Tuesday, September 30, 2014

MEMANCING KUNCI RUMAH.

Beberapa hari lepas, kami terkunci di luar rumah. Mula ceritanya begini. Kami nak keluar dan saya keluar dulu sementara menanti Makngahnya bersiap. Saya menggunakan kesempatan yang ada untuk memancing ikan di kolam sebelah rumah saya. Mancing main-main jer. Dapat lepas, dapat lepas.

Bila Makngahnya keluar dan kata jom saya tanya mana kunci kereta.  Dia ingat saya dah bawak. Kunci rumah pun dia ingat saya dah bawak bersama. 
Akan tetapi kunci itu saya tak bawa bersama sebab ianya tidak diperlukan untuk memancing ikan. Saya ingatkan Makngahnya tahu saya tak bawa kunci.

Maka kami pun mengelilingi rumah mencari mana-mana tingkap yang tak berkunci. Malangnya semua tingkap berkunci kecuali satu tingkap 'nako' yang terbuka. Dari luar jelas ternampak kunci-kunci rumah dan kereta terletak atas lemari pinggan mangkuk iaitu di tempat biasa kami meletakkannya.

Timbul satu ilham, kerana minat dengan siri Macgyver dulu, untuk membuat alat memancing kunci itu menggunakan joran yang ada. Hasilnya adalah seperti dalam gambar di bawah. Secara perlahan-lahan saya menghulurkan batang pancing teleskopik yang panjangnya kira-kira 10 kaki ke arah kunci itu dan dengan mudah sekali kunci itu tercangkuk kepada dawai dihujung joran. Seterusnya saya menariknya perlahan-perlahan ke arah saya yang berdiri di luar tingkap.

Bila kunci sudah digenggam, timbul perasaan lega kerana tidak perlu memecahkan tingkap rumah untuk masuk mengambilnya.



 Pancing yang sudah diubahsuai menjadi alat pemancing kunci rumah.

Ini bukan kali pertama kami terkunci di luar. Masa kami kat USA dulu pun pernah kena dan ada saya buat entri mengenainya di sini. Kalau nak tahu ceritanya, silalah klik.

Pengajarannya.

1. Jangan harap mengharap tanpa berkomunikasi.

2. Jangan letak kunci rumah atau kereta ditempat yang boleh dilihat dan dipancing dari luar rumah.


23 comments:

  1. haha kreatif.. itulah jadinya bila tiada komunikasi berkesan kan hehe

    ReplyDelete
  2. Bijak! boleh jadi mcgyver:)
    Lagi satu pengajaran juga kena berhati-hati bermakna kalau ada pencuri yg boleh jadi 'mcgyver' macam ini pun dia boleh pancing dari tingkap yg sama juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu .. kunci hendaklah jgn kelihatan dari luar.

      Delete
  3. Nasib baik ada Mc Gyver pencen!

    Pak Ngah hati dengan tempat letak kunci tu, kalau Pak Ngah boleh buat tak mustahil orang lain pun boleh buat jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak mustahil. Lepas ni kenalah lebih berhati2.

      Delete
  4. haha... terbaiklah.. nasib baik dapat pancing kunci.. klu tak dpt.. pecah pintu la gamaknya.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak dpt, haruslah pintu atau tingkap kena pecahkan.

      Delete
  5. pancing serbaguna katanya.. memancing di air boleh di darat pun boleh.. kekekekee

    ReplyDelete
  6. Tapi, kalau tak letak kunci rumah atau kereta kat tempat yang boleh dan boleh dipancing dari luar, tentu Pak Ngah dan Mak Ngah berpeluh nak pecahkan tombol pintunya untuk masuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah cara lain nak simpannya .. tak bolelah cerita kat sini.

      Delete
  7. kreatif dan boleh dijadikan panduan. tapi kena pastikan pulak ada tingkap nako yang terbuka...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terpaksa pecahkan pun, sekeping je kena ganti.

      Delete
  8. Pemancing tegar... Buat apa saja pasti dapat tangkapan wahemah kunci sekalipun..

    ReplyDelete
  9. Hebatnya uncle.. Mujur ada tingkap yg x berkunci

    ReplyDelete
  10. 1- Tak sia sia uncle punya hobi memancing, berguna di saat kecemasan :P

    2- Lama betul Makngah nya bersiap, sampai uncle boleh memancing dulu...hahaha

    3- Tingkap nako tu tingkap apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak lama, sempatlah memancing. Hehe.
      Tingkap nako tu yg biasa kat rumah kos rendah.

      Delete
  11. pernah alami, hubby guna pin tudung saya utk buka sliding door. nasib ada, kalau tak terpaksa tidur dlm kereta. dah la pkl 1 pagi buat kerja tu.... hehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.