Selama ini saya memang menyokong konsep rumah terbuka hari raya kerana ia boleh mengeratkan silatulrahim sesama sanak saudara, sahabat handai jauh dan dekat. Tapi bila dah melampau-melampau, saya mula rasa tidak sedap hati. Sebenarnya buat apa-apa pun kalau dah melampau tak elok LEBIH-LEBIH LAGI KALAU IA MENGGUNAKAN WANG RAKYAT, MEMBAZIR DAN BERTUJUAN UNTUK MENUNJUK-MENUNJUK ATAU BERLAWAN-LAWAN RUMAH TERBUKA SIAPA YANG LEBIH HEBAT.
Contohnya Kementerian A dah buat rumah terbuka dan Kementerian B pun dah buat. Lepas itu Kementerian A dan Kementerian B pula bergabung buat majlis rumah terbuka bersama. Jemput semua rakyat Malaysia. Apa tujuannya ?
Itu belum lagi masuk rumah terbuka yang dibuat oleh Jabatan di bawah Kementeri A dan B. Kadang-kadang Bahagian-Bahagian di bawah Kementerian pun nak buat rumah terbuka. Dan ada juga kes Unit-Unit di bawah Bahagian pun tak mahu ketinggalan. Dalam pada itu Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan akan juga membuat rumah terbuka di rumahnya yang kadang-kadang turut menggunakan tenaga anggota dan juga harta benda tempat mereka bertugas.
Pastinya rumah-rumah terbuka itu sedikit sebanyak menggunakan wang pembayar cukai samada secara langsung atau pun tak langsung.
Apa pula pendapat anda ?
Paling rugi org macam kakaklah tuan sebab bayar cukai setiap tahun tapi tak pernah menikmati rumah terbuka anjuran kerajaan. Sedih:(
ReplyDeletetak usah sedih .. saya rasa tentu Kakzakie tak menang tangan nak hadiri rumah terbuka orang lain kan !
DeleteSaya hanya teruja nak pergi ke rumah terbuka di mana saya dapat beramah mesra 'sepatah dua' kata dengan tuan rumah dan perhubungan itu akan berterusan serta saling 'mengenali'... hehehe (faham? takkan tak faham kot... itu tajuk catatan terbaru saya, ya)
ReplyDeletefaham .. faham .. faham sangat-sangat.
DeleteSy setuju.. la ni buat open house menunjuk-nunjuk, banyak pembaziran. Pendapat sy tak salah kalau pakai duit sendiri dan niat nak sedekah.
ReplyDeleteBab jabatan kerajaan buat open house bole, kalau bergabung lagi baik, tapi tak perlu le kat hotel2. Ikutkan mana ada peruntukan kerajaan utk buat open house, tp peg kjaan banyak sangat selekohnya. Bab org kenamaan buat open house lagi menjengkelkan.. sebabnya staf semua dipanggil jadi dayang. kesudahannya kerja pejabat tinggal, peg lain pun sibuk keluar gi open house mana kerja nak siap. Tu yg org awam marah dan tak puas hati. Rie, Johor
pakai duit sendiri pun, kalau membazir atau nak menunjuk2 tetap salah.
Deletekomen Rie yang lain2 semuanya saya setuju sangat.
saya pernah dengar..utk event macam rumah terbuka ni setiap kementerian ada peruntukan masing2..dan peruntukan tu maksudnya memang nak kena guna bagi habis.. tp tu lah..kalau syarikat swasta lagi sikit kita perabih lagi company suka.. tapi kalau kerajaan ni..peruntukan kena habiskan..kalau tak nanti orang atas tak suka.. entah..saya cuma dengar je..tapi saya mmg tak pernah pergi rumah terbuka yg mana2 jabatan anjurkan..
ReplyDeleteyang ni saya pun ada dengar, setiap peruntukan tu kena habiskan tahun tu juga, kalau tidak, tahun depannya tak dapat peruntukan langsung. Pelik pun ya juga, betul ke begitu...huhu.
DeletePernah hadir rumah terbuka KM Melaka beberapa tahun dulu, itu je sekali, penuh sesak je, malas nak pergi lagi...huhu.
Rai.
DeleteSeingat saya, tidak ada peruntukan yang tertentu disediakan tetapi ia diletakkan di bawah tajuk 'hospitaliti' atau menggunakan peruntukan Menteri.
Peruntukan yang kena habiskan biasanya ialah peruntukan Pembangunan.
Yus.
DeletePakngah dulu pernah jadi Pengerusi AJK rumah terbuka Menteri tempat Pakngah bertugas. Nanti Pakngah buat entri mengenainya.
YANG LEPAS-LEPAS JABATAN SAYA BUAT MAKAN-MAKAN MENGIKUT BAHAGIAN / UNIT MASING2. TAPI TAHUN INI MULA BERGABUNG, BUAT JABATAN SAHAJA..
ReplyDeleteEloklah kalau bergabung, jimat masa dan tenaga tapi rasanya ramai staf yang rasa terkilan.
DeleteSalam Pak Ngah...
ReplyDeleteBertemu kembali...bab ni Saya rasa Cik Abang saya mesti setuju...sebab selalu dia bising tiap-tiap tahun kena bayar banyak cukai pendapatan....he..he..
p/s..kat tempat keja saya, kami guna duit sendiri untuk buat Jamuan raya...
salam kembali.
Deletekalau guna duit sendiri lebih bagus dan bermakna.
Tuan Haji...Jun ni pekerja swasta jadi semua tu tak pernah timbul. Keutamaan adalah mejaga silaturrahim yang paling penting AMANAH patut ada dalam setiap perkara yg kita buat. Kalau ada yang tu semua ok. Kalau tak da semua KO>
ReplyDeleteTuan Haji hari ni saya nampak songkok tinggi P.Ramlee tuan haji tu macam diedit ja!
Paling sadis jabatan A buat rumah terbuka panggil orang jauh. Pejabat tepi pagar pulak dia tak pelawa. Nak melintas pun rasa segan :(
ReplyDeleteya sangat betul.... nak melintas pun sogan
DeletePok Li
Deleteini lagi kes teruk .. tak boleh di maafkan. eloknya awak serbu je ramai, biar dia orang tak cukup makanan .. hehe.
kasihibu
buat2lah melintas, entah2 nanti dipelawanya.
saya setuju 200% ulasan uncle. Bila dah berlebih lebihan, itu sahabat syaiton namanya..:)
ReplyDeleteps: siap ada mesin buat ABC kat open house RT uncle tu! :P
mesin tu katerer yang bawak.
Deletetak penah pegi open house orang besar ;)
ReplyDeletekenapa tak pergi rumah terbuka PM dulu ?
DeletePasal tak guna duit sendirilah mereka ni sakan buat rumah terbuka. Cuba keluarkan belanja sendiri .... pahit ... huhuhu
ReplyDeletememang begitulah adat manusia ..
Deletesebab tu dalam islam ada kata kene besederhana dalam semua perkara...
ReplyDeletemungkin semua dah tahu .. tapi terlupa !
DeleteJabatan makchaq tahun ni tak buat pun jamuan raya..
ReplyDeleteBuat ikut Bahagian, tapi semua kena bayaq sorang RM10.
Jabatan kami kira paling kedekut la rasanya... berpuluh tahun kerja 1 tshirt pun tak pernah bagi.. meeting tak de makan minum, kecuali kalau ada yang murah hati nak belanja..
Eh sama lah kita... tempat saya jarang ada jamuan selepas meeting kecuali kalau diarah bertugas luar waktu bertugas...
Deletemakchaq
Deletesebenarnya ia banyak bergantung kepada tabiat "Pegawai Pengawal" ..
muhammad syahmi
ini satu kekecualian .. tempat saya dulu penuh meja dgn minuman dan makanan.
lebih suka hadir ke rumah terbuka kawan-kawan..bukan rumah terbuka jabatan-jabatan..hehe..rasa tak betah pulak..sebab tujuan buat rumah terbuka ni nak erat silaturrahim...tapi kalau dah menyimpang dari tujuan, ditambah pulak dgn unsur2 tayang menayang dan pembaziran...dah jadi tak best.
ReplyDeletesetuju .. pergi rumah terbuka kawan2 lagi best sebab saling mengenali.
Deletetinggi songkok tuan tu?
ReplyDeleteorang kata kalau setinggi mana songkok, setinggi itulah semangat keMelayuannya, betul?
saya rasa semangat keMelayuan saya lebih tinggi dari songkok itu .. hehe
Deletesy tgk kat fb..kawan2 yg kerja kerajaan byk post gmbr2 open house..macam2 jabatan buat open house..yg ayam tgolek, kmbing tgolek..sy tgk ni terliur je...xpnh lg pergi..
ReplyDelete