Tuesday, September 2, 2014

KESALAHAN TYPO YANG DITAKUTI.




Sering kali saya bertemu kesalahan typo dalam blog atau fesbuk. Contohnya seperti di atas. Tentulah Tepak Bersulam nak tulis 'kapal'  tetapi tertulis 'kepala'.  Saya pun rasanya pernah terbuat kesalahan yang seumpamanya.

Biasanya sebelum saya publish satu-satu entri atau komen, saya semak dulu dan perbetulkan kalau ada yang tersilap. Namun begitu saya khuatir juga takut-takut kalau ada yang terlepas pandang. Antara kesalahan typo yang saya takuti adalah seperti berikut:

Silap - "Lama dah kita tidak berdakap" - Sebetulnya - "Lama dah kita tidak bercakap"

Salah -  "Sialkan share". Sebetulnya  - "Silakan share".

Salah - "Bila nak dating?". Sebetulnya - "Bila nak datang?"

Salah - "Muka awak lamalah". Sebetulnya - "Muka awak lawalah".

Salah - "Jom berak". Sebetulnya - "Jom berarak"


Harap-harap saya tidak ada yang terlepas tertulis macam yang di atas tu. Kalau ada tertulis macam tu kat blog atau fesbuk saya, maafkan sahajalah ya.

Adakah anda fikir budak perempuan di bawah ni betul-betul ingin nak dakap saya atau satu kesalahan typo juga ?



* Maaflah Tepak Bersulam dan Fadzilah Omar kerana mengambil kes kesalahan typo awak sebagai contoh dan tauladan untuk entri ini . Hehe
 .

39 comments:

  1. memang kelakar lah pak ngah.... moga-moga saya tak buat kesilapan macamtu...

    -msjun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersilap itu adalah sifat manusia .. jgn sengajakan sudahlah.

      Delete
  2. bila telefon terlalu bijak membetulkan kesalahan kita, inilah jadinya. rimas juga bila semua nak di 'auto correct' nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu boleh tukar settingnya .. tapi kalau tak ada orang buat silap, boring juga.

      Delete
  3. Hahhaaaa...kalau typo tu berada dialam nyata!

    ReplyDelete
  4. Salam Pakcik! Aduhai! Tersembur liur saya dibuatnya dek entri Pakcik yg menggembirakan hati nie! Hahahahah!

    ReplyDelete
  5. salam pakngah.. hahhaha.. yelah cikda baru nih typo dalam wassap group kawan2 office.. "dengan pantad" nak cakap dengan pantas.. aduhhh bopeng..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Hahaha .. gelak besar saya. Memang bopeng sungguh.


      Bopeng tu apa ?

      Delete
  6. apabila jari jemari terlalu pantas untuk menekan send selepas menaip, jiwa kemudiannya menjadi tertekan... hahah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah nak salahkan jari jemari pulak wahai jiwa .. hehe.

      Delete
  7. Salam uncle.. Betul lah, typo ni kdg2 buat kita malu. Pernah tu saya type babai jadi babi. Mujur perasan. Klu tak., sentap org tu kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. Nasib baik sempat perasan .. kalau tidak mungkin timbul salah faham.

      Delete
  8. Salam, Pak Ngah. Ketawa besar saya baca entri ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. terima kasih kerana sudi singgah buat pertama kali dan meninggalkan jejak.

      Delete
  9. Jari gemuk gemuk memang la selalu typo uncle. Heheheheh

    ReplyDelete
  10. nekcik pun sama jari jemari besar gedabak GB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga org yg jari runcing buat silap. Contohnya Makngahnya. Hehe.

      Delete
  11. Kdg entry sy pon ade typo wlopon dh semak 2..3 x...cume spe yg perasan ..tgurla dgn cr baik..jgn trus bedil je...hehe
    www.armilastyle.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada siapa yang tidak pernah buat kesilapan .. orang yg terus bedil itu juga sdg membuat satu kesilapan.

      Delete
  12. hikhik.. macam terkena dengan saya je.. saya selalu nak cepat dan kadangkala tersalah taip.. sehingga yang bacapun tak tau apa yang saya tulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya kesalahan ini adalah lumrah kepada semua blogger atau pemilik fesbuk. terima kasih kerana sudi singgah kali pertama.

      Delete
  13. Singgah dan Follow blog ini, datang dari #KelabBloggerBenAshaari Salam kenal... http://engkumuzahadin.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. terima kasih kerana sudi berkunjung dan follow blog saya.

      Delete
  14. Makchaq pun selalu silap taip.. dah la jenis cemerkap & malas nak semak.. harapkan orang yg baca tu faham je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak malas nak semak .. kadang2 tu sampai 2, 3 kali .. tapi ada juga yg terlepas pandang.

      Delete
  15. Ekekeke...Gelak besar baca. Pernah juga typo error. Padahal dah check banyak kali. Pon ada yg terlepas pandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah manusia .. bumi mana yg tak ditimpa hujan.

      Delete
  16. Adoiii... saya pon selalu typo masa tulis blog. Hmmm... kalau org typo ada jugak gelak sensorang sebab kekadang memang kelakar, tapi kalau sampai nak kongsi kat orang tu tak patutla. Kesian takut jadi fitnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa semua yg tertulis kat blog atau fesbuk sudah menjadi publik dan diketahui oleh semua yg membaca.

      Delete
  17. Hahaha... Berdekah-dekah saya gelak...

    Saya juga banyak kali juga typo, ada kalanya bertukar makna macam contoh yang Pak Ngah bagi tu... Bagi yang sporting, benda tu jadi jenaka... Tapi bagi yang terlalu serius, boleh timbulkan perbalahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak dinafikan boleh timbulkan perbalahan kalau kita terus buat kesimpulan tanpa meminta penjelasan .. penting kita minta penjelasan kalau sesuatu perkataan atau ayat tu lain macam je bunyinya.

      Delete
    2. Betul. Kita juga janganlah terlampau laju menghukum mereka yang ter'typo' sebagaimana mereka yang typo ni laju je menekan butang send.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.