Sunday, October 26, 2014

TERKENANG SEMASA DULU 86 : MUSIM PANAS 82-84 - USA.

Musim panas di sini memang panas. Kadang-kadang panas lagi dari Malaysia dan cuacanya kering - tidak tinggi 'humidity'nya macam di Malaysia. Itu menyebabkan badan kita kurang berpeluh dan kalau jemur pakaian, cepat kering.

Oleh kerana rumah sewa saya ada tingkat bawah yang sebahagiannya berada di dalam tanah (sebagaimana kebanyakan rumah orang di sini)  saya akan berpindah tidur di bawah bila tiba musim panas. Sejuk sikit. Kurang guna pendingin hawa. Boleh jimat duit sebab pendingin hawa di rumah saya adalah jenis berpusat. Kalau kita guna satu bilik pun, semua rumah terpaksa disejukan




Gambar 1. Tiga tahun saya menyewa rumah ini. Kelihatan tingkap di bahagian bawah rumah yang sekerat tertanam di dalam tanah.


Waktu  musim panas adalah masa yang menyeronokkan kerana kita bebas dari memakai pakaian sejuk yang berlapis-lapis. Namun begitu kalau kena berpuasa dalam musim panas, memang panjang waktu puasanya. Saya pernah mengalaminya. Kalau tak silap kita berpuasa dari jam 4 pagi hingga 10 malam. Tapi rahmat dan rahim Allah telah membuatkan kita tidak terasa lapar dan dahaga sangat. Sama sahaja rasanya macam puasa di Malaysia. 


Berikut adalah sebahagian gambar semasa musim panas antara tahun 1982-84 dengan sedikit keterangan di bawahnya. Rasanya ada di antara gambar itu yang kitar semula.


Gambar 2: Sebahagian warga Malaysia yang turut serta perkelahan anjuran kelab kedutaan Malaysia.

Gambar 3: Makngahnya sedang menghadapi makanan.


Gambar 4: Alangkah rampingnya kami masa itu. Hehe.


Gambar 5: Jamuan di rumah kenalan dari Malaysia. Kita berjamu di kawasan taman rumah tuan rumah.


Gambar 6: Jamuan di rumah orang lain pulak. Seronoknya bila dapat berkumpul sesama orang Malaysia.


Gambar 7: Geng lelaki pulak sedang santai di luar rumah.


Gambar 8: Anak-anak juga turut bergembira bermain sesama mereka.


Gambar 9: Kita juga membuat sate. Saya tukag kipas api je.
 

Gambar 10: Membakar sate di waktu yang berlainan pulak berdasarkan baju yang saya pakai.


Gambar 11: Anak saya bermain berseorangan di belakang rumah kerana tiada kawan datang bermain.


Gambar12: Anak saya bermain di hadapan rumah dengan anak-anak jiran. Bimbang nak ajak mereka masuk bermain dalam rumah.


Gambar 13: Masa ni anak saya sudah berdua. Adalah kawan untuk bermain buaian kalau tak bergaduh. 


Gambar 14: Kami juga gemar pergi  bersiar-siar membawa anak sulung kami ke taman-taman di bandaraya Washington DC. Kelihatan "Washington Monument" berbalam-balam di belakang kami.


Gambar 15: Di musim panas juga kita suka kunjung mengunjung. Boss dan rakan datang berkunjung ke rumah saya. Sudah tentulah ruan rumah duduk di tengah-tengah.

Gambar 16: Ini rasanya semasa kami berjalan raya.


Gambar 17: Kadang-kadang persatuan penduduk kawasan perumahan saya ada membuat gathering. Saya pun turut serta. Saya bawa kuih karipap dari rumah dan saya makan kuih saya sahaja.

Kalau tengok gambar-gambar itu tak nampak sangat macam kat tempat orang kan ? Kadang-kadang saya teringin juga untuk melawat kembali rumah yang pernah kami diami dulu. Tak tahulah sampai ke tidak hajat saya itu sebelum saya menutup mata buat selama-lamanya nanti.

P.S:  Dengan ini lengkaplah cerita saya berkaitan empat musim di USA.


25 comments:

  1. Kebanyakkan gambar kat atas tu nampak macam ada kat Malaysia je, macam dalam cerita 80-an.

    Cuma dua tiga gambar je nampak macam kat US...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sahkan gambar2 tu bukan kat Mslaysia. Hehe.

      Delete
  2. hm, saya nak bagi pendapat sikit. lagi cantik rasanya kalau gambar2 individu lain yang tak menutup aurat tu pun di`tapis' jugak. baru la lebih meriah, kan...

    apa pun, tersengih saya tengok mak ngah pakai skaf baby (kalau tak silap) tu. hehehee...

    ReplyDelete
  3. Memang nampak macam kat Malaysia hehe.
    Comel makngah dan pakngah masa muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah hukum alam .. masa kita orang bayi lagi comel. Hehe.

      Delete
  4. ye la..macam kat malaysia je..sebab dikelilingi orang kita jugak..kan??

    ReplyDelete
  5. Muka tuan masa muda-muda macam muka DSAI.

    ReplyDelete
  6. I feel the retro + hippies era PakNgah... heheh ;p

    Bila PakNgah nak repeat pi US lagi ni, best tu kalau letak side-by-side gambar lokasi sama zaman dulu vs zaman sekarang, mesti awesome! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga rasa teringin. Tapi nak fly jarak jauh ni dah tak larat.
      Kalau dpt pergi, bagus idea buat gambar tu.

      Delete
  7. Kalu nak jejak kasih ke sana, jangan lupa ajak saya Pak Ngah! Serius niii....!

    ReplyDelete
  8. Belom lahir lagik time ni. hehehe

    ReplyDelete
  9. Pak Ngah je yg dah tak ramping tapi Mak Ngah masih ramping seperti dulu.

    ReplyDelete
  10. Saya doakan hajat Pak Ngah akan tercapai nnt. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah berkat doa awak, sampai lagi saya ke sana.

      Delete
  11. Kenangan yang memagn kena simpan rapi ni, sini skagn dah mula sejuk.. rindunya summer time hahaha. Sama la saya pun Pakngah, kalau ada potluck kat sekolah Jelita, saya bawa bingka pandan dan makan yang itu sahaja hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha .. geli pulak baca komen awak makan bingka itu. Nasib baik bingka, kalau bawak kacang goreng, jenuhlah makan kacang goreng semata.

      Delete
  12. fesyennya lbh kurang di sini sahaja ketika itu . klu dpt upkan gambar yg ada pure background di sana lagi best ni pak ngah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar 14 tu rasanya pure back ground kat sana .. tapi apa nanti Pakngah buat siri 2 . Tapi ada sedikit masalah sebab gambar2 banyak kat rumah di Seremban sedangkan Pakngah duduk di Perlis sekarang.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.