Gambar hiasan hasil carian Google.
Dalam Bahasa Melayu juga ada kaedah "walau disebut sebahagian, tapi yang dimaksudkan adalah semuanya"
Contoh:
1. Jika isteri suruh kita basuh pinggan mangkuk, yang dimaksudkannya bukan hanya basuh pinggan mangkuk sahaja tetapi semua yang ada dalam sinki termasuklah cawan, piring, gelas, sudu, garpu, kuali, teko dsb.
2. Jika ada yang cakap, batang hidung dia pun tak nampak, yang dimaksudkan seluruh tubuh badan dia tak kelihatan, bukan setakat batang hidung dia je yang tak nampak.
3. Jika ada orang ajak makan nasi, bukanlah dimaksudkan makan nasi semata-mata tapi termasuklah juga semua hidangan di atas meja yang merangkumi lauk pauk, air minum dan juga pencuci mulut.
Nota kaki: Entri ini diletak bawah label 'entri saja-saja". Jadi tak usahlah ambil serius sangat.
Dulu agaknya anak2 makchaq faham macam tu kot.. pinggan mangkuk habis basuh.. periuk sudu teko tinggai.... 😅
ReplyDeleteLain kali cakap biar teghang. Haha.
DeleteBanyak blog menyepi sekarang, alhamdulillah, pak ngah "hidup" lagi
ReplyDeleteHidup segan mati tak mahu.
DeleteAda ke orang yang lurus macam tu di zaman sekarang ni Pakngah?
ReplyDeleteAda. Cuba baca komen Makchaq yg mula2 komen kat atas tu. Hehe.
DeleteHehehee... orang sekarang cakap tak payahlah pembaris sangat.
ReplyDeleteMaknanya memang wujudlah spesis pembaris kan?
Deletehehehehe
ReplyDeleteada yang lurus juga
follow instruction katanya
Ikut SOP katanya.
Delete