Friday, September 19, 2014

SEMALAM SAYA MENERIMA FOLLOWER KE 1,000. TERIMA KASIH KELAB BLOGGER BEN ASHAARI.

Kelmarin saya menerima follower yang ke 1,000.   Walaupun bilangan  itu hanya seciput berbanding follower Cik Epal yang sudah melebihi 31 ribu orang, namun saya sangat gembira. Akan tetapi di sebalik kegembiraan itu, saya rasa sedih dan terkilan kerana tidak mungkin dapat pergi menziarahi semua blog mereka yang jadi follower.


Bila mencapai angka 999, saya mula berdebar siapakah agaknya yang akan menjadi follower blog saya yang  ke 1,000.


Terima kasih saudara Mohd Billy kerana menjadi follower saya yang ke 1,000. Tapi tak ada hadiah. Hehe. 

 
Melihat kebelakang, saya berblog pada usia yang agak lewat setelah tengok anak berblog. Teringin juga nak ada blog sendiri sebagai tempat berkongsi pengalaman dan meluahkan perasaan. Bukan nak berlawan dengan sesiapa.

Ada masanya saya menulis hanya ingin menyatakan sesuatu dan untuk kepuasan diri. Orang baca ke tak baca atau komen ke tak komen, itu sudah jadi benda 'secondary'.  Misalnya ada satu entri tu punyalah susah saya mencari bahan dan  lama pula saya mengarang tapi cuma mendapat satu  komen sahaja.

Sejak akhir-akhir ini semangat berblog saya malap. Bukan tak ada apa nak ditulis, tapi perasaan malas menghimpit keinginan. Followers pun tak bertambah sejak berbulan-bulan.  Tetapi selepas menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari, tetiba bilangan follower bertambah dengan derasnya dan bilangan trafik juga meningkat. Sebelum ini saya menjangkakan mungkin 3-4 tahun lagi baru saya mendapat followers 1,000 orang.

Memang berbisa penangan Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih Ben Ashaari.


Satu masa dulu saya pernah buat entri sempena follower yang ke 200 di sini.



27 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.

      Delete
  2. Tahniah. Smoga makin bertambah follower ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berterima kasih dan berbesar hati kalau ada yang sudi.

      Delete
  3. Tahniah Pakngah.

    Wah...saya pun nak joinlah KBBA tu nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kita join sama-sama utk melebarkan jaringan sahabat.

      Delete
  4. done follow..jangan lupa follow saya balik yer http://syahirbasharuddin.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi follow dan saya sudah follow awak.

      Delete
  5. Pakngah penulisannya hebat; pengalamannya hebat mungkin ramai yg jadi silent reader di sini. Hadamkan semua yg dibaca .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi sangat pujian tu tapi Pakngah tak kecik hati. Hehe.

      Delete
  6. Replies
    1. Alaikumsalam. Terima kasih. Lama sungguh kita tidak kunjung mengunjung.

      Delete
  7. Pak Ngah masih ramai yang merindui tulisan Pak Ngah. Tulisan orang lama yang terdapat maksut tersirat disebalik yang tersurat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga yang berselirat disebalik yang tersirat .. hehe.

      Delete
  8. oh.. tahniah. mama singgah sini

    www.mamaniza.com

    ReplyDelete
  9. huhu mush singgah & tambah jadik follower ke 1005...


    jom join simple GA mush
    20 facts about mush

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi jadi follower blog saya ..

      Delete
  10. Follower Pak Ngah ada 1000++. Tu belum campur silent readers.

    Kalau dijumlahkan, tak tahulah ada berapa puluh ribu... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapalah dia orang ini suka baca diam-diam ek ? hehe.

      Delete
    2. Kalau diorang baca kuat-kuat, takut mengganggu orang lain pula. Bising... Hehehe...

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.