Tuesday, November 6, 2012

A.K.U K.E.L.I.R.U 28: BETULKAH MALAYSIA KE - 10 PALING MESRA DI DUNIA.


Malaysia merupakan negara yang ke sepuluh "friendliest" dalam dunia, menurut Forbes Online

Saya rasa semua orang tahu makna 'friendliest' tu. Lawannya mungkin boleh saya katakan tidak mesra, kasar, biadap, tidak bertimbang rasa, mementingkan diri sendiri, tidak berdisiplin, dan lain-lain sifat jelik yang seumpamanya. Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana menjadi negara 'friendliest' yang ke sepuluh di dunia. Hebat tu !

Namun saya ada banyak gambar dan cerita yang ingin ditunjukkan tentang sikap  orang  kita yang sebaliknya seperti di bawah. Ini baru sebahagian.


Motosikal diletakkan sesuka hati di kaki lima tempat orang lalu lalang.


Lihatlah bagaiman kereta Waja itu di parkir !


Saya tak pernah jumpa di negara lain ada arahan atau rayuan sebegini.


Punggah bang .. ini rezeki ! Entri ini berkaitan.


Kutip jangan tak kutip .. tak elok membazir. Entri ini juga berkaitan.


"Top ten rude Malaysian habits" .. entri ini berkaitan.


 Lihatlah cara orang kita membuan sampah, meletak kereta dan memberhentikan kereta di garisan kuning. Entri ini juga berkaitan.


Kalau begitu halnya, macamana pula Malaysia boleh berada di tangga ke 10 di kalangan negara-negara yang friendliest di dunia ini. Aku keliru !


22 comments:

  1. ni bukan rakyat kita buat ni..yg buat semua tu rakyat asing..hehehehe...

    ReplyDelete
  2. tapi saya mesra orangnya pakngah~saya tak pernah kutip beras tercicir..parking pun dalam garisan..

    ReplyDelete
  3. Aslkm...
    konfius2...ini betul2 ke cobaan..he3

    ReplyDelete
  4. Pak Ngah, saya dapati orang malaysia memang mesra dengan orang 'bukan Malaysia' terutama pelancong asing. Agaknya sebab tu boleh dapat top 10. tapi sesama orang melaysia kita kurang mesra. saya tak pasti kenapa rakyat malaysia boleh ada sikap dua alam ini... kalau dengan pelancong asing... boleh cakap berhemah... lemah lembut... baik-baik. tapi kalau orang kita yang bertanya... macam endah tak endah sahaja nak jawab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. serupalah dengan orang yg mesra dengan orang kampung sebelah tapi tak mesra dengan jiran sebelah rumah.

      Delete
  5. Rakyat malaysia memang "friendliest"..........agaknya yg membuat kajian ni tak betul2 menghayati kemesraan rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  6. mesra berborak-borak time tunggu flight nak boarding pak ngah. hahaha

    ReplyDelete
  7. negara2 lain may be lg tak frenly kot hehhe so msia dpt no 10 :)

    ReplyDelete
  8. hehehehehe....agknya friendly dari segi ramah tamah bila berborak kot..bknnya dari segi gaya hidup..kot la. :)

    ReplyDelete
  9. Zimbabwe pun tak macam tu tau uncle..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle tak pernah lagi pergi Zimbabwe tapi pernah bersama orang Zimbabwe yg datang ke Malaysia .. ada juga betulnya cakap awak tu.

      Delete
  10. Mungkin tempat lain lagi teruk dari tempat kita kot kalau kita 10 kali teruk depa 100 kali teruk kot. Kedai2 tu buat macam Vietnam baru depa tau, kedai tak dak koridor langsung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada koridor macamana nak pakai istilah 'kaki lima' ..

      Delete
  11. pelik kan... malaysia bagi saya tak mesra mana pun... banyak yg kurang ajar... hahahahha

    ReplyDelete
  12. MOGA DENGAN TINJAUAN INI DAPAT MEMBUKA MATA RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENJADI MASYARAKAT YANG MESRA SEKIRANYA MEREKA MENGANGGAP DIRINYA TIDAK MESRA..

    ReplyDelete
  13. btul tu boss...kan KLIA penah dapat award the best world airport dari segi immigration...disebabkan service yg bagus dan mesra...dorang tak kedekut dgn senyuman walaupun tak dapat bonus hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. imigresen kita memang mesra pelanggan .. umumnya.

      Delete
  14. ada satu yang IM selalu jumpa kat tempat IM ni. bila pi gerai nak beli kuih, depa parking motor atau kereta betul betul depan gerai hinggakan susah pelanggan lain nak memilih kutih sebab kena block dengan kenderaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kerap sangat berhadapan dengan situasi begini ..

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.