Monday, September 29, 2014

PERNAHKAH ANDA BERADA DALAM SITUASI INI - 2: BERCAKAP SEORANG DIRI ?.



 Gambar hiasan hasil carian Google.

Kita jalan berdampingan kat pusat beli belah dengan isteri kita atau kawan kita.
Sambil berjalan kita berbual-bual.
Tetiba pasangan kita tertarik dengan satu benda, katalah beg tangan, dan dia pun terus berhenti membelek-belek beg tersebut.
Kita pulak jalan terus sambil bercakap kerana ingatkan dia ada berjalan di sebelah kita.
Kita tak perasan masa bila dia berhenti.
Yang isteri atau kawan kita tak cakap pulak nak berhenti.

Selepas beberapa ketika, baru kita tersedar rupanya pasangan kita tidak ada berjalan di sebelah kita.
Cisss ...!
Rupanya sejak tadi kita bercakap seorang diri.
Alangkah malunya kalau ada orang nampak.

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini ?


27 comments:

  1. Normal.. Mungkin pernah berlaku pada kebanyakan orang..

    ReplyDelete
  2. pernah.. agak normal pada pandangan saya. faktor persekitaran barangkali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah alami tapi jarang sangat. Geram pun ada, malu pun ada.

      Delete
  3. Selalu dlm situasi cmtu bila marah pada diri sndiri..

    ReplyDelete
  4. He..he...baru ja Pak Ngah..Khamis lepas kat Pasar Malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Ngah ingat Pak Ngah sorang jer yg pernah terkena

      Delete
  5. Memang pernah dan termalu sendiri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termalu sendiri .. ya .. itulah ungkapan yg sesuai.

      Delete
  6. Saya pulak orang yang suka berhenti dan biarkan pasangan saya bercakap sorang-sorang haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn amalkan buat gitu .. nanti pasangan awak dpt pasangan baru.

      Delete
  7. Salam Pakcik! Pnh je jdk pd sy. Ckp dgn suami tp xde respon. Rupanya sy ke hulu, dia lak kat hilir. Mmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik masih boleh dikesan. Lain kali ikat. Hehe.

      Delete
  8. Dengan suami tak pernah sebab bila berjalan kami pegang2 tangan...cewahhh...ahahaaa...

    ReplyDelete
  9. Kami ni even pegang tangan tak lepas pun kadang kami cakap sorang2 jugak, macam dia cakap bahasa dia... saya cakap bahasa saya. tak perlu faham, cukup la masing2 meluahkan hahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi menarik .. non-verbal language lagi berkesan dan jujur.

      Delete
  10. hehehe... pernah beberapa kali, tapi lebih memalukan, bila toleh ke sebelah ada orang lain yang tak dikenali terus, lepas tu dia pandang saya macam alien... adehhh, malu gak lah... yang kawan saya tu pulak dok belek2 barang apa ntah tak jauh dari saya... huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Ngah dapat bayangkan. Mungkin orang itu berkata2 dlm hati .. "kenapa dengan dia ni ?"

      Delete
  11. Dah banyak kali juga, pak ngah.

    Tapi saya tebalkan muka, tebalkan telinga. Saya anggap orang keliling tak kenal dan tak sedar yang saya bercakap sorang-sorang...

    Hehehe...

    Dah sedar terpisah dengan kawan, cari balik kawan tu, marah balik dia, sebab apa berhenti tak bagitau... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kawan tu jawab ... " aku punya fasallah bila dan kat mana nak berhenti" .. tentu awak lagi bengang.

      Delete
    2. Kalau macam tu, tercetuslah Perang Dunia Ketiga... Huhuhu...

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.