Apa benda milik kita, yang kita cukup takut kalau kehilangan. Sila jawab (kalau rasa nak jawab) dengan sejujur-jujurnya, mengikut keutamaan anda.
1. Orang rumah/pasangan.
2. Kereta/kenderaan.
3. Henfon.
4. Beg duit.
5. Lain-lain (sila nyatakan).
Bila Makngahnya telefon, staf pejabat pasaraya tersebut menjawab dan memberitahu henfon itu ada dalam simpanan dia.
Fuhhh .. legaaaa.
Nota kaki: Saya harap tiada siapa yang jawab hilang nyawa atau hilang ingatan.
Nasib baik ada orang jujur lagi sekarang ini..
ReplyDeleteSaya pun tak sangka. Sebelum ini dah dua kali hilang yg hilang terus. Kali ini saya bernasib baik.
DeleteSaya pernah hilang handphone di Kuching masa berkursus. Tapi saya taklah gelabah sangat Pak Ngah. Saya redha jer..hehehehe. Mungkin sebab dah terbayang nak beli yg baru terus. Tapi kalau kereta hilang, memang saya menggelabah. Kereta saya pernah kena tarik dengan Dewan Bandaraya sebab parking di kawasan larangan, hahahahaha. Saya betul2 nak pengsan masa tu.
ReplyDeletePak Ngah pun dah terbayang nak beli baru.
DeleteMenggelabah tu sebab semua nsma dan nombor konteks ada kat situ selain maklumat peribadi, nota dan juga video serta gambar.
few times sy jumpa phone & pulangkan pada y empunya. tergoda mmg tergoda, sebab salah satunya model phone idaman hati... tapi dah itu memang bukan rezeki sy, sy pulangkan pada tuannya... Gigih mencari pulak tu nk pulangkan.
ReplyDeletekalau hilang nyawa, x menggelabah pun. sebab memang x blh apa pun dah. :D
Kalau saya tak buat nota, tentu ada yg jawab cenggitu. Antaranya yg saya jangka ialah Yunus Badawi. Hehe.
Deletesangat takut kehilangan mak :) sebab pernah merasai kehilangan ayah. walaupun mati itu pasti, tapi sebagai manusia biasa, perasaan takut itu sntiasa ada. harap dapat berjasa dengan mak dan gembirakan hati beliau
ReplyDeletePerasaan takut itu elok sebagai peringatan kpd kita utk segera dan terus berbakti dan menggembirakan dia.
DeleteSelamat HP pakngah. Tak payah beli HP baru...hehehe...
ReplyDeleteSaya takut hilang anak. Pernah hilang anak 5 minit kat IKEA. Rasa macam jantung berhenti berdenyut.
Syukur. Beli baru tu bukan masalah besar sebab harga henfon dah murah .. tapi maklumat di dlmnya mana nak cari.
DeletePakngah pun pernah rasa kehilangan anak kat Pasar Seni tahun 80an dulu. Kata orang toreh bibir pun tak berdarah punya paniknya
Saya hilang kamera, dah sebulan. Tak tau mana cicirnya...
ReplyDeleteMenangis tak berlagu...
kalau ada rezeki nanti, ia akan kembali kepada tuannya.
Delete.. dah .. berhentilah menangis tu !