Friday, September 7, 2012

MENGATA DULANG PAKU SERPIH.


http://britishfreedom.org/wp-content/uploads/2010/11/ballot-box-large.jpg

Entri saya bertajuk Fanatik Kepartian sedikit masa dulu telah mendapat sambutan di luar dugaan saya. Saya kira pada awalnya tidak ramai yang berminat untuk membicarakan isu-isu yang berat. Rupanya sangkaan saya silap. Saya mendapat komen yang bernas dan serius dari ramai pembaca blog ini. Syabas dan terima kasih.

Respon kepada entri itu telah memberi dorongan kepada saya untuk menulis tentang isu yang agak berat dan serius sekali lagi.

Saya mulakan dengan satu soalan. Pemerintah yang bagaimana yang kita mahukan ? Saya percaya soalan ini semua orang boleh menjawabnya. Tentulah kita mahukan pemerintah yang adil, bersih, telus, penyayang dan mematuhi ajaran Islam dan menolak pemerintah yang rasuah, boros,  mengamalkan pilih kasih dan sebagainya.  Akan tetapi sedarkah kita bahawa  kita dengan pemerintah adalah ibarat dahan-dahan dari pokok yang sama. Dengan lain-lain perkataan pemerintah sebenarnya adalah sebahagian daripada kita juga.  Pemerintah negara kita bukannya lagi penjajah Inggeris atau Jepun seperti dahulu, tetapi ia dipilih dan diangkat dari kalangan kita sendiri.  Ada orang kata, pemerintah yang terpilih adalah cerminan kepada rakyatnya sendiri. Mungkin ada betulnya.

Jadinya kalau kita mahukan pemerintah yang tidak mengamalkan pilih kasih atau kronisme, adakah kita benar-benar menolak kronisme pada sepanjang masa. Ramai yang  menentang kronisme dan marah kalau misalnya ada orang tertentu secara senang-senang sahaja mendapatkan projek secara rundingan terus. (Melalui rundingan terus, kontraktor atau pembekal, mendapat projek tanpa melalui proses tender atau sebutharga).

Tetapi semasa saya bekerja dahulu, saya rasa penat sangat melayan beratus-ratus kontraktor yang menghimpit saya meminta sokongan atau bantuan mendapatkan projek secara rundingan terus.
 
Orang yang kononya marah bila kontraktor lain dapat projek secara rundingan terus itulah yang paling awal menyambar jika ada tawaran melaksanakan projek secara rundingan terus. Dan orang yang sama juga kalau ada peluang akan membolot semua projek secara rundingan terus. Peduli apa dengan orang lain.

Bukankah kita mengamalkan "double standard" di sini ? Kalau orang lain dapat, tak boleh, itu kronisme, tapi kalau kita dapat, tak apa.  Kalau orang lain buat, tak patut, tapi kalau kita yang buat - patut.

Begitu juga dengan rasuah. Kononnya kita benci pemerintah atau penjawat awam yang rasuah. Saya percaya semua orang tahu bahawa rasuah itu wujud secara dua hala. Ada pemberi dan ada penerima secara timbal balas. Kalau polis  misalnya menerima rasuah adalah kerana adanya pemberi rasuah. Pemeberi rasuah itu pastilah mereka yang telah membuat kesalahan tetapi tidak mahu ditangkap dan dihukum. Sepatutnya pemberi rasuah itulah yang dikutuk dan dihukum lebih keras kerana telah melakukan dua kesalahan iaitu kesalahan memberi rasuah dan kesalahan yang menyebabkan dia memberi rasuah.

Kesimpulannya kepada saya, polis atau penjawat awam yang rasuah hanya lahir dari masyarakat yang rasuah. Siapakah yang menganggotai masayarakat itu, kalau bukan kita sendiri.

Sebagai pembuka mata, mari kita baca apa kata Asmara  yang pada masa ini tinggal di Jepun  tentang sikap dan nilai orang Jepun. Cubalah kita sama-sama jawab sendiri soalan di hujung komennya.



21 comments:

  1. Nak jawab macamana ya???

    Bukan tak boleh jawab, tapi mesti ada tapinya yang panjang... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan tapi yang panjang .. jadi tak mahu jawab pun tak apa.

      Delete
  2. Kakak rasa di negara kita walau cuba dilaung-laungkan utk membenteras segala gejala negetive itu agak susah kerana ianya telah menjadi nanah dalam daging bahkan dah macam kanser pun juga..(maaflah itu pendapat kakak).

    ReplyDelete
    Replies
    1. dasar pandang ke timur dulu nampaknya kurang berkesan ..

      Delete
  3. Sallam Tuan Haji,

    Setuju sangat entry ni,
    Pemberi rasuah adalah pesalah pertama,
    Penerima rauah adalah peaslah kedua,
    Kalau pun penerima itu meminta,
    tetapi pemberi tidak memberi,
    sebaliknya melapurkan kepada pihak berkuasa,
    pasti rasuah tidak akan terjadi juga.

    Bilalah negara kita nak bebas dari rasuah yee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pesimis sebenarnya kerana keadaan nampaknya tidak semakin bertambah baik.

      Delete
  4. dh byk jumpa, org yg kononnya melaung-laungkan keadilan, anti rasuah, anti kronisme tetapi bila anak nk mohon kerja, sibuk menghimpit kita minta diambil anaknya. Bila anak tak berjaya sebab tak layak, mcm2 kita dikata sedangkan mereka begitu lancar membaca ayat rezeki Allah yang tentukan. Bercakap tanpa amalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju .. bahkan pada mulanya saya telah masukkan point ni tapi saya potong bila lihat entri saya sudah panjang sangat.

      Delete
  5. Terima kasih siarkan komen saya. :) apa yg saya nak share jugak tentang peranan MEDIA disini yang sangat tak berat sebelah. Semua parti tak kira yang memerintah atau pembangkang dibenarkan keluar TV asalkan mengikut undang2. Contoh berita tentang ni la, ketua kampung ni dari parti pemerintah yang ada. Jadi siapa salah memang kene la. So sangatlah susah nak jadi pemimpin/ketua ni. Memang tak boleh buat salah langsung, manusia ni memang la suka mencari kesalahan orang lain kan! tapi kalau untuk kepentingan negara dan rakyat tak salah rasanya. Paling best belanjawan negara pun diumumkan, jadi rakyat tau kemana pergi duit2 cukai dan sebagainya. Walaupun Jepun ni banyak hutang dan negara yang sering ditimpa bencana alam, tapi masih tetap dan cuba bertahan. maaf ye cuma pandangan ringkas saya je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada masa ini saya rasa pesimis yang kita akan menjadi seperti itu kerana ia telah terlalu tebal membudaya.

      Delete
  6. bagi saya, semua orang kalo naik akan penuhkan kocek sendiri. yang penting integriti kot....

    ReplyDelete
  7. Moral of teh story semuanya bermula dari kita sendiri. Bercakap tapi tak buat seperti apa yang dicakap apa gunanya.

    Macam tuan haji cakap tentang kronisme. Tak perlu jadi pemimpin besar2 syarikat pun lebih senang mengambil org bekerja yg ada hubungkain dengan staff sedia ada...ini cerita betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kita masih lagi belum berjaya keluar dari mentaliti status negara ketiga atau budaya negara sedang membangun.

      Delete
  8. Saya benci kan rasuah, dan saya tak amalkan rasuah. Sebab saya tak mahu mengata dulang paku serpih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus .. jadikan ia budaya dalam keluarga kita dahulu. kalau setiap keluarga begitu, maka satu hari nanti kita akan berubah.

      Delete
  9. Nak cuba lihat beza antara "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" dengan "orang menyogok kita seronok, kita menyogok orang mengangguk". Tak berapa berbezakah agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin budaya kita boleh bertolak ansur hasil serapan ungkapan "orang berbudi kita berbahasa itu .."

      Delete
  10. kerosakan akhlak, nilai-nilai dan contoh teladan baik tidak akan terbit selagi idea yang tegak dan sistem yang berkuasa itu sendiri dari sistem kebendaan yang tidak berakhlak bahkan bertentangan dengan tingkah laku yang dikehendaki agama sendiri.

    maaf pagi ini aku melihat seorang bertali leher membuang sampah ke dalam longkang.....

    mungkin dia sudah terlewat ketempat kerja,
    bergaduh dengan isteri,

    anaknya sakit,
    atau along sedang mengekorinya,
    mungkin namanya tidak terpilih jadi calon,

    atau ...

    usia kita sudah diambang sore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pastinya saya sangat setuju dengan ayat terakhir itu .. hehe

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.