Tapi hajat itu tidak kesampaian kerana pada pagi kita nak gerak ke Tokyo tu, anak sulung saya muntah dalam kereta sorongnya dan badannya pun macam nak demam. Cuaca di luar pula sangat sejuk pada masa itu. Peristiwa ini berlaku pada hujung bulan November tahun 1984.
Maka kami dengan berat hati membatalkan hasrat nak ronda-ronda kotaraya Tokyo dan memeraplah kami kat bilik hotel di situ untuk beberapa hari.
Gambar 1: Di Narita Airport setibanya kami dari Honolulu, Hawai.
Gambar 2: Baju tidur itu bukan kami yang punya tapi hotel yang punya. Teruja juga nak rembat bawa balik ke Malaysia.
Gambar 3: Bergambar di luar hotel. Tengok tu kita dah siap nak meronda.
Gambar 4: Kalau nak kata kami sudah pernah menjejakan kaki di bumi Jepun tak boleh juga, sebab kita semua pakai kasut pada masa itu.
(Gambar kitar semula)
Sampai sekarang saya masih menyimpan hasrat untuk melancong ke Tokyo, tapi masih belum kesampaian. Ada ajakan dari kenalan yang posting di sana tapi masih juga tidak berjumpa masa dan keadaan yang sesuai dan kawan itu pun sudah balik semula ke Malaysia. Bahkan Duta kita yang bertugas di sana pada masa ini juga rakan sekuliah saya semasa di Universiti Malaya dulu. Pernah saya buat entri mengenai beliau di sini sedikit masa dulu. Kalau anda berkelapangan, silalah klik untuk melihat siapakah orangnya.
salam kenal..
ReplyDeletewahh tahun 84, saya x lahir lagi tu..
alhamdulillah smpat merasa tinggal kat jepun 4 tahun untuk buat degree.
rindu sangat jepun, myimpan angan2 nak pergi lagi :)
Salam kembali. Tentu banyak perkara atau peristiwa yang menarik hati tu kan ?
DeleteSalam. Saya pun ada hajat nk bawak family jalan2 jepun nnt. Doakan allah izinkan.. kan 😊
ReplyDeletewww.mynutriqueen.com
Salam kembali. Insyaallah akan diizinlanNya jika berusahaa
DeleteWahhh Tokyo tahun 1984, sangat oldskool gambarnya, ohsem... ;D
ReplyDeleteBukan Tokyo .. tak sampai. Kat Narita je. Huhu.
DeleteOhh... kiranya PakNgah tak sempat masuk ke bandarnya la... huhuu, takpa PakNgah, next year bila musim bunga tiba kat sana, PakNgah pi la jenguk sana lagi dengan MakNgah, la ni dah tak perlu apply visa kalo nak ke Japan... hehee~ ;D
Deletekenangan mengusik jiwa
ReplyDeleteMmg terusik bila terkenang.
DeleteSeronok dapat pergi negara orang...
ReplyDeleteOrang pun seronok dtg negara kita.
DeleteTeringin juga nak melancong ke sana. Insyaallah
DeleteUdin. Sekarang dah murah dengan adanya Air Asia .. tapi kena book tiket awal-awal.
Delete