Friday, September 26, 2014

SEDAR ATAU TIDAK, KITA SEBENARNYA SEDANG MEREKABENTUK RUMAH SENDIRI




Baru-baru ini saya ada menerima wasap dari seorang sahabat. Saya tertarik, tersentuh dan termenung memikirkan kandungannya yang sungguh menginsafkan. Ia benar-benar telah berjaya mengetuk dan menggetarkan hati dan sanubari saya.  Pada pagi hari Jumaat penghulu segala hari yang mulia ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua. Saya kopipes sepenuhnya seperti di bawah:

"Seorang Supervisor yg telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kpd majikannya.

Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dgn syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah.

Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.

Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya.

Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yg bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.

Sebenarnya, inilah yg terjadi pada setiap dari kita.
Kita sekarang sedang 'Design' dan membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak...

Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri. Kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita.

Sebaliknya kita yang sangat sangat memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' dan membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri..

Jika kita designkannya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya.
Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloilah hasilnya.

Renungan Bersama..."


Ia sebagai peringatan kepada saya yang sedang meniti usia senja ini. Semoga ia juga ada manfaatnya kepada pembaca semua. Terima kasih.








16 comments:

  1. terima kasih utk peringatan..

    moga kita berusaha utk seimbangkan dunia+akhirat :))

    jemput singgah blog Cik G nanti..

    http://zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Hmmmmm..... deep. Terima kasih ya sudi kongsikan!

    ReplyDelete
  3. Dalam proses itu semua, kesungguhan dan keikhlasan adalah bahan utamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul .. terutamanya ikhlas itu dan susah nak capainya.

      Delete
  4. Kitalah juga yang sedang menjadi arkitek untuk rumah kita di alam kubur..

    ReplyDelete
  5. Insaf.

    Pak Ngah kita selalu lalai serta ambik mudah hal sebegini. Kita yang menentukan semuanya tetapi tanpa kita sedar kita sedang membuat design yang suatu hari kita tak suka.

    ReplyDelete
  6. mesti menyesal tak sudah ksn..kan..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika itu menangis air mata darah pun sudah tidak berguna

      Delete
  7. Dalam sungguh maksudnya... so apapun kerja kita kita, kene sungguh² sama cam kita nk hadap Allah 5x setiap hari... :-)

    singgah²lah di blog saya...
    http://kakngahsihat.wordpress.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu .. tapi saya sendiri sangat susah nak dpt 100% khusyuk semasa solat.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.