Akhbar The Star : 24/7/2012.
1. Bersikap biadap dan memandu cara membahaya seperti menukar lorong tanpa memberi lampu isyarat dan membunyikan hon secara melampau.
- Sekali sekala saya pernah buat perangai ini mungkin secara tak sedar atau terlupa.
2. Tidak mematuhi papantanda, makan dalam LRT, merokok di kawasan larangan merokok, membuang sampah merata-rata dan meletak kereta di tempat di zon bukan tempat meletak kereta.
- Saya tak pernah makan dalam LRT, tidak merokok dan cukup berhati-hati membuang sampah. Bahkan kertas pembalut gula-gula HACKS pun saya simpan dalam poket. Dalam pada itu saya baru kena saman kerana meletak kereta di tepi jalan kat Padang Besar masa raya tempoh hari. Saya telah pun membayar samannya sebanyak RM100 sahajaaaa .. tunai.
3. "Merampas" tempat meletak kereta sedangkan orang lain sudah lama menunggu.
- Saya tak pernah buat kerja samseng macam ini tetapi banyak kali kena.
4. Orang muda tak beri tempat duduk (dalam kenderaan awam) kepada perempuan mengandung atau orang-orang tua.
- Saya sendiri sudah layak mendapat tempat duduk kerana telah tergolong dalam zon orang-orang tua.
5. Tidak memberi ruang kepada penumpang pengangkutan awam seperti bas dan keretapi turun terlebih dahulu sebelum mereka memasukinya.
- Sudah berpuluh tahun saya tidak naik bas dan keretapi. Cuma tahun lepas saya naik bas rombongan ke Kelantan menghantar anak buah berkahwin di sana.
6. Bercakap dengan kuat melalui henfonya di tempat awam seperti dalam pawagam.
- Sejak saya ada henfon saya belum lagi pernah menonton wayang di pawagam.
7. Tidak memegang pintu atau pintu lif untuk orang lain memasukinya selepas mereka masuk atau keluar.
- Rasanya saya akan buat begini kecuali orang itu musuh ketat saya.
8. Tidak mengucapkan terima kasih selepas menerima sesuatu yang elok dari orang lain.
- Rasanya saya tak pernah lupa mengucapkan terima kasih kecuali terlupa.
9. Amalan tidak bertimbang rasa seperti meninggalkan troli membeli-belah di tempat letak kereta, mencangkung di atas tandas duduk atau mengotorkan tandas awam.
- Kalau saya mencangkung atas tandas duduk, alamat hancur lebur mangkuk tandas itu.
10. Sering lewat.
- Ini masalah sikit sebab selalunya penganjur akan letak ketibaan tetamu satu jam lebih awal dari sepatutnya. Misalnya mereka tulis ketibaan jemputan 8.00 pagi sedangkan majlis hanya bermula pada jam 9 pagi. Alasannya, kalau letak jam 9 pagi, orang akan datang pukul 10 pagi. Akibatnya kita tidak tahu waktu mana patut datang.
NO. 3 SAYA PERNAH KENA.. PERGHHH, RASA NAK KELUAR JE MARAH ORANG TU.. TAPI NASIB BAIK ADA KESABARAN DALAM DIRI INI..
ReplyDeletesiapa yang tak sakit hati kalau kena.
Deletebetul laa, sy pun selalu kena no 3. mentang2 la kecik!
ReplyDeleteuncle yang besar ini pun pernah kena ..
Deletehahaha..
ReplyDeleteaku setuju!!!
8,9, 10 tu...
bab shopping kadang2x malas tu yang tinggal je kat tempat parking..heheh
saya tengok keadaan, kalau tempat pulang troli tu dekat dengan parking, saya akan pulangkan kat situ.
Deletesaya selalu buat yg no 10,yg no 8 tu kadang2 terlupa..hehe
ReplyDeletesaya pun sama dengan no. 10 tu ..tapi pernah terkena bila majlis itu betul2 ikut masa spt tercatat dalam aturcara.
Deleteassalam A/L..nasib baik tak pernah buat..yang no.2 tu ada sesekali minum..bukan makan..
ReplyDeleteminum kurang sikit dosanya kot .. hehe
Deletenanti saya bagi tempat duduk kat uncle yer... :D
ReplyDeletesungguh murni hati mu ..
Deletesemalam saya hangen dgn org yg bercakap dan gelak kuat2 dalam surau.kotlah nak salam raya ..boleh tak jumpa luar surau.saya baca fatihah smpi 3 kali.huhu
ReplyDeleteini lagi tak sensitif .. mungkin amaran "Jangan Bising" kat surau cuma ditujukan kepada kanak-kanak .
DeleteNk komen ngan gelak ajer.. Boleh, pak ngah? Hahahahahhaahha..
ReplyDeletekenapa gelak ? pernah terkena ke ?
Deleteno 3 saya dan suami selalu kena...kena dah lama tunggu senang senang dia masuk parking
ReplyDeletelain kali block belakang kereta dia dengan kayu balak .. hehe
Deleteada yg kena ada yg tak kena ...hihihi
ReplyDeletesamalah kita .. hihihi
DeletePenjelasanmu diterima wahai pakngah..hehe...sikit2 tu kira acceptable lah. saya paling selalu buat no. 1..sajaaaa...lepas geram. no. 2 kadang-kadang. baru je sebelum raya settle kan saman trafik majlis perbandaran....parking suka-suka hati.
ReplyDeletepakngah bukan parking suka-suka tapi tempat parking tak mencukupi .. mana nak cukup, tempat parking ada 30 tapi kereta beribu-ribu. dah sampai Padang Besar dari NS takkan nak patah balik. lagipun kereta Pakngah bukan halang laluan cuma parking tepi jalan sahaja macam orang lain ..(alasan).
DeleteEmm, tek pernah buat. Maknanya, saya tak hodoh...hehem, t
ReplyDeletetahniah .. memang sepatutnya cikgu begitu.
DeleteSatu dua benda tu selalu jugak buat tetapi sebolehnya saya akan mendidik diri supaya tidak melakukan benda negatif terutama bila melibatkan org lain.
ReplyDeletekita ni manusia .. kadang2 tu hilang sabar juga bila asyik terkena.
Delete...yang no 3 tu selalu sangat berlaku kat suami saya...dann pelakunya adalah dari
ReplyDeletebangsa yang sama....bukan racis tapi bangsa tu memang kurang ajar pentingkan diri sendiri.
setuju .. dan kita gemar bertolak-ansur.
DeleteSallam Tuan Haji,
ReplyDeleteNo 3 tu kakmah pernah buat sekali, tapi tak sengaja,
kakmah tak perasan langsung ada orang tunggu kerete tu keluar,
bila kakmah masuk kakmah dengar ada orang maki kakmah,
bila kakmah perasan kakmah nak keluar semula, untuk bagi ruang
pada dia,tapi orang tu terus belah sambil bising2 kutuk kakmah...
Sabar ajalah..... kakmah tak sengaja....
tak sengaja, tak mengapa. tapi masalahnya orang tak tahu yang kita ni tak sengaja.
Deleteerkk! sy nomor berapa ya hurmmm
ReplyDeletesaya tahu awak suka merempit .. hehe
Delete