Pada 15 hingga 17/9/2012 yang lalu, saya telah menyertai perkhemahan di hutan Kenaboi anjuran RT taman perumahan saya. Kerananya, saya terpaksa mengorbankan 4-5 jemputan rumah terbuka, kenduri kahwin dan kenduri orang nak pergi Haji dan terpaksa mewakilkan kepada Makngahnya. Yang saya paling terkilan tak dapat pergi ialah 'reunion' anjuran sekolah lama saya. Kalau nak wakilkan kepada Makngahnya pun tak kena sebab dia tak pernah bersekolah di situ.
Kami berkhemah di sekitar kawasan chalet Jabatan Hutan. Chalet-chalet yang ada nampaknya macam tak disenggara dan rosak sana sini.
Malam pertama saya tidur di tempat terbuka. Kira-kira jam 2 pagi, saya ingatkan nak mati kerana kepala saya turun secara perlahan-lahan. Rupanya bantal angin yang saya gunakan mengalami kebocoran. Kemudiannya saya capai bekas air yang ada di luar kelambu saya untuk dijadikan bantal. Kira-kira jam 5 pagi, badan saya termasuk selimut habis basah lencun. Rupanya bila bekas air itu dihimpit, air keluar secara perlahan-lahan dari penutupnya. Malang sungguh.
Malam keduanya, saya tidur sorang-sorang dalam khemah yang telah disediakan oleh kawan saya.

Gambar 1: Hari pertama sampai, kita buat keputusan untuk berkhemah di tepi sungai walaupun ada alternatif lain iaitu tidur di bawah kawasan beratap milik Jabatan Hutan. Kelihatan Tok Pin, anggota tertua (lebih 70 tahun) sedang memikul buluh untuk pelbagai kegunaan.
Gambar 3: Api dihidupkan untuk acara BBQ, sementara kami peserta beragama Islam bersedia menanti masuknya waktu Maghrib.
Gambar 4: Kita tugaskan dua rakan China yang mengikuti trip kami, iaitu Mr Lim dan Mr Ah Fat menjaga api sementara kami yang berugama Islam menunaikan sembahyang Maghrib secara berjemaah di salah sebuah chalet Jabatan Hutan yang ada.

Gambar 5: Kemudian kita panggang kambing, ayam dan itik yang bahannya telah disediakan oleh tukang masak profesional di kanan sekali.
Gambar 6: Bau kambing panggang semerbak memenuhi kesunyian malam. Nasib baik ia tidak mengundang tetamu yang tidak dikenali dan tidak dikehendaki.
Gambar 7: Perjalanan pergi balik harus menempuh sungai ini. Nasib baik tak banjir - kalau tidak, mungkin entri ini belum keluar lagi.
Gambar 8: Saya duduk depan di sebelah pemandu mengetuai rombongan Cik Kiah.
Gambar 9: Sayangnya chalet dalam kompleks yang bernilai RM5 juta ini sudah banyak yang rosak. Saya tak pasti samada tempat ini pernah digunakan atau tidak sebelum ini. Sebenarnya saya kerap kali berjumpa bangunan yang dibina oleh Jabatan Hutan yang tidak di senggara dengan baik di merata-rata tempat.
Gambar 10: Lampu yang cantik tapi tiada letrik.
..................................................................................................Gambar 10: Lampu yang cantik tapi tiada letrik.
Nota kaki: Dalam entri saya sebelum ini ada saya masukkan gambar buah Periuk Kera. Ramai yang komen tentang kelazatan lemang Periuk Kera. Saya cuba mencari gambarnya melalui Google dan terjumpa banyak gambar lemang Periuk Kera dan salah satunya adalah seperti di bawah. Saya rasa pernah makan suatu masa dulu, tapi dah lupa bagaimana rasanya.
Kalau saya jumpa Periuk Kera hari tu, saya nak minta Tok Pin buatkan lemang.
Kalau saya jumpa Periuk Kera hari tu, saya nak minta Tok Pin buatkan lemang.
Awal-awal membaca, saya dah tersengih sorang2 (bukan nak simpati!)... hehehe...
ReplyDeleteMasa saya pergi ke rumah terbuka blogger Aizamia di Klang, ada dihidangkan 'pulut periuk kera'. Saya lupa pula nak cuba rasa. ;-)
lain kali jangan takut nak mencuba ..
DeleteBAGUSLAH... MASIH LAGI BERAKTIVITI LASAK..
ReplyDeleteorang lain lasak, saya tak lasak sangat. hehe
Deletehahahaha...ayat pakngah yang buat sya gelak adalah ingatkan nak mati kerana kepala saya turun secara perlahan-lahan. Rupanya bantal angin yang saya gunakan mengalami kebocoran
ReplyDeleteseronok berkemah tu dapat rusa ke kijang ke landak ke?
kita tak bawa alat perburuan kecuali pancing, jala dan jaring ikan sahaja.
Deleteseronok baca entry ni :) :)
ReplyDeletetime saya layan blues tepi laut, ada sorang pakcik ni dtg. Ktrg borak2 dan dia bg tips.. andai berkhemah dalam hutan, tepi laut ke mana2.. dia kata, letak sebilah pisau bawah bantal sblum tido. Insya`Allah tidur lena..
ReplyDeletelain kali saya akan ingat petua itu .. terima kasih.
DeleteNasi Periuk Kera ini banyak di Tasik Chini.
ReplyDeleteBestttttttnyaaaaa...... saya suka camping..... tak mancing sekali ka pak ngah...
ReplyDeletemancing tu sudah pasti .. saya akan pastikan setiap kali saya ikut berkhemah, ada kawasan memancing berdekatan.
Deletelemang periuk kera? tak pernah jumpe...
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi lemang periuk kera sebab tak pernah jumpa lagi. Seronok berkhemah, tapi bila mengenangkan badan yang letih dan sakit2 tu, rasa seronok tadi merudum jatuh. Tapi untuk prasarana Jab Hutan yang tidak di jaga, mungkin perlu bantuan media untuk 'kecohkan' isu ini.
ReplyDeleteletih tu memang letih, tapi kerana minat diturutkan juga.
Deleterasanya media dah tak larat nak kecohkan isu ini lagi .. dah banyak kali.
Seronoknya... tahniah pak ngah. Next trip bile pula??
ReplyDeleteakan datang mungkin bulan November .. itu pun kalau ada sambutan.
Deletedah lama IM tak berkemping. paling baru kemping ditepi sungai kat bt kurau..
ReplyDeleteBila dah pencen baru ada masa nak berkhemah ye tuan haji terkenang zama2 sekolah dulu...
ReplyDeletesebenarnya sejak saya bekerja dulu lagi saya sudah kerap melakukan aktiviti berkhemah ni ..
Delete