Thursday, October 2, 2014

SONYUM SOKOJAP 70 - ARWAHNYA ADA LAGI KE ?



Pemandangan sebenar pada hari kejadian.

Dua minggu lepas sempena cuti sekolah saya balik menjenguk rumah di Seremban. Memancing udang galah adalah satu agenda wajib saya.

Pada pagi hari yang dijadualkan, saya dihantar oleh Makngahnya kerana sebelum itu kita dah janji nak makan roti canai dulu kat gerai tepi sawah, tak jauh dari tempat berkelah Ulu Bendul.

Selepas selesai meroti canai, saya bergegas ke kolam pancing. Sebaik sampai saya segera sediakan pancing.

Oleh kerana saya dah lama tak memancing, penjaga kolam yang telah lama mengenali saya datang berborak. Saya ceritalah kenapa dah lama tak datang mancing kerana balik ke Perlis menjaga bapa mertua saya.

Dia pun mula cerita yang dulu dia juga menjaga arwah emaknya yang uzur.

Saya yang antara dengar tak dengar tapi buat-buat macam dengar kononnya,  bertanya.

"Arwah emaknya ada lagi tak ?"

Saya tengok Makngahnya dah tersenyum kat saya. Saya tahu kenapa. Kalau dah arwah mana nak ada lagi. Tapi yang bestnya penjaga kolam tu jawab:

"Dah tak ada dah .. "

Saya memang begitu. Kalau tengah asyik buat kerja apa lagi sedang menyediakan peralatan pancing, bukan ambil perhatain sangat kalau orang bercakap.

Yang orang ini pun satu, tengah orang sibuk sediakan pancing, masa tulah dia nak bercerita.




20 comments:

  1. Hahahaha, Pak Ngah ni cekap juga. Lepas jer tersalah cakap, cepat pula tersedar dah salah cakap. Siap boleh jeling Mak Ngah lagi yer....

    Pak Ngah, ini kolam yang kat Tg Ipoh tu yo? Sey selalu lalu yo... banyak ko udang kek kolam tu? Hubby sey toringin, tapi tak sompek laie. Dio dulu naik sampan maso mancing udang kek Kuantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makngahnya lagi cekap.
      Betul .. itulah kolamnya. Nama tempat tu Solok Paku. Udangnya kengkadang ok kengkadang tidak. Tapi belum pernah lagi balik tangan kosong.

      Delete
  2. haha... berair mata KM baca sebab gelak kelakar... KM baru nak feeling2 sedih gitu dengar cerita sekali ada soalan kelakar pulak hahaha

    ReplyDelete
  3. sib baik mak ngah e sonyum yo..kok sey dah tolambak dah golak e hi hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terlambak, pueh nan ngutip ea tu ..

      Delete
  4. Hihi... MakNgah jenis yang peka betul cepat aje tangkap silap cakap en abe dia:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mmg cekap menangkap kesalahan orang. Hehe.

      Delete
  5. hahahaha..
    Penjaga kolam tu pun agaknya serba salah..nak jawab ke tidak soalan tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dia pun tak sedar apa yg dia cakap. Hehe.

      Delete
  6. Replies
    1. Saya pun tersenyum bila terkenangkan dialog itu.

      Delete
  7. abang jaga kolam tu jawab pasal nak jaga hati...

    ReplyDelete
  8. Tahniah anda ada blog yg banyak info. Jemput blogwalking di www.yatiadam.com

    ReplyDelete
  9. terima kasih bg sy senyum sekejap petang2 gini PakNgah. seharian dah stress, letih dah otot muka ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa sampai begitu sekali stressnya ?

      Delete
  10. Pak Ngah kesian kan kat org tu...mesti dalam hati dia menggerutu...ahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga .. atau pun dia ketawa sendirian bila mengenangkannya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.