"Orang Malaysia pernah menganggap diri mereka sebagai orang yang bertimbang rasa dan berbudi bahasa, tapi kini anggapan itu tidak lagi benar. Pemandu kenderaan berkelakuan buruk di jalan raya dan remaja juga mempunyai kurang kesedaran sivik"
Itulah kenyataan dalam akhbar The Star pada 3/8/2012 yang lalu. Adakah anda bersetuju ?
Ibu bapa sepatutnya menanamkan nilai-nilai murni dikalangan anak-anak mereka - saran The Star lagi.
Cuba lihat 3 keping gambar yang ditunjukkan oleh akhbar tersebut ikut pusingan jam. Gambar 1 - Bungkusan sampah diletakkan betul-betul di hadapan tempat menunggu bas. Gambar 2 - Sebuah kereta diletakkan dibawah pokok menghalang laluan pejalan kaki. Gambar 3 - Beberapa buah kereta berhenti di tempat yang tidak sepatutnya berhenti ( garisan kuning) di lampu isyarat.
Cuba lihat 3 keping gambar yang ditunjukkan oleh akhbar tersebut ikut pusingan jam. Gambar 1 - Bungkusan sampah diletakkan betul-betul di hadapan tempat menunggu bas. Gambar 2 - Sebuah kereta diletakkan dibawah pokok menghalang laluan pejalan kaki. Gambar 3 - Beberapa buah kereta berhenti di tempat yang tidak sepatutnya berhenti ( garisan kuning) di lampu isyarat.
Lihatlah cara pemandu ini meletakkan kereta. Ini bukan kerja budak-budak. Yang sedihnya gambar ini saya rakam di hadapan sebuah sekolah Agama Islam di Seremban. Jikalau ibubapa yang sepatutnya menanamkan nilai-nilai murni kepada anak-anak berkelakuan begini, apakah yang boleh kita harapkan daripada generasi kita di masa akan datang. Saya pesimis. Sungguh.
Dalam peristiwa lain yang berkaitan, saya masih ingat dan bila teringat rasa marah masih belum padam. Kisahnya mengenai seorang anak muda yang singgah sembahyang di R & R Pedas. Dia meletakkan kasutnya di atas rak yang disediakan di atas tempat mengambil air sembahyang untuk meletakkan barang-barang peribadi seperti kopiah, cermin mata, henfon atau songkok Sampai sekarang saya menyesal kerana tidak membalingkan kasut tersebut ke dalam longkang !
parking lurus susah nak keluar~keh keh~~
ReplyDeleteItulah yang sering terjadi, kita hanya mampu marah di dalam hati! :(
ReplyDeleteMujur Innova itu berwarna hitam dan pletnya mula dengan N! (maksudnya, Innova saya warna lain dan pletnya mula dengan W - takut ada yang tak faham dan membuat tuduhan di luar jangka pula nanti)
memang pun... no more budi bahasa budaya kita...
ReplyDeleteMaaf, dalam kes ini saya tidak mampu beri komen...ianya dah menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat kita.
ReplyDeleteAduhai Pakcik! Setiap kali sy nak ambil anak, sy wajib lalu dpn SJKC. Dan sy pun dah cam kereta yg suka sgt park tgh2 jln (bukan tepi lagi tapi tgh jln Pakcik). Bila sy hon, buat tak tahu. Lagi dia angkat tangan tny KENAPA. Esok lusa, dia park lagi tgh jln. Sakit tak sakit la Pakcik! Org Malaysia skg ni byk yg dah sombong.
ReplyDeleteP/S - Wajar Pakcik kesal.
Kadang-kadang tanpa kita sedar kita yang mendidik mereka menjadi sebegitu. Bukankah asa didikan itu mencorakkan kehidupan mereka kecuali anak2 yang jenis tak reti di ajar.
ReplyDeleteTuan haji saya rasa sepatutnya anak muda itu ditegur supa lain kali dia lebih berhati2. Kekadang belajar tinggi pun belum tentu hati budi dan akalnya.
KEMBALIKAN MATA PELAJARAN SIVIK DI SEKOLAH..
ReplyDeleteselalu nmpak camni
ReplyDeleteparkir OKU penuh kereta tnpa pelekat oku
tp kadang2 sendiri pun ada buat silap
tanpa di sedari hehe
Betul. Selalu jumpa ciri ciri kurang asam rakyat kita yang macam tu...
ReplyDeleteCara ibu bapa memandu kereta , anak2 di kerusi belakang akan mengambil contoh dari mereka. ~Terutama bila kadang2 si ayah termencarut ketika jalan sesak.
ReplyDeleteSalam pak ngah. Lama tak jengah, baru boleh bernafas ni.
ReplyDeleteInilah pekara pertama yg kami bebelkan bila sampai Msia. Stress yg amat sangat kami berdua. Driving, parking, etc... betul2 mengurangkan pahala masa bulan puasa kelmarin. Tak jaga distance etc.
Akhirnya terkena juga kat kami. Kereta Myvi yg baru berusia 2 minggu kena sondol dua hari lepas. First payment pun tak sempat bayar dah kena bayar kat apek repair kereta. Nasib yg langgar bertanggungjawab & bayar kos tu... pening dibuatnya.
Sib baik Uncle x baling kasut org tu
ReplyDeleteTak baik tau wat gitu
Kalau yun kan,yun sorok kasut dia sebelah.
kikiki :P