Monday, September 3, 2012

PERANGAI BUSUK PEMBELI..



Antara perangai busuk pembeli-pembeli Malaysia (termasuklah saya) yang dilaporkan oleh akhbar The Star bertarikh 23/7/2012 yang mengakibatkan  peniaga kerugian berjuta-juta ringgit setiap bulan, adalah:

1. Menekan atau memicit buah-buahan atau sayur-sayuran.

 - Yang ini saya pernah buat. Misalnya kalau nak beli kacang bendi,  saya selalu cuba patahkan hujung buahnya. Kalau boleh dipatahkah, maknanya ia masih muda dan boleh dibeli dan sebaliknya. Itulah pesan Makngahnya.

2. Membuka barangan yang berbungkus dan kemudian meletakan atas para. 

- Yang ini saya tak pernah buat. Tapi pernah letak barang bukan kat tempat asalnya bila Makngahnya kata usah beli bila perasan barang tu ada dalam troli. Rasanya perbuatan ini tidak merugikan peniaga.

3. Menukar tanda harga atau  'barcode' dengan yang lebih murah.

- Yang ini saya tak pernah buat dan tak akan buat selagi saya masih waras.

4. Mencuba seluar dalam walau pun jelas tegahan berbuat demikian.

- Yang ini juga saya tak pernah buat dan tak akan buat selagi saya siuman. Saya pun hairan kenapa ada orang nak cuba - takkan saiz sendiri pun tak tahu.

Adakah anda pernah buat atau pernah lihat orang buat perkara-perkara seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star itu ?

46 comments:

  1. Yang nombor satu je saya pernah buat (samalah kita, kan?) :)

    ReplyDelete
  2. hahaha.. saya pun yang nombor satu tu... kita serupa .. :D

    ReplyDelete
  3. hehehe. makngahhhh jugak yang kono potik. kem salam makngah eh bang.

    ReplyDelete
  4. tapi patah bendi tu memang ada..mak eka ajar pun macamtu,tapi memang pelik kalau ada yang buka barang lepastu paling dasyat,saya tengok,kotak kurma dah terkoyak,ada dua tiga orang rasa.diingatnya sampel..aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia ingat sampel tak apalah .. tapi kalau dia tahu itu bukan sampel, memang tak patut. jangan amalkan, nanti masuk CCTV.

      Delete
  5. yang patahkan bendi tu je saya penah buat. yg lain... tak penah.

    huduh nho!

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah huduh sangat .. kan ramai yg ngaku ada buat.

      Delete
  6. buah yang saya picit biasanya avocado, sebab nak tau dah masak ke tak. tp takdelah pulak nak tekan sampai kawan tu lebam. biasanya tekan sekadar nak tengok dah lembut ke belum. kalau dah tekan kaw2 tu takkan nak letak balik. mestilah beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya kita tekan sikit, orang lain pun tekan sikit, bila dah ramai tekan, akhirnya pastilebam buah avocado tu ..

      pssst: saya pun pernah buat. hehe

      Delete
  7. saya pun selalu cium2 picit2 :p keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati2 kalau cium buah durian .. nanti tercocok lubang hidung !

      Delete
  8. Salam Pakcik,

    No.4 tu....eiii! Itu saiko Pakcik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam .. salam orang kalau tak jawab berdosa.

      Delete
  9. Salam Encik,
    saya rasa kan..memang fitrah insan lah kalau nak beli barang
    mesti nak cium, picit, tekan dan belek sana sini..
    lagipun hak kita sebagai pengguna kan..
    cuma kalau boleh jangan sampai rosak bahan itu.
    saya suker patahkan hujung bendi kalau nak beli sayur tu..
    ntah nape suka dengar bunyi keletup hujung bendi tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali dengar ada orang suka dengan bunyi keletup buah bendi ..

      Delete
  10. Kalau tahu seluar dalam tu dah ada orang yang pernah cuba, saya tak akan beli. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang pun saya rasa begitu, kecuali yg 'sakit' ..

      Delete
  11. rasanya yang cuba seluar dalam tue bukan kaum Adam kan Uncle, sebab kita punya elok jer dalam kotak.. nak cuba, kena beli.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan kaum Adam cuba yang bukan kaum Adam punya sudahlah .. hehe

      Delete
  12. Dulu2 ada gak patahkan bendi, tp semenjak dah pernah tanam bendi x payah buat dah, dah kenai yg mana bendi tua yg mana muda..

    Masa sekolah pernah tengok kawan makchaq koyakkan cling wrap, pastu makan asam2, dua tiga paket jugak la.. Tp masa tu budak2, x berapa nak paham kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kalau ada kebun bendi sendiri .. lepas ni saya nak tanam jugalah kat belakang rumah .. boleh supply kat Giant.

      Delete
  13. ...yang no. 1 tu dah jadi tabiat...susah nak ubah

    ReplyDelete
  14. entry pakngah berjaya membuat kan sya tersenyum setelah sekian masa sya berendam guridam jiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa sudah terjadi ? nanti pakangah datang jengok kat blog awak.

      Delete
  15. last week pergi tesco dan ambil almari(dalam kotak) untuk discan. tapi harga yg scan tak sama dengan harga kat rak. tanpa rasa bersalah saya tinggalkan kotak almari itu di situ. owhhhhhh busuknya perangai. (-__-")
    ~sapa suruh letak harga tipu..keh3~

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pernah buat .. barangkali ini adalah akibat tindakan No. 3 itu.

      Delete
  16. DULU SAYA PERNAH "SHOPPING" DENGAN RAKAN. DIA ADA MEMBELI SEKOTAK SELUAR DALAM. APA YANG DIA TIDAK PUAS HATI, APABILA SAMPAI DI RUMAH DAN MEMBUKA SELUAR DALAM TU, BARU DIA PERASAN SAIZNYA "S" TIDAK SAMA DENGAN SAIZ YANG DITAMPAL PADA KOTAK. SIAPALAH PUNYA DAJAL PERGI TUKARKAN SAIZ TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada simpan resit dia, boleh tukar semula.

      Delete
  17. kalau kat kedai runcit & haus sangat, saya minum air kotak dulu pastu suruh abang kaunter kira, hehe... tu kedai runcit yang dah geng lah. kat pasaraya/giant/k4 tak pernah buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu perkara biasa .. kat kedai mamak pun selalu saya belasah dulu baru bayar.

      Delete
  18. saya kalau shopping kt pasaraya dengan anak selalu buka dulu makanan/air kotak sebab anak saya selalu tunjuk makanan/minuman tu dan cakap "nak makan". tak sampai hati pula kalau tak bagi, tapi saya simpan la plastik/kotak tu untuk di scan di kaunter pembayaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah .. kalau kat kedai mamak pun kita makan dulu baru bayar. tapi kat kfc atau mekdi, kita kena bayar dulu baru makan.

      Delete
  19. patah2kan bendi sebelum membeli tu saya kira dah jadi hak pengguna, ianya tak jadi kesalahan sekiranya kita beli bendi yg dah kita patahkan (tandanya bendi muda). Dah tentu menjadi kesalahan kalau penjual memaksa kita beli bendi yg liat dan dah tua. Kalau saya kena camtu, saya suruh pembeli tu makan bendi liat tu depan saya, kalau tak tercekik dan terkulat-kulat baru saya fikirkan nak beli ker taknak...hehe...

    tapi kalau bendi tu muda dan kita patahkan untuk sesaja tanpa mau membelinya, tu dah dikira mmg rotten shoppers laa...sama gak ngan mencuba seluar dalam... ceh, tak senonohnya kan? tapi camner kita nak tau seluar dalam yg kita nak beli tu dah di try oleh org lain sebelumnya?...geli pulak memikirkannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju itu adalah hak kita sebab duit kita .. patutnya penjual tu janganlah jual bendi yg dah tua. kalau semua penjual jual bendi muda, maka tak timbullah masalah ini kan !

      Delete
  20. No 1 pernah buat tapi bila buat no 3-4 tu namanya buang tabiat.

    Di sebabkan ramai yg mematahkan hujung bendi, sekarang ni banyak kedai dah mula bungkus bendi. Padan muka pembeli!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau begitu, mari kita pakat2 tanam bendi ..

      Delete
  21. No 1 dah jadi tabiat saya, No 2-4, maknanya saya dah tebiat. Tunggu komen pakcik

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg no. 3 lagi bahaya .. kalau tertangkap, boleh membuatkan kita merengkok dalam lokap atau penjara.

      Delete
  22. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    jujur dalam segala hal tidak akan mengubah duniamu menjadi buruk ,.
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete
  23. kalo yg no 2,3,4 tu pak cik pnah buat, takkan nk bg tau plak kn..ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagitahu pun apa salahnya .. bukannya boleh kena tangkap.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.