beranikan diri untuk merompak.  Rumah anda adalah rumah pertama yang dirompaknya.  Anda cedera parah di tangan kanan akibat ditetak dengan parang kerana anda cuba menghalangnya.  Akhirnya tangan anda tak dapat diselamatkan dan terpaksa di potong.

Tangan itulah yang tidak digunakan untuk mengalihkan batu yang dilanggar oleh bapa budak ini hari itu. 

14 comments:

  1. berbuat baiklah kita walaupun dengan apa cara sekali pun...

    ReplyDelete
  2. Sungguh mendalam...sedangkan boleh ubah pada awalnya supaya tidak menjadi parah....kesimpulannya, benda yang baik, buat terus..agar semua sejahtera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn bertangguh utk buat kebaikan dan kebajikan .

      Delete
  3. Everything happens for a reason...

    ReplyDelete
  4. Setiap sesuatu kejadian ada sangkut-pautnya renung-renungkanlah.

    ReplyDelete
  5. Setiap yang berlaku ada hikmahnya

    ReplyDelete
  6. Kita perlu ada sikap bertoleransi dalam kehidupan seharian

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.