Prakata: Saya rasa entri ini pernah tersiar .. tapi saya tidak pasti bagaimana dan mengapa ia berada dalam deraf entri saya. Kalau sudah tersiar dan ada yang sudah membacanya, silalah langkau.
Konstanz adalah sebuah bandar di negara Jerman. Saya ke sana dari Luzern, Swiss melalui jalan darat. Tak jauh sangat. Itulah yang bagusnya melancong kat Eropah. Jalan sejam dua dah masuk negara lain. Kalau kat USA atau China, jalan berhari-hari pun masih dalam negara yang sama.
Gambar 1: Berlatar belakangkan Deutshe Bank iatu bank yang berasal dari German di tanah tumpah darahnya di German.
Gambar 2: Di depan Hotel Mercure tempat menginap beberapa malam.
Gambar 3: Di tepi tasik .. tapi tak sempat nak belayar
kerana cuaca tidak mengizinkan.
Gambar 4: Sedang posing nak bergambar, salji turun secara tiba-tiba dan selepas beberapa ketika, berhenti tiba-tiba. Macam nak beri peluang kepada saya merasa salji sekejap. Videonya ada kat bawah.
Gambar 5: Ronda-ronda di pekan Konstanz yang bersih dan tidak sibuk.
Gambar 6: Kita melawat dan mendengar taklimat di Syarikat ini.
Gambar 7: Di sempadan German dan Switzerland.
Pejabat Imigresennya terletak di bawah tanah.
Pejabat Imigresennya terletak di bawah tanah.
Gambar 8: Jalan-jalan juga .. makan, makan juga.
Saya tertarik dengan hiasan dalaman dewan makan hotel ini.
Ada sentuhan Timur Tengah. Mungkin arkiteknya orang Timur Tengah
atau pernah belajar di sana
Gambar 9: Tidak lupa membeli sebuah pasu yang ada tertulis perkataan Konstanz sebagai kenang-kenangan.
Kali terakhir saya bertemu salji. Video kitar semula. Asalnya di sini.
salam uncle, gambar dgn salji tu saya suka. uncle tak plan tiba2 salji turun, saya nampak uncle terkaku berdiri di situ..menarik!
ReplyDeleteYang lucunya .. bila salji mula turun, ada kawan uncle balik ke bilik hotel nak ambil kamera, dan bila dia sampai kat tempat unlce semula, salji dah berhenti. kesian dia.
DeleteGambar tahun bila tu? Nampak macam baru je. :)
ReplyDeletekalau tak silap saya hujung 2007. Baru taklah baru sangat.
Deletemesti kenangan di sini masih baru. sebab ada gambar MB N9 yg baru.
ReplyDeletetak ada gambar MB N9 yang baru dalam gambar ni sebenarnya.
DeleteJAUH MERANTAU... LUASLAH PEMANDANGAN..
ReplyDeleteuncle nak ikut? kihkih
ReplyDeletetak faham ? awak nak ikut uncle ke ? atau awak ajak uncle ikut awak ?
DeleteKakak tumpang melihat jadilah, nak jejak sana memang jauh panggang dari api rasanya..
ReplyDeletekalau dah rezeki ia pasti tidak akan ke mana-mana.
Deletemacam penah baca je entri ni. tapi saya tak langkau pun. heheheh~
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi tak melangkau ..
Deletesyoknya...jadi la dpt rasa salji sekejap...
ReplyDeletesebenarnya pakcik dah letih main salji masa kerja kat USA dulu ..
Delete