Sunday, September 23, 2012

PERTEMUAN BLOGGERS DAN NASI ARAB.

CERITA  1 : PERTEMUAN BLOGGERS.

Pagi tadi jam 11.30,  baru kami dapat bertolak ke pertemuan bloggers di rumah Y.Bhg Dato' LF di Bangi. Lewat 1 1/2 jam dari jadual. Ini adalah kali pertama saya menghadiri mana-mana perjumpaan bloggers. Saya rasa berdebar-debar juga kerana selama ini saya selalu memperdaya pembaca dengan memilih gambar saya dan makngahnya yang cun-cun sahaja untuk dimuatkan dalam entri.  Hari ini kami akan berdepan dengan realiti. 

Kerana telalu berdebar-debar, sampai kamera pun terlupa nak bawa. Gambar-gambar di bawah adalah hasil tangkapan dari kamera henfon saya yang sudah berusia.



Gambar 1: Dato' LF, tuan rumah yang sangat mesra. Walaupun kali pertama berjumpa tapi mesranya macam dah kenal bertahun lamanya sehingga saya tidak sedar memegang bahunya.


Gambar 2:  Kakcik menalipon saya semasa dalam perjalanan, tetapi talian terputus. Kemudian Makngahnya menalipon dia dan dari perbualan mereka saya tahu Kakcik ingin bertanya samada kami jadi datang atau tidak. Maaf kakcik, terlewat dari masa yang di janjikan.


Gambar 3: Saya telah diminta dipaksa oleh Gedek untuk bermuka serius. Saya memakai baju batik dan bersongkok kerana penganjur menyarankan kita memakai baju raya dan keduanya kerana selepas ini saya akan pergi menghadiri kenduri kahwin. Tapi sebab sebenar saya memakai songkok ialah untuk mengelakkan semua orang kesilauan oleh warna metalik rambut saya.


Gambar 4: Kalau saya tak pakai songkok, agaknya mungkin seorang pun tak ingin bergambar dengan saya.


Gambar 5: Oleh kerana dalam gambar 4 di atas, Makngahnya cuma nampak mata sahaja, maka saya muatnaik gambar dia sepenuhnya. Kalau tak buat gitu, takut lain kali dia tak mahu ikut.

Pertemua ini sangat bermakna dan sekalung tahniah kepada semua pihak terutamanya Dato' LF, Kakcik, Azieazah, Akuzle Ayu dan lain-lain yang telah bersusah payah mengaturkannya. Sayangnya saya harus meninggalkan majlis lebih awal. Saya minta maaf kepada anda yang tidak sempat saya tegur sapa atau bertanya khabar. Lain kali kalau ada kesempatan yang panjang, mungkin kita boleh berbual lebih lama lagi. 

......................................................................................

 CERITA  2 - NASI ARAB.


Gambar 6. Lewat jam 1.00 petang, saya sampai ke restoran ini. Dari jauh saya lihat petugas melambai-lambai ke arah kereta saya menjemput masuk ke perkarangan restoran dan terus menunjukkan tempat meletak kereta betul-betul di hadapan pintu masuk ke restoran. Kalau saya bawa Kelisa Makngahnya, mungkin saya terpaksa meletak kereta di bawah jejambat. Begitulah resam dunia !



Gambar 7: Saya makan nasi sedikit sahaja tetapi banyak meratah lauk. Dalam gambar adalah sebahagian daripadanya.


63 comments:

  1. sy sesat brppusing-pusing kat bangi tu.. smppai slps zuhur.. kalau x dpt jmpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg penting sampai dan tidak patah semangat di tengah jalan .. insya-Allah kalau umur panjang, akan berjumpa juga satu hari nanti.

      Delete
  2. Wah... Kendurinya di Al Rawsha!

    Walaupun kereta saya kereta buruk je, tapi di rumah Dato' LF dengan bangganya ia diletak betul2 depan pagae! :)

    Terima kasih sudi bergambar dengan saya. Tak sempat pula nak bergambar dengan makngahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau begitu kereta kita duduk berdekatan sebab saya pun letak tak jauh dari rumah Dato'.

      saya sebenarnya panas hati bila orang memberi layanan secara pilih kasih berdasarkan jenama kereta .. dia tak tahu entah2 kereta pinjam.

      Delete
  3. Keh3.. Kakcik cipta ejaan baru. Sy masih terkenang2 keramahan pakngah. Sama juga mcm dlm blog n fb. Berpuas hati sgt dpt jmpa pakngah n makngah. Tito dlm senyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun begitu dapat berjumpa awak dan yang lain .. tapi saya tak tahu mana satu nak terpa ! hehe

      Delete
  4. assalam AL..saya tak de rezeki nak jumpa lagi ngan Al dan mak ngahnya..ada hal lain yang perlu diutamakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      tak apa .. rumah kita pun bukannya jauh sangat .. boleh datang bila teringat.

      Delete
  5. pakngah sangat hensemm

    makngah sangat muda.. kalau bergambar dengan saya, pasti saya yang baru 30an lebih tua

    saya bangga kalian semua bersatu di teratak LF. tahniah semua, termasuk penganjur, saya mendoakan y baik2 u kalian...

    moga lepas nie saya pula yang akan bersama kalian, atau... mahukan kalian turun JOHOR? hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak belum tengok kita dekat2 lagi .. dah berkedut sana sini.

      lepas ni harap dapat berjumpa awak dipertemuan akan datang.

      Delete
  6. eh, gambar saya ada di situ!!

    hehe.. assalamualaikum pakngah! :D

    ReplyDelete
  7. pakcik balik awal la...patut la tak nampak..sy lepas zohor baru smpai.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa .. kalau lewat takut kenduri dah selesai.

      Delete
  8. kaklong balik,uncle pun baru sampai..tak sempat nk kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kita boleh kenal dipertemuan akan datang ..

      Delete
  9. jujur..en Hamzah memang nampak.lain di gambar dan di luar..kacak bergaya dan mak ngahnya memang jelita..
    dan termakasih sebab tanpa mengenalkan diri en Hamzah dah kenal.saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jadi serba salah kalau orang kata begitu sebab kami berdua sudah berusia lebih setengah abad.

      awak pulak dalam gambar dengan di luar tak ada beza .. sekali pandang dah kenal.

      Delete
  10. Assalamualaikum Pak Ngah

    Pertama kali jumpa siang tadi dan pertama kali bertandang di sini......

    Saya stuju kata kasihibu....macam YB

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya dah jadi YB pun .. Yang Bersara .. hehe

      terima kasih kerana sudi singgah dan komen.

      Delete
  11. Wahaha meriah. Uncle Gedek pun ada :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak pernah jumpa dia 'in person' ? .. manis orangnya. hehe

      Delete
  12. Saya ikut Kakcik jadi saya pun tumpang sekali parking keta depan PAGAE. hahahaha

    Tiada satu pun gambar saya dalam kamera Bang Hamzah nampaknya. Terimakasih sebab sudi juga singgah. Ramai yang seronok dapat bertemu tadi. Best sembang dengan MakNgah yang peramah dan sporting!

    *Saya berminat dengan handbag MakNgah tuh. Kalu rasa nak lelong, bagitau saya tauuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak ada gambar dalam kamera saya .. sebenarnya saya tak tahu mana nak terpa dulu masa tu. nak berbual ke, nak makan ke, nak bergambar ke ?

      kali pertama memang berdebar2 .. hehe

      handbag makngahnya tu mungkin dia tak lelong kot sebab itu hadiah dari anaknya.

      Delete
  13. BAGUSNYA DAPAT BERJUMPA ANTARA BLOGGERS..

    ReplyDelete
  14. sayang nya kita tak dapat berrsua in reality.. INSYALLAHHH one fine day...

    ReplyDelete
  15. Kalau Nyanyisunyi kata makngah jelita, itu memang saya yakin dan percaya 100% walau saya hanya tengok foto dia saja...tapi bab pak ngah yg hensem tu..hmm kena tengok dulu baru boleh percaya, sebab rasa saya lah, bukan saja hensem tapi tersangathensem dan gentleman gitu...Opsss, makngah jgn marah yer, saya gurau aje nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makngahnya tak marah .. kembang hidung adalah !

      Delete
  16. waaa semua bloger vateran.. teringin nak join..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam saya, umurnya jer veteran, tapi berblog masih di kira baby lagi.

      Delete
  17. Salam Pak Ngah Hamzah,

    Tertinggal keretapi lalu naik kereta lembu utk keBangi, sebab tu saya lambat tiba...hik3x, kalau lah awal, dpt bertemu Pak Ngah dan Mak Ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      insya-Allah pada 11/11 ni akan dibuat di rumah saya pulak .. bolehlah kita bertemu.

      Delete
  18. Wahhh..uncle pun hadir lah...
    Takpe..rambut metalik uncle tu..Gedek pun ala ala metalik! ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat hadir kerana tidak keluar daerah tapi tak dapat lama ..

      Delete
  19. waa seronoknya dapat berjumpa blogger....

    takpe ,saya kawin nanti,masa menyambut menantu kat Rasah,saya mesti jemput Pakngah! hehehe

    ReplyDelete
  20. Saya tak tau nak komen apa. Semalam sampai terkedu tidak mampu berkata2 bila jumpa tuan haji. Hanya ramah berbicara dengan mak ngahnya almaklumlah jumpa org kampung...hahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun masa tu bukan nampak sangat orang .. rasa gabra juga.

      Delete
  21. Salam,
    Tkasih sudi datang. Kehadiran berdua memeriahkan lagi perjumpaan. Bilalah agaknya kita dapat bertemu lagi? Walaupun baru pertama kali bertemu di alam nyata, saya turut merasakan kemesraan antara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      saya juga turut merasakannya .. terima kasih atas layanan yg cukup mesra.

      Delete
  22. Replies
    1. kalau nak jumpa makngahnya kena melalui pakngahnya.

      Delete
  23. Saya nak jumpa semua semua.. mak ngah pak ngah semua semua....heeee temiss hari itu sebab dtg terlewat sudaa

    ReplyDelete
  24. Salam,
    Dalam FB ada cakap2 fasal nak pergi ke rumah pakngah Hamzah. Saya dan isteri mesti nak ikut sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.

      sedang diaturkan dengan J/K Kecil .. tariknya secara tentatif adalaha pada 11/11/12. datang jangan tak datang.

      Delete
  25. Makchaq lebih banyak sembang ngan makngah sebab ngan pakngah dah sembang banyak kat sini, lagi pun memang best la sembang ngan orang sekapai sebahasa..
    Kirim salam ngan makngah.. terpegun dengan kecantikannya..
    Untung orang kereta besar, tak payah jalan jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya saya segan nak sembang dengan blogger wanita .. lagi pun masa pendek sangat kan ?.

      Delete
  26. assalamualaikum....

    pakngah n makngah sampai, sy dah nak balik. ada kenduri kawin. tp sempat bertemu..insyaAllah jumpa di lain pertemuan. amin

    salam ukhuwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      memang tak sempat nak sembang panjang hari tu .. pertamanya masa tak banyak dan keduanya ramai juga yang datang.

      Delete
  27. Assalamualaikum Pakngah AL, sy kempunan nak bergambar dan letak tangan di bahu pakngah juga... :), dgn Dato LF sy dah biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam. tak apa .. perjumpaan akan dtg dicadangkan di rumah saya .. bolehlah buat cenggitu kalau masih lagi berhajat. hehe

      Delete
  28. aik.. saya terlupa sangat-sangat perjumpaan ini (tak de orang perasan saya pun.. hehe).. gurau-gurau je.. kalau saya ingat pun pasti saya malu nak jumpa blogger-blogger terkenal macam pakngah dan kakcik. Apatah lagi dengan Dato LF.. hoh.. malu saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa semua yg datang kali pertama pasti ada rasa malu kerana belum biasa .. tetapi itu adalah normal dan natural. kalau tak malu tu yang abnormal !

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.