Tuesday, November 27, 2012

BILA DATO' TURUN PADANG.


 Gambar hiasan hasil carian Google.


Tak kiralah Dato' tu menteri atau ketua jabatan. Bila mereka nak turun ke  daerah atau istilah popularnya 'turun padang', maka bermulalah episod kelam-kabut dan sesak nafas anggota agensi di peringkat daerah yang akan menerima kunjungan Dato' tersebut. Lebih-lebih lagi kalau kunjungan itu di buat dalam waktu terdekat.

Mesyuarat tergempar akan di panggil. Mula-mula lantik Jawatankuasa. Ada Jawatankuasa Sambutan, ada Jawatankuasa Persiapan, ada Jawatankuasa Persembahan, ada Jawatankuasa Jamuan, ada Jawatankuasa Hadiah, ada Jawatankuasa Keselamatan. 

Cari ustaz nak baca doa. Cari bomoh hujan nak alihkan hujan.


Jawatankuasa Sambutan, sibuk memilih siapa yang patut dijemput.

Jawatankuasa Jamuan, sibuk mencari maklumat apa makanan kegemaran Dato'.


Jawatankuasa Persembahan, sibuk mencari apa lagu kegemaran Dato'.

Jawatankuasa Hadiah, sibuk mencari apa hadiah yang sesuai dengan Dato'.

Dato' datang bukannya apa sangat, cuma nak tengok tapak yang dicadangkan untuk buat court main takraw. Peruntukan sebanyak RM5 ribu telah pun diluluskan


Setelah Dato' melihat tapak, dia tidak bersetuju  dan membuat keputusan memindahkan peruntukan yang ada itu ke tempat lain.



26 comments:

  1. Protokollah kononnya. Buat ngabihkan bogheh yo!

    ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan bogheh jo yg habih .. banyak laei bondo lain yang habih samo !

      Delete
  2. Mcm tu sekali sambutan dan persiapannya. Remeh. Membazir. Buang masa. Buang tenaga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya orang bawah yang lebih-lebih .. Dato' tu tak minta pun (tapi dia tak larang pulak .. hehe)

      Delete
  3. Kalau kat kampung ceq tak derlah sambutan cam tu bagai kecuali untuk acara rasmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke tak macam tu ? kalau betul, bagus sangatlah !

      Delete
  4. huh! memang menyusahkan.. tambah-tambah kalau nama kita tersenarai dalam jawatankuasa pelaksana... kalau boleh elak.. memang saya elak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita jadi Pengerusi, nak elak macamana ? buatlah sahajalah sebaik mungkin.

      Delete
  5. tak guna la perabeh duit dok sambut Dato' tu.

    bukan dia luluskan pun...

    ReplyDelete
  6. MEMANG BIASANYA YANG BAWAH-BAWAH NI YANG LEBIH2 SEDANGKAN YANG DATANG TU TAK KISAH PUN..

    ReplyDelete
  7. Tapi emag budaya kita orag Melayu ni kan, nak meraikan tetamu, apatah lagi kalau tetamu itu orang kenamaan. Kalau skala kecilnya di rumah sendiri pun, bila tahu ada orang bukan keluarga nak dtg, siap mengemas rumah, masak bagai ... kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat .. rumah yg sekian lama lintang pukang jadi tersusun .. malah anak-anak pun kelamkabut mengemas bilik masing2.

      Delete
  8. dah sambut menyambut sakan akhirnya tak diluluskan? mengecewakan penduduk sahajalah......

    ReplyDelete
  9. Sambutan dan alu aluan tu nak bagi tetamu senang dihati dan rasa dirai... tapi makchaq rasa tak semua kot Dato' suka macam tu..
    Kat Jabatan makchaq yang kecik ni, ada 1 orang Tan Sri dan 10 orang Dato'.. itu tak termasuk Dato'2 kat cawangan..Kalau ada majlis, 2 meja penuh Dato'2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramainya Dato' .. kalau nak sebut satu-satu dalam ucapan, jenuh juga tu !

      Delete
  10. Uncle lupa satu benda:

    Jawatankuasa Pacak Signboard Sebesar besar Alam " selamat datang ke Negeri Sembilan "

    ReplyDelete
  11. kenapa tidak kita ringkas dalam protokol mokol ni.Lemas makcik bila salutation yang panjang berjela menghabis masa.Siap dgn segala maknenek singkatan kat belakang nama,siap dengan pangkat itu ini...whew.Matsaleh hanya Ladies and Gentlemen....betul tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju .. kalau di Indonesia hanya "Ibu-ibu dan bapak-bapak" dan kalau dalam Islam "Muslimin dan Muslimat" sahaja .. budaya kita je yg berlebih-lebihan.

      Delete
  12. meraikan tetamu..
    hehehe

    tapi bila kita tengok balik.
    kenapa bila Dato' nak turun padang,barulah ada tindakan dibuat.sibuk baiki,selenggara itu ini.

    ReplyDelete
  13. Mengingatkan saya kepada huru hara nya kami bila kena arrange mesyuarat dengan Dato' besar. Selalu buang masa kat perkara remeh yang Dato' tak hirau pun sebenarnya. Protokol la sangat.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.