Saturday, September 20, 2014

AMBIK NYOQ DAN MANCING PUYU.

Beberapa hari lepas ada orang datang nak beli kelapa dari kami. Memang banyak pokok kelapa disekeliling rumah mertua saya ni. Sampai gugur sendiri dan bercambah kerana tiada siapa yang nak ambil. Nak beri pada jiran, masing-masingnya ada pokok sendiri.

Mereka panjat dan kupas sendiri dan bayar 60 sen sebiji kepada tuan tanah. Ini kali kedua orang datang beli. Dulu mereka guna galah. Kali ini orang lain pulak. Mereka panjat sendiri dan turun sendiri.


Gambar 1: Saya tengok pun seriau jangankan nak panjat.

 

Gambar 2: Dia orang kupas lelapa menggunkan alat khas. Cukup cepat mereka mengupas kelapa. Tak sampai seminit dah siap sebiji.


Gambar 3: Mereka bekerja anak beranak dengan ceria sekali. Saya seronok lihat anak perempuannya yang sebaya dengan anak perempuan bongsu saya yang cukup rajin menolong bapa dan abangnya mengupas kelapa.


Gambar 4: Di masa senggang sementara menunggu kelapa dijatuhkan untuk dikupas, budak ini merayu untuk diberi kebenaran memancing ikan di kolam saya. Saya tak sampai hati dan saya benarkan walaupun sebelum ini saya tidak benarkan orang luar memancing di kolam saya ini dengan syarat ikan tilapia jangan diambil kerana masih di bawah umur.



Gambar 5: Gambar ini saya ambil dari bilik tidur saya. Kelihatan budak perempuan tadi sangat tekun dan seronok memancing. Ikan-ikan puyu yang dipancingnya semua dibawanya balik.

Walaupun keuntungan yang mereka peroleh dari pekerjaan ini mungkin tidak seberapa, tetapi mereka nampaknya gembira dengan pekerjaan mereka. Itu yang lebih penting kerana buat apa dapat banyak duit tapi hati merana. Selain dari itu, pekerjaan yang mereka buat ini lebih mulia dari sesetengah orang yang diamanahkan mengutip cukai tetapi melepaskan atau mengutip sebahagian sahaja atas sebab-sebab yang kita semua maklum.

33 comments:

  1. Lebih mulia kerja yg mcm ni kan pak ngah, selesai hari tu juga dgn gembira.. byk ke pak ngah ternak ikan2 tu.. boleh pula dipancing dgn gembira oleh budak perempuan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan tilapia saya bela tapi ikan puyu penduduk asal kolam. Bilangannya mungkin beratus2 ekor.

      Delete
  2. Betul tu. Kaya tapi tak bahagia pun xguna juga.

    jemput ke blog saya.

    www.nasznadzeri.com

    ReplyDelete
  3. An happy family.. jelesnya tgk mereka..
    Nk mancing kolam jugak boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah datang utk memancing .. tapi ikannya masih kecik2 lagi.

      Delete
  4. Dulu saya pandai guna alat khas kopek kelapa tu, kalau bagi skang pun saya boleh lagi rasanya, memang senang kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang memeranjatkan .. Pakngah tak tak sangka langsung awak pandai guna.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. seriously nas? sy belah n kukur or parut blh la... kups mmg x cukup 'ghiang'

      Delete
  5. lama tak tengok orang panjat nyor ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama .. selalu tengok orang panjat tangga je.

      Delete
  6. pakngah dah mahir slanga utaqa nampaknya ;-) teringat kenangan waktu kecil, cukup seronok dapat memancing ikan puyu. tapi kami memancing dekat ban, kat kampung takdak orang buat kolam ikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahir lagi. Cuma tahu sepatah dua je. Nak tanya, 'ban' tu apa ?

      Delete
    2. pakngah, ban tu taliair, parit besar kat tepi bendang, diselia oleh JPS..hehehe

      Delete
    3. Oh begitu .. Ingatkan ban tu bahasa omputih tadi ..

      Delete
  7. kat kampung saya di kelantan..khidmat beruk masih digunakan utk memanjat kelapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguhlah .. saya pernah tengok ceritanya kat tv.

      Delete
  8. kat mana nih? teringat zaman kecik2 dulu. mengancau puyu dan sepat.. best.. hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Perlis. Nak tanya sikit .. "mengancau" tu mcm mana ?

      Delete
  9. bahagia juga saya yang membacanya... :)

    ReplyDelete
  10. bagusla depa rajin..... Moga Allah berkati mereka. Buat pekasam sedap tu.... suruh la dia buat, pak ngah jualkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berapa nak suka pekasam orang sini. Saya buat pekasam sendiri stail orang N9.

      Delete
  11. Seronoknya tengok mereka buat kerja dgn gembira macam tu. Orang keje begini lebih baik dari yang tak buat apa2. Semoga Allah swt berkati mereka.

    Ikan puyu buat pekasam amboi sedapnya. Terus teringin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka bekerja utk menyara hidup. Kita terima je berapa dia orang nak bayar. Kesian.

      Delete
  12. Pak Ngah, kampung saya di Port Dickson. Kalau ada kenduri atau nak raya, memang kami bergotong royong proseskan kelapa2 kami. Maka saya pun sejak kecil dah pandai kupas kelapa. Dulu2 saya kupas hanya guna parang...lagi renyah. Saya belah dan mesin kelapa sendiri. Tapi sekarang, saya hanya guna santan kotak sebab jarang ada masa lapang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makngahnya pun masak guna santan kotak. Pakngah rasa ok jer.
      Masa kecik2 dulu pernah juga Pskngah kena suruh kupas kelapa.

      Delete
  13. MURAH LE KALAU KELAPA SEBIJI 60 SEN.. BUKAN SEKARANG ORANG DAH JUAL RM2 - RM2.50 SEBIJI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kat dia orang. Berapa mereka bagi, kita terima jer lah.

      Delete
  14. Assalamu'alaikum al-lavendari
    Tengok orang memanjat pun kita dah menggeletar kaki, apa lagi kalau kita yang memanjat. Pasti satu jasad menggeletar. Yang para pemanjat lebih takuti, kata yang pernah bercerita, adalah serangan tebuan yang mungkin bersarang di atas tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam tuan Temuk.
      Mcm2 yg patut ditakutkan selain tebuan. Misalnya ular, dihempap buah, terjatuh dll.
      Terima kasih kerana sudi berkunjung dan maaf bebanyak kerana lama tak mengunjungi blog tuan.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.