Friday, November 2, 2012

NIKMAT LIDAH

http://dr-elmar-jung.com/wp-content/uploads/2010/12/Tongue.jpg


Buatnya masa kita bangun tidur subuh tadi, lidah kita menjadi kaku. Tak dapat nak digerakkan ke atas dan ke bawah, ke kiri dan ke kanan.  Bercakap pun tak tahu apa buah butir yang keluar. Bila kejutkan anak pun, anak takut. Macam bunyi orang mengigau dikejar harimau. (Kalau nak tahu macamana bunyinya, cuba cakap 'selamat pagi' tanpa menggerakkan lidah)

Dan katakanlah hari ini pulak kita kena buat persembahan tentang kemajuan projek-projek pembangunan dibawah pengawasan kita kepada Menteri. Macamana nak buat. Takkan nak main isyarat tangan sahaja. Nak telefon PA  beritahu tak dapat datang sebab lidah kita tidak berfungsi pun dah tak boleh. Terpaksa hantar SMS. Nasib baik ada SMS. Bila PA telefon balik nak bertanyakan sesuatu, kita jadi gelabah nak jawab. Nanti PA kita kata kita nak main-main pulak.

Kemudiannya bila kita minum pagi kita terperanjat sebab air yang diminum tak rasa apa-apa. Rupanya deria rasa kita juga turut hilang. Kuih talam yang jadi kegemaran kita dah rasa macam makan kertas tisu basah sahaja.

Jadi tidak patutkah kita bersyukur kerana kita masih mempunyai lidah yang boleh berfungsi seperti biasa ?



Nota kaki:  Untuk makluman, manalah tahu kalau ada yang bertanya, saya tak pernah lagi makan kertas tisu basah !

5 comments:

  1. muhasabah diri pagi2 ni..tapi kan pakngah dalam dok jaga2 ni la kadang2 terkeluar juga sesuatu yg tak sepatutnya..

    ReplyDelete
  2. semoga ini hanya sementara...

    ReplyDelete
  3. Jadi jagalah setiap ucapan lidah kita supaya setiap apa yang keluar tak jadi sia-sia.

    Salam Jumaat pak Ngah.

    ReplyDelete
  4. Sedap je kita mengata org kan? Sedap je kita merasa makanan sedap2kan? Adeh! Sedap je kita tapi tak sedar2..........

    ReplyDelete
  5. SEMOGA SAMA-SAMA KITA MENJAGA LIDAH MASING-MASING KEPADA PERKARA YANG BAIK-BAIK SAJA..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.