Friday, September 28, 2012

MURID PULAK NAMPAK LEBIH TUA DARI GURU.

Pada dua hari yang lepas, saya berkesempatan mengikuti delegasi yang di ketuai oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan dua orang AJK Persatuan Kebajikan Bekas Guru/Kakitangan/Pelajar Sekolah Menengah Bandar Tinggi, Jelebu, Negeri Sembilan,  ke rumah guru-guru yang pernah mengajar di SMBT sebagai sebahagian program bagi mengenang jasa guru-guru yang pernah mengajar di SMBT, termasuk rumah seorang bekaas pelajar yang sedang uzur. Telah ramai di antara guru-guru kami yang telah meninggal dunia bahkan ramai juga teman-teman sekelas atau yang senior dan junior yang telah mendahului kami.

Sesungguhnya kunjungan ini sangat bermakna dan meninggalkan kesan kepada saya secara peribadi. Dalam pertemuan singkat ini, banyak kisah-kisah lucu semasa kami bersekolah dahulu disebut kembali dan kami sama-sama ketawa mengenangkannya.


Lawatan Hari Pertama - 26/9/2012.


Gambar 1: Kita berjumpa dan berkumpul di Hotel Kuala Klawang, salah sebuah hotel 7 bintang di bandar ini, sebelum berkonvoi ke rumah guru.


Gambar 2: Guru pertama yang di lawati ialah Cikgu Isa di Kampung Seperi. Menurutnya inilah kali pertama lawatan berkumpulan dibuat oleh bekas murid-muridnya. Cikgu Isa tersenyum sepanjang masa kita bersama dia. Saya sendiri kali terakhir berjumpa dengan dia adalah pada tahun 1977 semasa menjadi Tutor di Universiti Malaysia dan dia pula baru memasuki universiti pada ketika itu.


Gambar 3: Cikgu Isa kurang sihat kerana sakit 'gout' tetapi senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Saya nampak lebih tua darinya.


Gambar 4: Saya selitkan gambar Cikgu Isa pada tahun 1971. Dia yang berseluar hitam duduk nombor lapan dari kiri. Gambar saya pun ada dikalangan pelajar lelaki yang berdiri di barisan paling belakang. Biasalah !


Gambar 5: Rumah ke dua - Cikgu Nordin Pintau, guru Ilmu Hisab (Matematik) yang sangat sporting. Mungkin kerana beza umur murid dengan dia cuma 5-6 tahun sahaja sebab sebaik habis maktab, terus di hantar mengajar murid tingkatan 4 dan 5. Dari segi warna rambut saya menang kerana kerana rambut Cikgu Nodin masih banyak lagi yang  hitamnya.

 

Gambar 6: Salah seorang anggota rombongan mengusik Cikgu dengan berkata "macam dulu juga" - merujuk kepada baju Cikgu Nordin yang tidak berbutang di sebelah atas .. Cikgu Nordin hanya ketawa sporting.

  

Gambar 7: Seterusnya ke rumah Ustaz Zakaria (berkopiah) di Kampung Petaseh. Tutur katanya tetap macam dulu penuh sopan dan lembut. 

 

Gambar 8: Rumah terakhir dikunjungi ialah rumah Cikgu Md Noh. Dia dan isterinya - Cikgu Kamarmahtum yang sama-sama pernah mengajar di SMBT, duduk di barisan hadapan. Cikgu Md Noh sentiasa serius sejak dulu hingga sekarang. Isterinya juga mengajar di sekolah yang sama dan sangat fasih berbahasa Inggeris.

.................................................................................................

Lawatan Hari Ke Dua.
.

Gambar 9: Di rumah Cikgu Ujang Abdullah di Taman Rashidah Utama, tak jauh dari rumah saya. Nama taman perumahan ini popular kerana ada lagu mengenainya oleh sebuah kumpulan rock sedikit masa dulu. Nama taman ini adalah berasaskan nama isteri seorang guru kami - Cikgu Rashid yang kemudiannya sangat berjaya sebagai usahawan hartanah selepas bersara dari menjadi guru.


Gambar 10: Saudara Abdul Latif Iderus, bekas murid SMBT - tidak berapa sihat kerana di serang sakit angin ahmar menjelang puasa baru-baru ini. Keadaannya mengikut mereka yang pernah berjumpa sebelum ini sudah bertambah baik berbanding dulu. Dalam gambar 9 dan 10 di atas, saya adalah yang termuda kerana salah seorang anggota rombongan kelmarin yang lebih muda dari saya  tidak dapat mengikuti lawatan pada hari ini.

26 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Seronok juga ya sekali-sekala berkumpul dan menziarahi kenalan lama..

    ReplyDelete
  2. Kegembiraan jelas terpancar di wajah cikgu Isa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Isa adalah seorang yang sederhana, iklhas dan sangat merendah diri .. saya amat teruja dapat bertemu dia.

      Delete
  3. ekekekek..Cikgu Nordin Pintau punya gaya tak butang baju atas tetap sama ya uncle...old habit susah nak buang kan..:)

    ReplyDelete
  4. Mana ada murid lagi nampak tua. Tapi yg kakak teruja bila tuan kata masa anak murid dah jadi Tutor baru cikgu masuk U. Cikgu belajar dari anak muridlah masa tu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak ajar dia sebab saya ajar subjek lain dan dia ambil subjek lain ..

      Delete
  5. ni yg suke tgk blog pakngah ni... setiap gambar ada lagu. bak kata yuna :)

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar.. seronoknya dapat menziarah bekas guru. Ya lah, ada yang nampak lebih muda dari murid. Cemana tuh...

    ReplyDelete
  7. BAGUS MACAM NI.. MENGHARGAI GURU-GURU.. SAYA DAN KAWAN-KAWAN DULU PUN PERNAH BUAT MACAM NI..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...tentu cikgu2 sangat gembira bila anak murid yang semakin banyak rambut putihnya masih ingat untuk ziarah mereka. Pengorbanan mereka berbaloi.

    ReplyDelete
  9. kalau lelaki susah sikit kot untuk murid nampak tua dari cikgu.
    kalau perempuan senang je
    tambah2 kalau anak murid badan gemuk plus da beranak
    cikgu pula badan tetap mantain walaupun juga da beranak pinak

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, tuan.
    Seronok melihat kawan2 dan tuan yang masih lagi berhubungan walaupun dlam usia begini.

    Lagi seronok bila ada aktiviti sebegini.

    Dan sy juga setuju dengan komen @JunAina tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami menafaatkan fesbuk dan juga henfon utk berhubungan antara satu sama lain..

      Delete
  11. IM pula segan nak jumpa guru-guru lama. maklumlah, IM tak belajar setinggimana pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak lebih segan untuk berjumpa bloggers dari bekas guru ..

      Delete
  12. ziarah mngeratkan lg silaturrahim.. bangga sy lihat gambar2 ni.. msih lg berhubung ngan guru2

    ReplyDelete
  13. pak ngah syabas dgn geng2 kerana selalu ingat che gu, tak ada mereka maka kita pun tak jadi mcm ni sekarang. terima kasih kpd mereka. sayapun ada juga lawat guru2 saya tahun lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah kita akan teruskan usaha menjejak guru dan juga kawan2 lama .. sebenarnya ramai lagi yang belum dapat dikesan.

      Delete
  14. Beshnyer dpt menggembirakn guru mcm neh..

    ReplyDelete
  15. alahamdulillah terima kasih kepada tuan punya blog... setelah berpuluh-puluh tahun pertama kali saya dapat menatap kawan dan guru kami dulu...
    saya adalah salah sorang pioneer sekolah ni masa mula-mula dibuka tahun 1968, sebelum tu kami dari aliran melayu menumpang di sekolah undang jelebu di klawang, cuma ada 4 kelas sekolah melayu.

    setelah lebih 40 tahun tak pernah bertemu... Cikgu Kamarmahtum di atas tu guru saya, masa kami sekolah disini dulu tu dia belum kahwin lagi dengan cikgu Md Noh itu jam... sdr Abd Latif Iderus atas tu rakan satu kelas saya, salah sorang lulusan UM dulu-dulu... semoga Allah merahamati mereka dan anda semua...

    saya memang asal anak jelobu kg peradong, dari kecik duduk dipekan klawang tapi dah berpuluh tahun merantau ke kuala lumpur sejak dari sekolah dulu lagi...

    salam untuk semua

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.