Saturday, May 30, 2020

KITA TIDAK SERUPA.

Minat kita tidak serupa.  Dan itu adalah rahmat.

1. Ada orang minat kesusasteraan seperti pantun,  seloka, syair,  gurindam,  sajak dsb. Ada orang yang "geli' untuk bergaul dengan orang jenis ini.

2. Ada orang minat berambut panjang. Ada orang yang tidak minat berambut.

3. Ada orang minat bermain golf.  Ada orang minat memancing ikan atau udang.

4. Ada orang suka cakap berkias atau beralas.  Ada orang suka cakap terus terang (direct to the point).

5. Ada orang suka letak lemari menyimpan cenderahati kat ruang tamu.  Ada orang suka letak lemari buku dalam bilik tidur.

6. Ada orang suka duduk rumah satu tingkat. Ada orang suka duduk kondo.

7. Ada orang suka makan durian.  Ada orang baunya pun tak tahan. 

8. Ada orang suka bela kucing dalam rumah.  Ada orang suka bela ikan dalam rumah.

Namun begitu jika minat orang lain itu bertentangan dengan hukum hakam agama, undang2 negara atau norma masyarakat, tidak bolehlah kita hormati atau bersetuju dengannya. 

Jika tidak demikian halnya,  marilah kita raikan dan hormati minat orang lain yang berbeza dengan minat kita.  Kelak anda akan dapati dunia ini indah dan seronok untuk di diami.




8 comments:

  1. done follow.. nice blog.. follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Barulah ada kepelbagaian dalam kehidupan

    ReplyDelete
  3. kita sentiasa meraikan perbezaan dan kepelbagaian dalam cara yang positif dan berhemah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tiada kepelbagaian, hidup ini sangat menjemukan.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.