Saturday, September 1, 2012

SONYUM SOKOJAP 47: HAIQAL PERGI RUMAH TERBUKA.

Malam semalam Haiqal dengan emaknya bersembang tentang jemputan ke rumah terbuka kawan sekolahnya.

Haiqal: Besok Mak boleh hantar Iqal pergi rumah terbuka kat Seremban 2 tak ?

Emaknya: Pukul berapa ?

Haiqal: Pukul 5 petang sampai 10 malam.

Emaknya: Pukul berapa nak pergi ?

Haiqal: Pukul 4.30 !

Emaknya: Pukul berapa nak balik ?

Haiqal: Pukul 10 ..

Emaknya: Umang ai .. takkan Iqal nak duduk kat situ sampai 5 jam. (Dengan nada yang agak tinggi)

Haiqal: Dah dia jemput sampai pukul 10 .. kalau Mak tak caya, nanti Haiqal tunjuk surat jemputannya. (Katanya bersungguh-sungguh meyakinkan emaknya)

Emaknya: Ye lah .. jemputan dari pukul 5 hingga 10 malam tu maksudnya kita boleh pergi bila-bila masa di antara dua waktu tu .. bukannya mesti pergi pukul 5 dan balik pukul 10 malam. (Emaknya menerangkan dengan panjang lebar)

Haiqal:  Ye ke ? (muka dan suara dia macam tak puas hati)

Saya: Ayah hantar .. pukul 4.30 kita pergi dan 5.30 ayah ambil. Kalau lewat Iqal tidurlah kat rumah dia.


p/s: Penyudahnya petang tadi saya makan sama budak-budak setelah dipelawa oleh tuan rumah masuk dan saya pun tak tahu nak pergi ke mana selepas menghantar Haiqal dengan dua orang kawan sekelasnya yang duduk dekat2 rumah.

9 comments:

  1. memang bersungguh Haiqal nak penuhi hajat tuan rumah sampaikan masa pun nak diikutnya...

    ReplyDelete
  2. Salam En Hamzah, memang comel Haiqal dan sangat innocent hehe...

    ReplyDelete
  3. klu org ajak..kita kena g kan..heheheh..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. mungkin sedap kot kalau perut lapar .. adakah uncle telah menjawab soalan awak ?

      Delete
  5. Bapak pun beraya sekali le nampak gayanya.

    ReplyDelete
  6. Ala...sucinya pemikiran anak2 ni kan? Heheheheh....amboi Pakcik, tumpang sekaki eh? Burrp! Alhamdulillah!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.