Thursday, May 28, 2020

DARI FESBUK # 30 : NORMAL BAHARU KE NORMA BAHARU?


Semalam saya buat status bertanyakan istilah mana yg tepat merujuk kpd situasi kita melawan Covid-19 sekarang,  samada NORMAL baharu atau NORMA baharu. Bermacam2 pendapat diberikan. Terima kasih semua.

Dlm satu komen, saya ada menyebutkan bahawa perkataan normal dan norma (norm) tu kedua-duanya adalah perkataan Inggeris. Jadi cara paling mudah dan selamat utk kita mengetahui mana satu yang lebih tepat,  kita lihat mcm mana org Inggeris menggunakannya. Jgn ikut cara org kita kerana banyak perkataan Inggeris yg kita gunakan berlainan makna dgn bahasa Inggeris sebenar.  Contohnya perkataan action,  sound,  terror,  chop dsb,  punya maksud yg berlainan dlm BM kita.

Dari semakan saya secara sepintas lalu,  saya dapati dua gergasi penyiaran dunia berbahasa Inggeris iaitu CNN dan BBC menggunakan "new normal" atau "normal baharu" dalam rencana atau siarannya. Normal baharu bermaksud perbuatan yang dulunya di anggap tidak normal,  kini sudah dianggap normal. Contoh yang terbaik adalah penjarakan sosial. Lama kelamaan, ada yg berpendapat perbuatan "new normal" akan menjadi "now normal".



BBC menggunakan istilah 'New Normal'


CNN juga menggunakan istilah 'New Normal'

Ada juga yg kata perkataan normal dan norma itu sama shj maksudnya. Saya tak berapa setuju.  Untuk bezakan makna normal dgn norma,  kita tengok contoh ayat berikut:

"Setelah tiga hari lobai Salleh terlantar kat hospital kerana demam panas,  hari ini suhu badannya telah kembali NORMAL.

Dlm contoh ayat tersebut tentulah perkataan norma tidak sesuai digunakan, sekaligus menolak pandangann yg mengatakan perkataan normal dan norma itu sama sahaja maksudnya.

Ini adalah pendapat saya sahaja.

#taksetujupuntakapa

Tambahan.  

Sekarang saya dapati semua akhbar telah menggunakan istilah normal baharu dan tidak lagi norma baharu seperti sebelum ini. 


Sebelum ini Astro Awani menggunakan istilah Norma Baharu.

Sekarang semua akhbar menggunakan istilah "Normal Baharu" seperti yang digunakan oleh akhbar Berita Harian.

Nampaknya penggunaan istilah 'Normal Baharu' telah menjadi normal di kalangan rakyat Malaysia sekarang ini. 



6 comments:

  1. Betul tu Pak Ngah, pada pendapat saya sepatutnya norma baharu atau new norm...begitu juga dengan istilah penjarakan sosial...diambil dari perkataan jarak...dan ditambah 'kan' dihujung...tak betul lah kalau dieja "penjarakan" sosial macam yang ditulis di akhbar B.Harian...pada pendapat saya sepatutnya di eja "penjarakkan" sosial...apakah dewan bahasa dan pustaka pandang remeh isu ni? Penjarakan tu pada saya macam contohnya "penjarakan saja mereka yang memandukan mabuk"...jelas berbeza maksudnya dengan penjarakkan ...betul tak Pak Ngah?

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya ada perkataan BM kita yang sesuai digunakan.
    Kita asyik meminjam perkataan orang lain aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinjam perkataan orang lain tak payah pulangkan .. Hehe.

      Delete
  3. Mrs. A pun sependapat dengan PakNgah istilah yang betul adalah normal baharu.
    Norma Azura nama biras Mrs. A eh! tiberrr...hahahaaa...
    Istilah lain bak kata Tok Mat new abnormal huhuhuhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap namanya tu. New abnormal pun betul jugak.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.