Sampai ke petang tadi, belum lagi reda menghadiri rumah terbuka, kenduri kawin, tahlil dan doa selamat di rumah kenalan. Malam tadi saya menghadiri kenduri perkahwinan anak rakan setaman di UPM, Serdang dan baliknya sempat lagi pergi ke rumah terbuka seorang kawan yang tinggal di taman yang sama. Masa itu sudah melewati jam 11 malam. Dalam perjalanan balik dia menelefon mengajak singgah kerana katanya masih ada lagi tetamu di rumahnya. Walaupun perut dah sendat, sempat lagi saya pekena roti Arab cecah kari daging.
Dalam kesibukan ini, saya terkenang kisah kami beraya di Washington D.C pada awal tahun 80an dahulu. Walaupun jauh di negara orang, sambutan dikalangan warga Malaysia tak kurang juga meriahnya. Saya kongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan cara dan suasana kami beraya di tempat orang.
Gambar 1: Khusyuk mendengar khutbah raya yang dibacakan oleh salah seorang pegawai di Kedutaan - 1982.
Gambar 4: Kemudian bergambar ramai. Kelihatan dalam gambar, Dato' Rastam (memegang kamera) mantan KSU Kementerian Luar Negeri.
Gambar 5: Kaum wanita menjamu selera dengan penuh bergaya.
Gambar 7: Kawan di sebelah kanan saya itu sebenarnya datang berkursus di Washington D.C dan tinggal di rumah saya kira-kira 3 bulan lamanya (kalau tak silap). Itu sebab dia tidak memakai baju kebangsaan.
Mungkin dia tidaklah berasa sayu sangat berpisah dengan orang tersayang di tanah air kerana ikut sama beraya dengan kita semua. Al-Fatihah buat beliau yang telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun dahulu.
Mungkin dia tidaklah berasa sayu sangat berpisah dengan orang tersayang di tanah air kerana ikut sama beraya dengan kita semua. Al-Fatihah buat beliau yang telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun dahulu.
......................................................................................................
Gambar petang tadi (2/9/2012).
Gambar lama mengingatkan sejarah. Pastinya juga mengingatkan wajah.
ReplyDeletePENUH NOSTALGIA..
ReplyDeletenostalgia betul kalau tengok gambar lama-lama..eka suka tengok gambar lama..tengok baju,tengok kasut..
ReplyDeletepakngah pula suka tengok kereta2 lama ..
Deletebestnye orang yang suke simpan gambar-gambar macam pak ngah kan? banyak kenangan nye...
ReplyDeleteoleh hal yang demikian silalah simpan gambar baik2 dari sekarang .. jangan lupa letakkan tarikh, nama mereka yg ada dalam gambar dan peristiwanya ... janganjadi pak ngah .. main agak-agak je.
DeleteKain samping Uncle tu mcm arwah ayah yun punya.
ReplyDeleteByk tol koleksi pic lama Uncle
caner Uncle jaga x bagi rosak?
banyak benda yg mengingatkan Yun kat arwah ye !
Deletebanyak juga gambar yang dah rosak sebenarnya .. tapi dalam satu2 majlis itu selalunya ada banyak gambar, dapatlah tunjukkan gambar yang masih baik.