Wednesday, September 17, 2014

TERKENANG SEMASA DULU 84: PENGALAMAN NAIK HELI DAN KAPAL TERBANG.


Gambar 1: Saya makan cukup laju  .. kira-kira 800kmj.
 (Maaf .. gambar kitar semula)

Gambar di atas disiarkan untuk menunjukkan keterbalikan layanan yang diberi kepada manusia. Sebenarnya saya sudah pun kekenyangan selepas makan di 'golden lounge' MAS sebelum berlepas. Makanan di situ ada bermacam-macam jenis. Makanlah semaunya.  Bila dah naik kapalterbang, rasanya mahu terus tidur sahaja.   Tetapi saya dijamu lagi dengan pelbagai macam makanan. Tetapi oleh kerana tak sampai hati nak mengecilkan hati pramugari dan juga cuba nak mengambil hatinya, saya makan jugalah sikit sebelum tidur.
 
Sedangkan di barisan belakang, penumpang2 kebanyakannya (berdasarkan pengalaman saya sendiri) mungkin lapar kerana tidak diberikan kemudahan untuk menjamu selera di 'golden lounge' sebagaimana orang barisan hadapan. Sepatutnya merekalah yang lebih utama dijamu sehingga kenyang. Ini terbalik .. orang yang sudah sedia kenyang pulak yang dijamu !

Bagitu jugalah dengan kemudahan yang di sediakan oleh bank. Masa kita tak ada duit, gaji kecik, cukup susah nak buat pinjaman. Tapi bila kita dah banyak duit, masa itulah dia orang datang bertalu-talu dengan pelbagai pakej dan tawaran suruh kita meminjam. Bededah !


Gambar 2: Pertama kali naik heli. Pejabat yang sewakan untuk saya dan seorang kerani pergi ke Sarikei dan Kapit atas urusan rasmi. Pilotnya mat saleh.  Semasa di Sarikei, dia duduk menunggu saya kat tepi padang bola di mana helinya diletakkan sehingga selesai tugasan saya. Dari sana saya terbang ke Kapit dan bermalam di sana. Heli dan Mat Salleh itu pun turut bermalam menunggu saya. Masa tu saya baru 3 tahun lebih bekerja. Rasa hebat juga bila sebuah helikopter beserta pilot mat saleh disediakan untuk kemudahan kita. Memori ini cukup mahal dan indah sekali buat saya


Gambar 3: Masih dalam heli yang sama seperti Gambar 2. Gambar saya terpaksa diambil dari arah belakang kerana tak  ada siapa yang berani mengambilnya dari depan.


Gambar 4:  Masa ini saya bekerja di USA pada awal tahun 80an. Saya dengan kawan bergambar sebelum menaiki kapalterbang, tapi sayangnya saya dah lupa bila tarikhnya, nak pergi ke mana dan nak buat apa.

Nasihat saya kepada mereka yang masih muda, bila bergambar sila catatkan tarikhnya dan sedikit latarbelakang mengenainya. Kalau tidak menjadilah anda semacam saya juga.
.

18 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Follow & singgah blog Pak Ngah..
    Gambar ni sgt klasik..byk kenangan yg blh dkongsi utk generasi muda..
    Hebatla Pak Ngah ms muda2 ..byk merantau negara org..luas pengalaman..
    Salam ukhwah dr saya.
    tellingstory11.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.
      terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog Pakngah.

      Delete
  2. Assalamualaikum...Amboi lajunye uncle makan sampai 800kmj...tak takut kena saman ke..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      hahah .. makan dalam kapalterbang mestilah laju.

      Delete
  3. Assalammualaikaum pak ngah.. mujurlah zaman sekarang ada fb dan blog. Bolehlah mencatat peristiwa penting dalam hidup. Saya suka mencatat peristiwa penting dalam hidup saya.

    Lagi satu, saya rasa saya ternampak kelibat pakngah dalam kenduri sepasang sepupu saya di setapak minggu lalu? pakngah kah itu? berbaju batik warna ungu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam. Memang Pakngahlah tu. Bapaknya pengantin adalah Halimi rakan kamceng Pakngah tu. Kenapa tak tegur ?

      Delete
    2. Saya segan takut salah orang. Saya maklumkan suami saya yang saya pernah nampak pakngah dalam group fb PPTD. Halimi tu abang mak saya. Saya berdiri belakang pak ngah waktu bapa pengantin peluk erat pakngah. Aish! melepas peluang bergambar dengan selebriti hehehe kalau ada ternampak perempuan baju hijau kejar anak lelaki tiga orang saya lah tu hehehe

      Delete
    3. Saya bergambar dgn Halimi .. entah2 muka awak ada termasuk dlm gambar tu.

      Delete
  4. assalam...
    alhamdulillah dah follow sini
    selamat berblogging :)
    http://akusijebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam. Terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog saya.

      Delete
  5. Salam Pak Ngah. Saya tersenyum simpul membaca kisah keterbalikan di atas tu. Saya rasa inilah sebabnya dunia masih jauh nak mencapai keseimbangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju .. jurang makin lebar. Kalau nak cerita keterbalikan kemudahan sehari suntuk tak selesai.

      Delete
  6. Budak2 sekarang simpan gambar dalam folder je pak ngah nak klik2 dak pun simpan dalam fb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada cara dan rasanya lebih mudah utk menyimpan dan membuat keterangan gambar2 yg disimpan.

      Delete
  7. Sebab tu pentingnya blog atau catatan ahrian supaya setiap kenangan boleh tersimpan rapi hehe....bestnya boleh naik HELI *itu salah satu impian sy*

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. tapi masa dulu-dulu blog belum ada.

      Semoga impian awak untuk naik heli akan segera tercapai.

      Delete
  8. hehehehe.. kecanggihan handphone sekarang ialah, setiap gambar ada tarikh dan kalau diaktifkan GPSnya akan mencatatkan kordinat lokasi gambar di ambil...

    Saya guna samsung Note 2 dan setiap gambar diambil kita boleh tulis nota "dibelakangnya". kih kih kih
    tapi generasi sekarang suka merakam dan menulis nota di Instagram dah pak ngah.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat awak .. Pakngah pun nak belajar jugalah camana nak buat buat nota di belakang gambar tu.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.