Saturday, November 23, 2013

APA YANG SAYA MAKAN DI BUKIT TINGGI DAN PADANG.

Alhamdulillah percutian kami di Bukit Tinggi dan Padang selama 4H3M, sangat mewah dengan makanan dan minuman. Dan masakan Padang atau Minangnya sungguh kena dengan selera saya. Semuanya sedap, tiada yang tidak sedap melainkan semuanya sedap belaka.

Berikut adalah beberapa keping gambar makanan dan minuman yang sempat saya ambil beserta sedikit ulasannya.

 
 
Gambar 1: Minum pagi di rumah makan (restoran) Lamun Ombak. Saya  minta jus avocado (pokat) dengan mee goreng. Saya tak rekomen mee gorengnya tapi jus avocadonya terbaik.


Gambar 2: Makan tengahari di rumah makan Pak Datuk dalam perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi. Mak datuk sodap ea !

 

Gambar 3: Makan malam di rumah makan Gon Raya, Bukit Tinggi. Banyak lauk yang tak habis walaupun kita telah sedaya upaya mencuba menghabiskannya.



Gambar 4: Kuih lempeng (bika) pisang dan kelapa yang di bakar menggunakan pembakar seperti gambar 5 di bawah.


Gambar 5: Gambar dapur untuk memasak bika.


Gambar 6: Makan malam pada malam ke dua di Rumah Makan Sederhana.


Gambar 7: Makan tengahari di Rumah Makan Pondok Flora yang terapung di tengah sawah. Lebihan makanan kita dibuang ke dalam kolam dan disambut oleh ikan yang dipelihara di dalam kolam tersebut.


Gambar 8: Pertama kali saya merasa makan tapai ubi yang di goreng. Dengarnya kat Malaysia pun ada jual tapi saya belum pernah berjumpa lagi.


Gambar 9: Pais ikan. Mungkin beribu-ribu anak ikan menjadi korban dalam bungkusan sebesar ini. Rasanya cukup enak, dan saya makan 3 bungkus di samping kuih-kuih yang lain.


Gambar 10: Minuman dari daun kopi dan kayu manis disediakan secara percuma. Minumlah setakat mana yang mahu.


Gambar 11: Menjadi duta produk lantikan sendiri  kerepek jering.


Gambar 12: Makan malam di Rumah Makan Palanta Minang di tepi laut di Padang. Ikan bakarnya yang panas-panas enak dimakan begitu saja. Tidak jauh dari situ terdapat deretan 'tenda ceper'. Kalau nak tahu apa itu 'tenda ceper' silalah Google kerana ada cerita yang menarik mengenainya.

 

 Gambar 13: Gulai tunjang ini ada dalam menu setiap hidangan kami sebagai permintaan khas, kecuali pada hari pertama.



Pastinya saya akan miss (tokinyam kata Orang N9) dengan jus pokat, ikan pais dan juga gulai tunjangnya. Baru balik seminggu pun, saya dah merancang-rancang hendak pergi lagi ke sana.

Berikut adalah gambar-gambar saya di hadapan Rumah Makan yang saya sebutkan sebelum ini.






 * Rumah makan = restoran.

Friday, November 22, 2013

JANGANLAH KITA TERLALU BANYAK MERUNGUT.

Tiga keping gambar di bawah adalah hasil carian Google yang menunjukan bahana taufan Haiyan yang melanda Filipina baru-baru ini.




Mungkin kita belum pernah rasa betul-betul hidup sengsara. Barangkali cuma ibu bapa atau nenek moyang kita pernah merasakannya semasa pemerintahan Jepun atau Bintang Tiga dahulu.

Mungkin kita belum pernah mengalami ketiadaan letrik berhari-hari. Barangkali kita juga tidak merasa ketiadaan air paip berminggu-minggu. Kita tidak biasa beratur tujuh lapan jam hanya untuk membeli setangki penuh minyak petrol untuk motor kita.

Sekarang cuba kita bayangkan apa yang sedang dialami oleh mangsa tiupan angin taufan Haiyan yang melanda Filipina kira-kira dua minggu lalu. Bukan sahaja mereka telah mengalami terputus bekalan letrik, air paip dan kekurangan bahan makanan tetapi juga kemusnahan tempat tinggal dan harta benda bahkan kehilangan nyawa ahli keluarga masing-masing.

Taufan itu boleh sahaja melanda negara kita kalau itu kehendak Allah swt. Oleh itu bersyukurlah kita kerana masih dipelihara oleh Allah dari sebarang mara bahaya kecuali mara bahaya buatan kita sendiri.


Wednesday, November 20, 2013

WW # 93: TIADA GEMBIRA DI HATI KERANA MAKNGAHNYA TIADA DI SISI.