Hari Raya Puasa tahun ini saya sambut di rumah mertua saya di Perlis. Balik ke Perlis pada hari Khamis sebelum raya dan balik semula ke Negeri Sembilan pada hari Khamis selepas raya. Mulai hari itu sampai sekarang ini berterusan menghadiri rumah terbuka dan juga memenuhi jemputan kahwin. Minta maaf banyak-banyak kalau saya tak dapat mengunjungi blog kengkawan dalam tempoh tersebut.
Baru sekarang dapat mengemaskini blog selepas serombongan kakak dan anak-anak serta cucu-cucunya selesai beraya di rumah saya sebentar tadi. Berikut adalah cerita dan gambar-gambar hari raya saya tahun ini di Perlis.
Gambar 1: Balik dari sembahyang raya dari Masjid Al-Saadah, Perlis.
Gambar 2: Dalam perjalanan ke Alor Star beraya di rumah besan. Seronok bila ada orang bawa kereta dan kita hanya duduk menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan.
Gambar 3: Di rumah besan saya di Alor Star. Masa ini anak sulung belum sampai lagi dari rumah mertua dia di Muar.
Gambasr 4: Besan saya dengan keluarganya membalas lawatan pada 2 Syawal.
Gambar 5: Berlatarbelakangkan ladang tebu di Chuping, Perlis dalam perjalanan ke Padang Besar.
Gambar 6: Kompleks membeli belah di padang besar sendat dengan pengunjung.
Gambar 7: Tempat meletak kereta penuh. Pengunjung meletak kereta di mana-mana sahaja ada ruang kosong.
Gambar 8: Dengan sebahagian sanak saudara Makngahnya selepas majlis BBQ.
Perjalanan balik saya ke Negeri Sembilan berjalan lancar dan selesa. Tiada sebarang kesesakan berpanjangan atau kemalangan ditempuhi. Rumah yang ditinggalkan juga selamat dari sebarang pencerobohan. Kalau tidaklah kerana surat cinta tersebut, sambutan hari raya saya tahun ini sempurna sekali.
Hari raya pun org ramai bershopping kat Padang Besar.Lama dah tak kesana.Pergi pun 5 tahun lepas rasanya.Mesti dah banyak beza..Selamat Hari Raya tuan...
ReplyDeletememang jauh berbeza .. sekarang makin banyak bangunan dan makin banyak orang berjual.
Deleteselamat hari raya juga untuk awak sekeluarga.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
ReplyDeleteterima kasih. selamat hari raya juga dari saya.
DeleteAiseh.. Part surat cinta tu memang tak menarik la..
ReplyDeletememang menolak ..
DeleteSeluar celoreng tu beli kat Padang Besar ke? :)
ReplyDeleteBerapa agaknya nilau surat cinta tu ya?
seluar besar itu saya beli kat Rantau Panjang .. kat Padang Besar tak ada jual pulak.
Deletenilai surat cinta tu rasanya tak kurang dari 1/10k.
Bang Hamzah, awat tak naik atas menara peninjau tang ladang Chuping tuh...? Best tau.
ReplyDeleteSaya suka tengok rumah kampung yg masih ada tangga kayu macam tuh...
*Bang Hamzah, 23 Sept, ada Gathering Raya Blogger di rumah Dato LF. Harap sangat Bang Hamzah dapat hadir kali ini...
saya tak tahu pun ada menara peninjau .. nanti balik lain kali saya cuba tinjau.
Deletepasal gathering itu, abang rasa amat berat untuk pergi sebab dah banyak kali tak pergi. hehe
nak buat camana kan..padang besar memang suka bagi surat cinta..saya pernah kena dulu..tapi tak bagi terus..dapat kemudian..bila cek saman baru tau
ReplyDeletetak apalah .. saya jangka pada hari raya ini mereka bagi sikit kelonggaran .. rupanya tidak. hampeh !
DeleteAssalamualaikum tuan.
ReplyDeleteSelamat hari raya aidil fitri. Maaf zahir dn batin...a
alaikumsalam. Sama2lah kita bermaafan.
Deletesalam Tn Hj
ReplyDeleteSelamat hari raya,maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga
salam kembali.
Deletesaya juga ingin membuat ucapan yang serupa kepada awak sekelurga.
KALAU BAYAU AWAL RM150 SAJA RASANYA.. BAYAU LEWAT, NANTI DIA NAIK..
ReplyDeleteHari ini saya cadang nak bayar ..
DeleteSalam...
ReplyDeleteTuan Haji Mak Ngahnya org Santan ka?
Awat tak mai beraya rumah kami dah lalu Arau...:)
Salam kembali.
DeleteMinta maaf banyak-banyak tak dapat nak beraya. Rumah saudara mara Makngahnya pun tak habis pergi. Lain kali.
Rumah Makngahnya memang dekat dengan Santan.
Raya kat Perlis mesti Uncle p pasar beli otak lembu kan?
ReplyDeletenyum2... yun beli aritu.Kat pasor Pekan rega dia RM5 sebijik.