Peristiwa ini berlaku saya agak dalam tahun 1982. Masa itu saya baru saja menyewa rumah di McLean, Virginia USA. Rumahnya taklah besar sangat tapi kawasannya cukup luas terutamanya di sebelah belakang. Jenuh jugalah memotong rumput semasa musim panas dan menyapu daun semasa musim luruh.
Gambar di depan rumah sewa kami yang menjadi subjek entri ini. Sebenarnya rumah ini ada 3 aras. Aras paling bawah berada di dalam tanah. Saya jadikannya stor dan juga tempat mendobi dan menyidai pakaian.
Saya nak tunjuk betapa luasnya kawasan belakang rumah saya. Sila abaikan gambar anak saya yang bermain seorang diri yang kelihatannya tak berani nak turun.
Satu petang saya dan isteri terkunci di luar rumah. Saya dah lupa kenapa. Yang pastinya kunci rumah tertinggal di dalam rumah.
Saya pun berlegar-legar di luar rumah, manalah tahu kalau ada tingkap yang tak berkunci yang boleh saya masuk ke dalam melaluinya. Setelah berkeliling beberapa kali, dan tidak berjumpa cara boleh masuk, saya pun ke rumah kawan saya selang 4-5 buah rumah dari rumah saya menelefon tukang kunci. Masa itu henfon belum dicipta lagi.
Kemudian saya balik semula ke rumah saya menunggu tukang kunci sampai. Tak lama lepas itu saya didatangi oleh polis untuk menyiasat siapa saya dan apa saya sedang buat di situ. Saya percaya tentu jiran saya yang melihat kelakuan saya yang mencurigakan telah menelefon polis. Maklumlah saya baru menyewa dan mereka belum begitu kenal dengan saya. Lagi pun rupa saya pada masa itu memang ada iras penyangak sedikit. Susah juga saya nak bagi percaya kepada polis itu.
Tak lama kemudian tukang kunci pun sampai dan dalam masa tak sampai seminit dia telah berjaya membuka pintu rumah saya. Kemudian saya jemput polis masuk dan tunjukkan bil air dan api dan juga lesen memandu saya. Setelah polis itu berpuas hati memang saya yang tinggal di situ dia pun beredar.
Tak lama kemudian tukang kunci pun sampai dan dalam masa tak sampai seminit dia telah berjaya membuka pintu rumah saya. Kemudian saya jemput polis masuk dan tunjukkan bil air dan api dan juga lesen memandu saya. Setelah polis itu berpuas hati memang saya yang tinggal di situ dia pun beredar.
Dan setelah saya membayar upah membuka pintu kepada tukang kunci, dia pun turut beredar.
Pengajarannya.
1. Sebagai jiran kita harus mengambil berat keselamatan jiran kita dan jika terlihat ada karektor yang mencurigakan, cepat-cepatlah menghubungi bomba pihak berkuasa.
2. Jangan tinggalkan kunci rumah di dalam rumah kalau hendak keluar rumah sebab nanti bila balik tak dapat masuk rumah.
cantik headgear, sarung tangan dan sarung kaki makngah. heheh~
ReplyDeletesemuanya tu buatan tangan hasil kerja uncle ..
Deletehahahaha..1982 rupa uncle ada iras iras penyangak! rambut panjang ka uncle? hihihih
ReplyDeletepengajaran lainnya uncle, kita boleh lihat betapa ambil beratnya kejiranan mat saleh ni kan..dan betapa responsif nya polis mereka, cepat sampai bila di beritahu..walaupun zaman tu henfon belum dicipta! haha
itu cerita 30 tahun dulu .. dan uncle penuh percaya keadaan sekarang semakin baik kerana ia telah membudaya dalam masyarakat mereka.
Deletenasib baik ada bukti untuk ditunjuk pada polis. kalau tak, kena tahan la jawabnya..hehe..
ReplyDeletep/s: menarik tahun 1982 tu. tahun kelahiran saya ^_^
memang terkial-kial juga nak buktikan, tapi saya tak bimbang kerana tidak bersalah
Deleteawak lebih muda dari anak sulung saya ..
hahaha... pernah gak menerima nasib yg sama, masa tu di Nottingham England. malam dah la sejuk giler, terperangkap kat luar dengan berbaju tshirt sehelai dan berselipar jer.
ReplyDeletesaya dapat bayangkan kesejukannya dan geram pada diri sendiri.
Deleteminta izin untuk wat entry tajuk yg sama....
Deletesilakan afeezz .. beritahu saya bila dah pos nanti.
DeleteNASIB BAIK POLIS PERCAYA, KALAU TAK, KE BALAI LE JAWABNYA.. KALAU ZAMAN SEKARANG SUDAH PASTI DIA SYAK TUAN NI AL-QAEDA PUNYA ORANG.. :)
ReplyDeletepolis itu kata dia hanya menjalankan tugas .. namun begitu tak seronok juga rasanya bila disoal begitu rupa seoalah-olah kita ni tak layak duduk rumah macam itu.
DeleteBagus juga ada jiran yang prihatin (tapi terlebih prihatin pun boleh menimbulkan masalah). :)
ReplyDeletememang hidup saya di sana cukup tenang dan tak pernah mengalami sebarang kecurian atau pecah rumah .. kadang2 kereta tak berkunci pun kat luar rumah.
Deleteattitude yang bagus kot. kurangkan jenayah. kalau kat malaysia ni, jiran ambil tahu hal dalam kain dulu baru hal keselamatan kot?
ReplyDeleteada juga kes jenayah tapi kebanyakannya berlaku di kawasan penduduk kulit berwarna ..
Deleteehehe.. sian uncle..
ReplyDeletemungkin jiran uncle tgk bangsa lain x sama diorg..
bajet cam penyangak pecah umah la kan..
(mcm kita tgk bangla kat sini bajet sume bangla jahat)
hehehe.. saya x sempat merasa pengalaman di luar Malaysia..
tp abang n kakak penah rasa 5 thn di bumi melbourne..
betul kata awak tu, macam kita tengok Bangla kat sini penuh dengan suspicion ..
Deleteawak masih muda, kalau kawin dgn diplomat nanti, jemu pulak duduk di luar Malaysia.
Bayangkan kalau time tu musim sejuk!
ReplyDeletekalau kena musim sejuk, terpaksalah pinjam baju sejuk kawan.
DeletePrihatin sungguh jiran tu. Sifat yang bagus tu..
ReplyDeletememang mereka punya sikap mengambil berat dan mengambil tahu hal ehwal jiran masing2.
Deletehehe..lawak pulak saya baca entri pakngah ni..
ReplyDeletetu dah kenapa di 'edit' gambar makngah tu..kesian dia...pakngah ni sampai hati tau!
pengajaran juga..kalau tak nak disoal siasat polis, jangan tinggal kunci dalam rumah.
lawak ke ? pakgah ingat gambar makngahnya je yg lawak.
DeleteKalaulah kejiranan di malaysia juga begini.........
ReplyDeleteya .. kalaulah !
Deletekalau kejadian jadi di Malaysia.. agak2 polis ada datang soal jawab cenggini x?
ReplyDeletemungkin tidaklah rasanya .. sebab banyak lagi kes yang lebih besar.
DeleteLucu jadi gbr makngah tu.1982 saya baru berusia setahun
ReplyDeletememang lucu .. awak sebaya dengan anak sulung saya.
Deletemasa kejadian panik habis tetapi sekarang rasa geli hati pula eh !
ReplyDeletememang masa tu rasa gelabah juga tapi kini ia tinggal sebagai memori sahaja.
DeleteSatu perkara yg saya respek org putih ni mereka ambil berat tentang jiran dan harta benda jiran bila mereka mengesyaki ada sesuatu yg tak kena. Biasanya mereka akan panggil polis yang akan tiba dalam masa yg sekejap.
ReplyDeleteMalangnya di tempat kita, kebanyakan jiran buat tak tahu aje jika ada org luar mengangkut barang dari rumah jiran.... huhuhu
Di Malaysia bahkan lebih dari itu .. ada jiran yang menyakiti jiran hingga sampai ke mahkamah .. bukan calang2 orang pulak tu.
Deletenasib baik polis percaya.
ReplyDeleteeka pun pernah tertinggal kunci..
dahla mak ayah tak balik lagi.
henpon pun takde masa skolah dulu.
maka pegi pulak ke pintu belakang,dekat dapur.
nampak kunci pintu dpur kat dinding.
cari2 kayu nak jolok kunci tu.
alhamdulillah jumpa kayu siap berpaku kat belakang umah.
maka kerja mengambil kunci jadi mudah..
hehehe
macam pencuri pulak rasa...
pakngah.cantik la makngah buat gitu.rasa comel
Baru2 ni saya pun mengalami pengalaman yang sama. Kunci rumah boleh tertinggal di tepi tingkap.. Mujurlah ada jiran berbangsa India yang baik hati. Beliau sudi memanjat pagar rumah saya.. Memang ikutkan nak panjat sendiri tapi memandangkan masa tu berbaju kurung, maka hajat tu memang dilupakan.
ReplyDeleteTergelak saya baca iras penyangak? Ada ada saja uncle ni
ReplyDeleteRasanya mcm pernah nmpk gmbr makngah di buaian tu dgn ank uncle. Dlm entri mana saya tak pasti