Ada seorang jemaah muda belasan tahun cukup rajin sembahyang berjemaah di surau taman saya. Bagus. Dia juga gemar berada di saf pertama. Tidak seperti sesetengah jemaah lain yang cukup fobia untuk berada di saf pertama, apa lagi kalau berada betul2 di belakang imam. Memang berada di saf pertama lebih besar ganjarannya dari mereka yang berada di saf kedua. Semua orang tahu.
Tapi masalahnya dia ni tak pedulikan orang lain untuk berada di saf pertama. Habis semua orang, tak kira tua ke muda, dilangkahnya untuk ke depan. Kadang-kadang ada juga yang tersinggul olehnya. Ada juga masanya dia akan cuba menyelit juga di saf pertama walaupun saf tersebut sudah padat hingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain.
Dalam bab ini nampaknya dia telah mengenepikan adat dan akhlak sehingga mengecilkan banyak hati orang lain. Sedangkan menjaga hati orang, saya rasa adalah lebih patut diutamakan dari mengejar saf pertama.
Selain dari itu, saya juga perhatikan dia suka meletak motornya sesuka hati dia sedangkan tempat meletak motor telah disediakan. Lainlah kalau tempat meletak motor itu sudah penuh. Kadang-kadang motornya mengganggu lalulintas jemaah lain untuk ke bilik air atau ke tempat berwuduk. Tentang cara dia membawa motor, malas nak ceritalah.
Dalam pada itu saya tidak pulak nampak batang hidungnya dalam aktiviti kemasyarakatan yang lain seperti gotong royong, mengurus kematian, kenduri kendara, Rukun Tetangga dsb.
Teringat saya semasa mengerjakan haji pada tahun 1997 dahulu. Semasa melontar di Jamrah, ada satu bangsa dari benua Timur Tengah yang berbadan sasa akan merempuh jemaah dari negara lain semasa mereka mara untuk melontar. Kadang-kadang perbuatan mereka ini sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang lain. Ini juga saya kira terang-terangan termasuk dalam golongan yang ingin masuk syurga sorang-sorang.
Entri ini adalah susulan dari entri Janganlah Masuk Syurga Sorang-Sorang.
Beliau masih belasan tahun. Mungkin bagi dia mengejar pahala Allah itu lebih tinggi berbanding menjaga hati dan perasaan orang sekeliling.
ReplyDeletebetul .. malah lebih baik dari rakan sebayanya yg langsung tak datang ke surau.
Deleteharap dia membaca n3 ni semoga dia dapat memahami apa perasaan orang lain..
ReplyDeletehidup bermasyarakat..bukan untuk diri sendiri sahaja
saya juga harap dia baca dan tahu entri ini ditujukan kepada dia.
Deletebudak tu perlu di tegur dan diberi nasihat,,en.komensen cuba la bagi teguran pada dia..selaku org yang lebih tua daripada dia..insyaAllah..dua2 dapat berkat nanti..
ReplyDeletesaya belum ada kekuatan menegurnya .. kerana bimbang disalah anggap langsung diboikotnya surau.
Deletetahniah anak muda tu rajin ke surau dan mungkin dia tidak sedar perbuatan yg dirasa betul tu adalah salah
ReplyDeleteapa kata tolong alihkan m.sikal dia di tempat parking yg betul dan tolong memberi panduan ,serta teguran supaya anak muda boleh perbaiki kesilapanya
cuba juga nak alih motornya tetapi handlenya dikunci .. bil tolak dok berpusing2 tang tu juga.
DeleteWajar kita takut kepada melakukan sesuatu tanpa ilmu yang holistik mengenainya. Wajar kita sentiasa berjaga-jaga, sebab ilmu yang terbataskita, agar perlakuan kita tidak menghasilkan keburukan sekalipun hasil sepatutnya dan yang diharapkan ialah kebaikan. Insya Allah si dia akan belajar melalui nasihat langsung, atau secara tak langsung, melalui tazkirah dan seumpamanya.
ReplyDeletemembaca komen tuan, saya teringat pantun Melayu lama ..
Deletekalau berburu ke padang datar,
dapat rusa berbelang kaki;
kalau berguru kepalang ajar,
bagai bungan kembang tak jadi.
SOUND DIRECT SAJA PAK..
ReplyDeletebimbang pulak dia sound balik direct kat kita ..
DeleteSemoga ada yang sudi menegur tentang perbuatannya itu...
ReplyDeleteharap2 begitulah ..
DeleteOrang muda zaman sekarang banyak yang mengejar pahala yang terang tanpa memikirkan pahala2 yang tersembunyi.
ReplyDeletemungkin ini yg dikata 'untung secupak rugi segantang'
Deleteya mmg la wajib mengejar saf depan, tapi hubungn dgn manusia perlu juga dijaga..kan,,
ReplyDeletebetul .. kita kena pelihara hubungan dengan Allah dan juga manusia pada masa yang sama.
Deletepengalaman saya melontar jamrah. orang turki n orang sebarang memang suka tolak2 ni. geram jugak rasanya. time tawaf pun sama je.
ReplyDeleteperihal anak muda tu. mungkin dia terlalu nak kejar saf [ertama sampai lupa tanggungjawab sosial terhadap masyarakat :)
memang orang Turkilah yang saya maksudkan .. mereka berpegang tangan dan merempuah orang yang menghalang perjalanan mereka .. menyimpang jauh dari falsafah mengerjakan haji.
Delete