Monday, October 13, 2014

ORANG YANG MENYURUH KITA BERSYUKUR BILA HARGA MINYAK NAIK PATUT DIPERIKSA OTAKNYA.

 

 

Gambar hiasan hasil carian Google.

 

Ugama Islam menganjurkan supaya kita bersyukur bila mendapat nikmat dan redha serta sabar bila menerima sesuatu yang tidak kita sukai.  


Oleh itu jika ada orang menyuruh kita bersyukur bila harga minyak naik, ternyata pemikiran orang itu sudah senget dan perlu dibuat 'balancing' semula.
 
Kenaikan harga minyak yang turut memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh semua orang.  Bahkan mungkin bagi sesetengah orang yang hidupnya kais pagi makan pagi, kenaikan itu merupakan suatu bala.


Saya dapati ramai sahabat yang beranggapan  bahawa  saya menyuruh mereka bersyukur dengan kenaikan harga minyak melalui entri tersebut.  Kalau anda berfikiran begitu, anda silap sebenarnya. Bahkan dari sudut susunan logik bahasa pun ia tidak  kena  bila kita disuruh bersyukur kepada sesuatu yang tidak kita sukai.

 

Bacalah betul-betul entri saya itu sekali lagi  dan fahami maksud yang tersurat. Saya cuma menyuruh kita bersyukur kerana minyak masih lagi boleh dibeli walaupun harganya sudah naik. Cuba bayangkan kekalutan yang akan berlaku, kalau minyak tidak ada di pasaran. Pada masa itu harga 10 sen seliter pun tidak akan ada maknanya lagi. 

 

Ia serupalah dengan orang yang berkata "saya bersyukur semua keluarga saya selamat walaupun rumah saya hangus terbakar".  Orang itu bersyukur bukan sebab rumah dia terbakar tapi bersyukur sebab keluarganya terselamat. Begitulah dengan saya yang menyarankan kita supaya bersyukur kerana minyak masih lagi boleh dibeli walaupun harganya meningkat dan bukannya saya suruh bersyukur sebab harga minyak naik.

 

Kesimpulannya, tidak sekali-kali saya suruh sesiapa bersyukur di atas kenaikan harga minyak baru-baru ini.

 

Rasanya saya belumlah sepandir itu lagi untuk menyuruh orang berbuat demikian.

~

 

31 comments:

  1. hahahaha..
    Uncle, minggu lepas masa uncle tulis entry tu, rata2 pembaca masih beremosi kesan petrol naik...so mungkin ia ganggu emosi masa menulis, lantas gagal memahami apa yg uncle cuba sampaikan...La ni ( speaking Perlis..hahaha), dah boleh fikir betul dahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan emosi masa bagi suntikan kepada orang sakit sudah .. hehe.

      Delete
  2. aduhai.. mereka tu mesti tak baca entry sampai habis sebab tu mereka tuduh pak ngah macam tu... tak pa pak ngah, KM faham maksud pakngah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga mereka tak baca habis .. tapi mungkin juga mereka sudah ada preconceived idea tentang isu ini ..

      Delete
  3. Replies
    1. bagus .. lain kali jangan buat lagi .. hehe.

      Delete
  4. Salah faham berlaku di mana2 tetapi kita yg mengizinkan ianya berlaku. Baca, hadzam dan fikir baru buat keputusan buka baca sekali imbas dan hentam.

    Saya bersyukur walapun ayah saya telah meninggal dunia sejak saya kecik tetapi saya masih ada mak yang sentiasa sayangkan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu adalah konsep syukur yang betul ...

      silap faham lebih bahaya dari tidak faham.

      Delete
  5. Barang naik, siapa pun tak suka.. Pihak berwajid seharusnya memberikan penjelasan yang sepatutnya dan setelus-telusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dah banyak kali mereka beri penjelasan ..

      Delete
  6. Replies
    1. awak memang bijak .. tapi sejak bila tahu tu ?

      Delete
  7. salam,
    uncle, x semua boleh faham yg tersurat.iq dan eq nya berbeza-beza.habis baca artikel uncle tu sy dh senyum sinis tahap gaban

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. gaban tu macamana rupanya .. uncle tak pernah tengok lagi. hehe.

      Delete
  8. Replies
    1. kalau tarif elektrik tak naik, mungkin lagi power .. hehe.

      Delete
  9. Lain orang lain penerimaannya..lebih2 lagi tengah hot..jadi apa yg dibaca tak sepenuhnya difahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sebab bila hot, cepat2 beristigfar .. tapi saya pun selalu juga hot dengan perangai anak-anak.

      Delete
  10. Tak salah kita bersyukur jika berlaku sesuatu diluar jangkaan kita. Itu tanda kita redha dengan ketentuan NYA. Orang yg mempunyai prinsip hidup yg jelas hala tuju, tahu jalan penyelesaian yg harus dipilih mengatasi sesuatu isu yg wujud.Insyaallah segala kerumitan boleh diatasi.Berbeza individu yg x teguh prinsip hidupnya,tak tahu yg mana satu hala tujunya, mudah berubah2 fikiran bila berlaku tekanan dan lalakan di kelilingnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu ..jangan jadi lalang, mudah ditiup angin. Kita kena ada prinsip sendiri.

      Delete
  11. Kita disaran untuk bersyukur pada setiap keadaan walaupun ketika musibah melanda.

    Kerana, setiap musibah yang berlaku itu, pastinya ada hikmah yang terselit bersama.

    Dan hikmah itulah yang harus disyukuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai orang tahu tu .. tapi bila terkena, selalu terlupa.

      Delete
    2. Bila terlupa, tu yang naik minyak... hohoho...

      Delete
  12. heheheh, isu minyak ni memang boleh buat sesetengah orang tu melatah, dia nampak apa yang dia nak tengok saja, maka jadi la mcm tu... huhuu~

    btw pak ngah, join my contest? Isi Buih-Kata Komik #2!!!
    Contest tamat pada 10 Nov 2014, winner gets a T-shirt with my print-design~ XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. dia nampak apa yang dia nak tengok saja dan dengar apa yang dia nak dengar saja .. inilah akibatnya.

      Delete
  13. Hehehe...apa yang disampaikan telah disalahtafsirkan oleh sesetengah orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tengah marah, emosi akan menguasai rasional kita. biasalah tu !

      Delete
  14. Syukur.......smua org faham apa yg nk dismpaikn....

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.