Friday, May 8, 2020

MARI KITA BOIKOT.

Kisah ini berlaku pada tahun 50an mengenai sebuah kedai runcit di sebuah kg Melayu tradisional yg jauh di pendalaman. Pemiliknya bukan seorg Melayu tulin. Pada masa itu, hanya itulah satu2nya kedai runcit yg ada dlm kampung tersebut.  Kedai runcit lain yg terdekat adalah kira-kira 8 batu jauhnya di sebuah kg yg lain.

Pada suatu hari, entah mcm mana mungkin kerana terlalu marah, taukeh kedai runcit itu telah mengeluarkan kata2 yg disifatkan sebagai menghina org Melayu. Oleh kerana terlalu marah dgn kata2 taukeh tersebut,  penduduk kg pun berpakat utk memboikot kedai berkenaan.

Dgn semangat yg berkobar2, masing2 pun beralih membeli barang keperluan dari kedai runcit milik Melayu di kg yg berjiran. Dipendekkan cerita, selang 5-6 hari mulalah masing2 tawar hati kerana kedai Melayu tersebut terletak jauh dan harga barang2 pula umumnya lebih mahal. Utk ke kedai tersebut sgt meletihkan kerana terpaksa berjalan kaki atau mengayuh basikal.  Maka akhirnya mereka bersetuju utk membeli semula barang2 keperluan dari kedai runcit di kg mereka. Sebelum itu diputuskan seorg drp mereka berjumpa taukeh kedai tersebut utk memberi amaran. Beginilah kata2 wakil tersebut,

"Saya sebagai wakil penduduk kampung ini ingin beri amaran kepada kamu,  jika sekali lagi kamu cakap mcm itu,  kita akan boikot terus kedai awak.  Ingat.  Ini adalah amaran terakhir yang pertama"

Taukeh kedai tersebut dgn nada kesal telah berjanji utk tidak mengulangi kata2 yg pernah diucapkan sebelum ini.

Nota kaki.  Ini bukan kisah benar. Ia ada kena mengena dgn yg masih hidup atau pun yg telah mati.


Gambar berikut sekadar hiasan.


4 comments:

  1. Amaran terakhir yang pertama 😂😂😂 yang bagi amaran tu tau kut, dia sendiri tak konsisten, tu pasal amaran terakhir pasti akan berlaku berkali kali

    ReplyDelete
  2. 50 tahun sekali kisah ini berlaku.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Watak yg berlainan.. tema dan plotnya sama.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.