Thursday, October 9, 2014

KISAH POKOK PINANG KALAH DENGAN POKOK PUTAT.

Beberapa minggu lepas, saya membuang satu dahan pokok putat yang menaungi pokok ciku dan pokok cempedak saya. Nak jadikan cerita, hujung dahan putat itu tersangkut kat pokok pinang dan terhalang untuk jatuh ke tanah. Kerengga pulak punyalah banyak. Lalu saya tinggalkan begitu sahaja dahan putat itu selepas tidak tahan diserang kerengga. 

Seterusnya langsung saya masuk ke dalam bilik tidur saya dan mula membuka komputer untuk berblog atau berfesbuk. Tetiba saya terdengar bunyi 'rak rak rum'. Rupanya pokok pinang yang saya katakan itu, tercabut akarnya dan terbungkang tumbang.  Ia tewas setelah beberapa lama diasak oleh dahan pokok putat yang yang telah saya potong itu.


 Gambar 1: Begitulah jadinya kalau akar tidak kukuh, senang sahaja tumbangnya bila ditolak dan diasak.

Saya bergegas keluar melihat apa kesudahannya. Makngahya berteriak memanggil saya kerana sangkanya saya masih berada di luar.

Saya dapati hujung pokok pinang itu hanya beberapa kaki sahaja lagi hendak menghempap atap rumah dan sepohoh pokok harum manis saya yang hidup subur menghijau. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT kerana telah mengelakkan kami dari bencana.


Gambar 2: Cuba perhatikan jarak batang dan pucuk pokok pinang itu (yang sudah saya kerat) dari cucur atap dan pokok mangga harum manis saya.

Pengajaran: Kadang-kadang kalau kita bernasib baik, sesuatu masalah itu akan selesai dengan sendirinya kalau kita biarkan begitu sahaja buat seketika. Kadang-kadanglah. Bukan sentiasa.

14 comments:

  1. Alhamdulillah...selamat semuanya.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ya .. amat dekat. Nasib baik x nampak masa dia rebah .. kalau nampak, mungkin kena serangan jantung.

      Delete
  3. moralnya...ada baiknya Tn Hj masuk ke dlm utk berblogging. Kalau tidak Tn Hj mungkin mangsa kpd pokok pinang berkenaan. :D :D Pendek kata...harus juga buat sujud syukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. boleh buat alasan lepas ni. Berblog boleh mengelakkan anda dihempap pokok pinang.

      Delete
  4. Alhamdulillah Pak Ngah selamat. Memang bernasib baik. Mula-mula saya lebih terdistract dengan pokok putat itu kerana tak tahu apa dia. Tapi memang mengerikan bila membayangkan sekiranya apa yang berlaku sebliknya.. Macam, apa akan jadi kalau terhempap betul-betul kat atas rumah? Atau pon what if kalau memang pokok tu memang nak hempap just entah macam mana tersasar? Apapun semuanya kuasa Tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tahu rupa pokok putat ? Kalau belum boleh google.

      Mmg Allah memelihara Pak Ngah dari kecelakaan pada hari itu. Syukur.

      Delete
  5. Alhamdulillah. cantiknya analogi pak ngah tentang akar tak kuat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah awak dpt tangkap maksud dari analogi tersebut.

      Delete
  6. Sayang betul makngah kat pak ngah yer..
    Kan.. kadang2 baik lah kita biarkan ia settle sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya begitulah .. cuma tidak diucapkan shj perasaan itu.

      Delete
  7. Pucuk putat buat ulam laksa sedap. Buah putat buat ulam cicah sambal belacan!

    Saya setuju ayat akhir Pak Ngah kadang2 ada masalah yg perlu kita biarkan dan akan selesai dengan sendirinya, selesai bersama masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg banyak ulam2an kat sini. Pokok cemumaq pun ada tanam kat belakang rumah sekarang. Tapi Pak Ngah kurang sikit dgn ulam ni.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.