Dalam entri saya sebelum ini ada saya sentuh tentang bayaran sebanyak RM5 yang dikenakan untuk mendaki gunung. Saya rasa bayaran sebanyak itu sepatutnya dihapuskan sahaja kerana ia tidak begitu menguntungkan baik dari segi pendidikan, pelajaran dan juga dari sudut kewangan kepada kerajaan.
Saya fikir kita sepatutnya menggalakkan orang ramai terutamanya golongan muda masuk ke hutan bagi membolehkan mereka menikmati dan menghargai keindahan alam semula jadi. (Sebenarnya saya tidak gemar menggunakan istilah alam semula jadi kerana alam ini tidak terjadi dengan sendirinya tapi sebaliknya dijadikan oleh Allah swt). Ia adalah lebih baik dari mereka melepak di pusat-pusat membeli belah atau pun merempit.
Saya sendiri tiada masalah untuk membayar RM5 itu, bahkan pada masa kami masuk ke hutan hari itu, kita orang berlumba-lumba untuk membayarkan untuk orang lain. Lagi pun saya sudah tidak larat hendak mendaki gunung kerana lutut saya tidak mampu menampung berat badan.
Dari segi kewangan juga saya rasa kerajaan tidak mendapat keuntungan yang begbitu besar kerana bilangan yang masuk tidak seramai orang mengunjungi Sunway Lagoon. Kalau ditolak kos pentadbiran dan gaji serta elaun para petugas yang mengutip bayaran tersebut, entah-entah rugi.
Sebelum ini pun kerajaan telah menghapuskan banyak bayaran yang dikenakan kepada rakyat. Misalnya lesen tv dan radio, cukai jalan bagi motorsikal dan yang terbaru menghapuskan bayaran bagi pesakit luar. Bagi saya bayaran-bayaran tersebut lebih patut dikutip dari bayaran yang dikenakan untuk mendaki gunung atau memasuki hutan.
Mungkin ada orang yang berkata, hasil kutipan mendaki gunung adalah hasil negeri dan hasil cukai rokok dan petrol hasil persekutuan. Itulah adalah perkara teknikal yang remeh yang boleh diselaraskan dengan mudah, jika sama-sama saling bersetuju, samada melalui bayaran balik (reimbursement) kepada kerajaan negeri atau dalam bentuk geran tahunan mengikut formula tertentu. Misalnya mengikut keluasan hutan. Dengan itu mungkin kerajaan negeri akan berlumba-lumba mengekal atau menambah hutan kerana ada imbuhan daripada tindakan itu dan kita semua mendapat faedahhnya dalam bentuk udara yang bersih dan cuaca yang lebih sejuk.
Sebagai kesimpulannya saya berpendapat bahawa menghapuskan kutipan sebanyak RM5 seorang untuk masuk ke hutan dan mendaki gunung itu adalah lebih bijaksana dan menguntungkan kepada kita semua.Macam berbahas pulak.
Itu cuma pendapat saya. Orang lain mungkin ada pendapat lain yang lebih bagus. Sebagai kesimpulannya saya berpendapat bahawa menghapuskan kutipan sebanyak RM5 seorang untuk masuk ke hutan dan mendaki gunung itu adalah lebih bijaksana dan menguntungkan kepada kita semua.
BARANGKALI MEREKA NAK BELI POKOK LAGI UNTUK DITANAM.. :)
ReplyDeleteeloklah ditambah keluasan hutan kita ..
Deletesekarang kita jemput pembahas dari pasukan lawan untuk menyampaikan hujah... ;)
ReplyDeletetergelak baca komen fairus
pembahas pasukan lawan sudah mengaku kalah .. hehe
Deletekalau buat beli jajan pun kenyang gak tu uncle. :D
ReplyDeletebukan setakat jajan, nasi campur pun boleh.
Deleteutk tempat2 macam ni..saya tertanya tanya juga, RM5 yg dibayar tu betul2 guna utk maintainence ke...sebab contohnya macam saya gi Gunung Ledang (dulu masa saya kecik2 free aja), dah kena bayar tiket..tapi tgk tandas nya pun, kita geli!...tak lagi tahap selenggara sekitar yg ala kadar..
ReplyDeleteps: saya setuju dgn uncle part ALAM SEMULAJADI tu..hehehe..alam ni terjadi sebab Allah yg cipta ! :)
tulah pasal .. uncle tengok tak ada apa-apa pun kemudahan yang ada .. tandas pun tak ada. jalan pun macam jalan balak.
DeleteKos tu mungkin nak digunakan untuk maintain kemudahan, maintain pokok2..memperbaiki laluan, mencuci sampah yang kita tinggal semasa dlm hutan atau apa2 saja lah. tak berapa setuju kalau dimansuhkan.
ReplyDeleteMurni.
DeleteTak setuju tak mengapa .. tapi cuba baca sekali lagi syor pakngah menggantikan pemansuhan bayaran itu dan faedahnya kepada kita semua.
dia nak bayar cleaner. tau2 je lah, ramai pengunjung yang tak reti jaga kebersihan hutan, campak sampah merata2...
ReplyDeletebatang hidung cleaner pun tak nampak !
Deletetu mungkin cleanernye makan gaji bute kot... huhuhu...
DeleteSetuju ssgt2 entry nie. Lebih setuju bab harga rokok dinaikkan u kos2 penyelenggaraan hutan..
ReplyDeleteBukannya elok asap u bukan perokok y terpaksa sedut hari2 klu ke tmpat awam..
Sekurangnya daki dan masuk hutan lebih bersih alam sekitarnya.. Otak pun segar
sekarang ni kita yg tak hisap rokok terpaksa duduk jauh dari mereka .. sepatutnya merekalah yang duduk jauh dari kita.
Deleterancak nampaknya perbahasan ni :)
ReplyDeletemarilah turut serta !
DeleteTuan Haji...pergi Hutan Lipur Sungai Tekala pun kena bayar tapi lupa pulak berapa bayarannya. Tak kisah bab bayarannya tapi masalahnya kemudahan tak setimpal dengan apa yang kita bayar.
ReplyDeleteIdea tuan haji cukup bagus tetapi mau ka depa hat dok atas2 tu bertolak ansur tapi kalau nak bercakaran memang le senang sangat.
mereka yg duduk atas tu nak terima ke tidak, tak tahulah saya. tapi saya cuma mengeluarkan rasa hati dan pendapat.
DeleteKalau yang menziarahi hutan itu memangkah, tak banyak jumlah pangkahannya. Yang banyak pangkahan, kumpulan yang lalu-lalang tol-tol tertentu, yang sudah pun dibebastolkan.
ReplyDeleteTanpa sebarang caj pun, hutan untuk rekreasi boleh, mampu, dan sewajarnya terus diselenggara dengan baik oleh pihak berwajib.
saya setuju sepenuhnya dengan pandangan tuan itu .. hutan adalah khazanah warisan kita semua.
Deleteheran .. masuk hutan kena bayar, ikut lebuhraya tak kena bayar tol.